Cerpen: Mama In-Law Ku!

Assalamualaikum, just want to share...
This is one of my 'cerpen' that I wrote a couple of years before. Hahahaha, found it in one of the files saved in my laptop. 
Aku dulu suka menulis.
Aku dulu suka berangan-angan.
Aku dulu suka mereka cerita.
Hanya untuk suka-suka.
Hiburan untuk diri sendiri.

I present to you;

MAMA IN-LAW KU !



Cincin di jari ditenung lama oleh Dian Suraya. Cincin bertatah berlian bersaiz serderhana kelihatan sangat ‘simple’ tetapi cantik sekali! Tersenyum-senyum Dian dibuatnya. Terasa dirinya sungguh bertuah dan dicintai. Syukur dia ke hadrat Illahi kerana memberikannya sebuah kehidupan yang cukup indah walau banyak rintangan yang berlaku. Namun, Dian masih mampu untuk berdiri teguh walau kadangkala ada goyahnya. Mujurlah masih ada insan-insan penguat semangat di sisi si cantik manis, Dian Suraya.
                Bunyi ketukan di pintu kamar langsung tidak di dengari Dian. Mengelamun terus…
                “Amboi, tenung cincin tu macam nak terkeluar biji mata! Sampai Mak Su ketuk pintu ni bagai nak rak, tak dengar langsung! Ye la…orang tu dah nak kahwin...Mana dia nak ingat Mak Su dia yang cun melecun kalah Megan Pox ni…”, ujar Mak Su Lina. Riak wajahnya seakan-akan sedih sahaja. Ditambah lagi dengan suaranya yang seperti hendak menangis. Sememangnya Mak Su Lina pelakon sinetron nombor satu!
                “Bukan Megan Pox, Mak Su….Megan Fox…”, meledak ketawa Dian. Terus sahaja Dian mengubah posisinya dari pembaringan kepada posisi duduk. Mak Su Lina kesayangannya pantas dipeluk dan dicium kasih. Itulah rutin hariannya pada setiap hari. Semenjak kemalangan yang meragut nyawa ibu, ayah dan adiknya sewaktu dia masih berusia sebelas tahun, Mak Su Lina telah menjadi tempat buatnya menumpang kasih.
                Kakak Dian, Amira Suryana, kadangkala sahaja akan pulang ke rumah Mak Su Lina memandangkan sejak berusia tiga belas tahun lagi dia tinggal di asrama penuh, seterusnya ke matrikulasi, universiti dan akhirnya mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera. Kini, Amira bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta yang berusia dalam lingkungan dua hingga enam tahun.
                “Bertuah Dian…Ada jugak orang nak…Doktor pula tu…Handsome, baik, bekerjaya, berduit, anak orang ada-ada lagi! Lainlah Mak Su, tak ada sapa pun nak…Itulah ‘single’ je dari dulu sampai sekarang!”, ujar Mak Su Lina.
                “Itulah, Dian pun rasa bertuah…Ye la, Dian ni cikgu, Ammar pula doktor, kan beza bidangnya…Tapi, itulah, ketentuan Allah agaknya Dian jumpa Ammar, kan, Mak Su? Dian tak pandang yang handsome ke, berduit ke, anak ‘somebody’ ke…yang penting, bagi Dian Ammar seorang yang baik, caring dan in shaa Allah, jodoh terbaik buat Dian…”, Dian tersenyum manis sambil berbicara.
                “In shaa Allah, sayang….Mak Su sentiasa doakan yang terbaik untuk Dian…Bila Ammar nak bawak Dian jumpa mak dia? Setahu Mak Su, Dian tak pernah jumpa mak Ammar kan?”, giliran Mak Su Lina pula bertanya kepada Dian.
                “Belum…Parents Ammar kan tinggal di Dubai dah lebih lima tahun. Jarang balik Malaysia. Dia kata, dia serah semuanya pada Ammar. Bila Ammar dah ada calon dan dah sedia untuk bertunang, baru bawa jumpa dia. Katanya dia setuju je dengan pilihan Ammar. Hujung minggu ni parents Ammar balik Malaysia untuk tujuh atau lapan bulan macam tu. Ayah Ammar ada urusan sikit dekat sini…Sambil tu, mak Ammar nak selesaikan urusan pertunangan dan perkahwinan kami.  Ayah Ammar pula akan ulang alik dari Dubai ke sini.”, balas Dian sambil tersenyum,

***********************
                “I nervous la nak jumpa parents you…Dekat mana kita nak jumpa ni?”, tanya Dian. Riak wajahnya bertukar pucat. Seakan-akan tiada darah yang mengalir. Jari-jemarinya mulai diramas, peluh-peluh kecil mula muncul di tapak tangan. Ammar yang ketika itu sedang khusyuk memandu ditenung sebentar.
                “Relax la…Mama and Ayah tak makan oranglah! We’re heading to Abang Amin’s house in Subang Jaya. Actually, tu rumah my parents sebelum pindah ke Dubai. Lepas tu, abang sulung I yang duduk. Tak nak bagi rumah tu kosong, kan…”, Ammar cuba mengembalikan ketenangan Dian.
                “I tengah relax la ni…you tak nampak ke?”, Dian cuba untuk tersenyum. Namun, keresahan di wajahnya tidak boleh sama sekali diselindung.
                “Sayang, you tak payah nak tipu I ok…Sorry la, sepatutnya you jumpa Mama and Ayah lusa, tapi nak buat macam mana…Tiba-tiba pula Ayah ada urusan dekat Johor esok. Seminggu dia kena ke sana. Nak tak nak, terpaksalah jumpa hari ni…Tak apa kan?”, sekali lagi Ammar cuba untuk memujuk Dian. Senyuman hanya terukir di bibir Dian. Tanpa sebarang suara atau anggukan yang muncul. Jantungnya tidak berhenti berdegup kencang.
**************************
                “Assalamualaikum….”, Ammar memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua tingkat itu. Dian hanya mengekori langkah Ammar yang berada di hadapannya sahaja.
                “Waalaikumsalam…Ammar, dah sampai pun. Masuklah…Semua dah ada dekat living room. Duduklah dulu…Akak nak tengok anak-anak dekat atas kejap…”, ujar wanita berdarah kacukan melayu cina itu. Sambil itu, tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Dian.
                “Kak Wani, this is Dian Suraya…Dian, this is my sister in-law, wife Abang Amin”, ujar Ammar dengan senyuman terukir.
                Kemudian, tanpa melengahkan masa, Ammar berjalan menuju ke ruang tamu utama rumah tersebut. Kelihatan ramai ahli keluarga telah berkumpul di situ. Dian hanya diam membisu. Gemuruhnya datang lagi. Hanya senyuman manis yang mampu dia berikan.
                “Dian, ni Abang Amin. Yang ini, kakak I, Kak Aliya and her husband, Abang Mahadi. Kakak I nombor dua, Kak Aishah and her husband, Abang Daniyal. My little sister, Arisha and last but not least, my wonderful parents.”, Ammar memperkenalkan setiap ahli keluarganya yang berada di ruang tamu tersebut.
                “Have a seat, Dian. Silalah minum..”, kata Kak Aliya yang mula menuangkan teh di setiap cawan di atas meja. Dian hanya mengangguk sambil tersenyum. Gugup sungguh hatinya apabila merasakan lebih lapan pasang mata yang memerhatikannya.
                “Saya minta maaflah Dian, terpaksa ganggu makan malam Dian dengan Ammar tadi. Tiba-tiba pulak esok ada urusan sikit dekat Johor. Itu yang kami nak sangat jumpa Dian malam ini jugak…”, Datuk Rahman mula bersuara.
                “Ouh, tak apa Datuk, saya tak kisah...”, pendek sahaja ungkapan Dian.
                “Dian mengajar dekat university mana? Course apa?”, tanya Datin Norizan pula. Sambil itu, Dian memandang tepat pada anak mata Ammar. Tidakkah Ammar memberitahu ibunya bahawa Dian merupakan seorang guru sekolah bukannya pensyarah?
                “Erm…Dian cikgu sekolah menengah, Mama…Dia mengajar subjek Matematik di SMK Convent Bukit Nanas…Bukan lecturer..”, balas Ammar yang ingin memperbetul kekeliruan yang berlaku.
                “Ouh…Mungkin Mama silap dengar hari itu…Tak apalah…Hmm…Kenapa dalam gambar, muka lain ye? Super impose ke?”,tanya Datin Norizan yang langsung tidak berlapik.
                “Zan, apa tanya macam tu…”, ujar Datuk Rahman dalam nada berbisik.
                “Tak adalah…dalam gambar macam cantik sikit…Face to face ni macam….kuranglah…”, jawapan Datin Norizan mendatar sahaja. Biarpun perlahan suaranya, namun, Dian masih boleh menangkap setiap bait kata yang dilafazkan oleh Datin Norizan.
                Dengan pantas, Datuk Rahman mencelah bagi mengelakkan Dian terasa hati. Ammar pula memandang ke wajah Dian untuk memberinya semangat dan keyakinan.
                “Jadi, Dian sekarang tinggal dengan Mak Cik ya? Kalau tak salah saya, Ammar ada beritahu kita, kan, Zan?”, senyum Datuk Rahman kepada isterinya. Maksud tersuratnya ialah untuk menyuruh Datin Norizan senyum dan bukanlah menunjukkan wajah masam sahaja.
                “A’ah…sejak Mak dan Ayah saya meninggal, saya duduk dengan Mak Su. Kakak saya pula  memang sebelum Mak dan Ayah meninggal, dia dah duduk di asrama. Lepas habis tingkatan lima, terus ke matrikulasi, universiti dan dah berumahtangga. Jadi, memang saya tinggal dengan Mak Su dari kecil…”, kemesraan yang ditunjukkan Datuk Rahman melegakan sedikit gugup di hati Dian.
                “Mak dengan Ayah meninggal sebab apa ya? Dah lama dah? Maaflah saya bertanya, nak tahu juga, kalau-kalau ada penyakit. Boleh ambil precaution steps…Tak nak lah pula bakal cucu-cucu saya ada penyakit yang sama…Inheritance…”, tanya Datin Norizan.
                Makna yang cuba disampaikan dapat dikesan oleh Dian. Datin Norizan takut kalau-kalau Dian ada penyakit yang boleh memudaratkan. Tak mahu dihidapi oleh ‘bakal’ cucunya pula.
                “Kemalangan. Waktu itu, saya berusia dalam sebelas tahun…”, Dian menjawab dengan tenang sekali.
                “Dulu Mak dengan Ayah kerja apa? Mak Su awak kerja apa?”, tanya Datin Norizan lagi. Datuk Rahman memandang sekilas ke arah isterinya. Tidak puas hati dengan pertanyaan isterinya itu sejak tadi. Anak-anaknya yang lain pula hanya menjadi pendengar setia tanpa mencelah sedikit pun.
                “Mak dan Ayah dulu usahakan sawah sendiri di Kedah. Sawah kecil je…Hidup kami tak lah senang sangat, dan taklah susah. Hidup sederhana. Mak Su saya pula seorang guru sejarah di SMK St. John.”, kata Dian bangga sekali.
                “Ok, straight to the point. Ammar dah bersedia untuk berkahwin. Awak pula bagaimana? Dan, awak nak kahwin dengan Ammar kerana apa?”, tanya Datin Norizan dengan nada yang agak sinis.
                “Ma, apa tanya soalan macam tu?”, Ammar mulai hilang kesabaran dengan perilaku ibunya. Pelik-pelik sungguh soalan yang diutarakan.
                “In shaa Allah saya dah bersedia. Lagipun saya rasa, memang masanya untuk wanita seusia saya  mendirikan rumahtangga. Saya nak kahwin dengan Ammar atas tiga sebab. Kerana kasih, kerana sayang dan kerana tuntutan agama. Bukan kerana yang lain, Datin. “, Dian seolah-olah boleh mambaca fikiran Datin Norizan. Pasti kerana harta, itulah maksud di sebalik pertanyaan Datin Norizan.
                Perasaan aneh mulai menyelubungi di hati Dian. Kata Ammar, ibunya bersetuju sahaja dengan segala pilihan hatinya. Namun, apa yang Dian perhatikan, Datin Norizan seperti tidak suka sahaja kepadanya. Mungkin cuma sangkaannya sahaja. Dian cuba untuk berfikiran positif.
                “Dian Suraya, awak rasa awak layak untuk berkahwin dengan Ammar?”, itulah soalan yang terakhir diajukan oleh Datin Norizan sebelum Datuk Rahman mengubah topic kepada topik yang lain bagi menjaga hati Dian. Namun begitu, perilaku Datin Norizan menimbulkan keanehan di hati milik Dian Suraya.
*************************************
                “Diam je dari tadi..ok ke?”, Ammar memulakan bicara sambil memandu. Destinasi yang dituju ialah ke rumah Mak Su Lina bagi menghantar Dian pulang.
                “Ok je…kenapa?”, jawab Dian pendek.
                “Sorry about my mom. Dia memang macam tu sikit…Jangan ambil hati ya…Eh, ingat tau, next weekend, my parents datang merisik. Lagi sebulan, kita bertunang. Ikut macam yang kita bincang tadi dengan my parents. Ok?”,tanya Ammar keriangan.
                “Ok…”,sepatah sahaja jawapan yang keluar dari mulut Dian.
*********************************
                Majlis pertunangan berjalan dengan lancar sekali. Kini, Dian sudah sah bergelar tunang kepada Dr. Muhammad Ammar Fereeq. Lagi enam bulan, Dian akan bertukar status pula dari tunangan orang kepada isteri.
                Lamunan Dian Suraya tehenti seketika apabila terdengar alunan lagu ‘Locked out of heaven’ nyanyian Bruno Mars. Dengan pantas, Dian menuju kea rah meja solek yang terletak di sudut kanan kamarnya. Tertera di skrin telefon bimbitnya ‘Datin Norizan (Mama-In-Law :P )’. Dian melepaskan hembusan nafas.
                “Assalamualaikum, Datin…”, itulah ayat pertama yang terpacul dari bibir Dian Suraya.
                “Dian, saya nak awak siap sekarang, dan datang ke tempat yang akan saya sms alamatnya. Please cepat sikit. Saya tak suka menunggu.”, tanpa sempat Dian berkata apa-apa, Datin Norizan terus menamatkan perbualan mereka.
                “ ‘Please cepat sikit.Saya tak suka menunggu’, haih…nasib kaulah, Dian…dapat Mama-In-Law macam ni! Arah itu, ini…Bebel pun kuat jugak…”, omel Dian sendirian. Tanpa dia sedari, Mak Su Lina terdengar akan omelannya sebentar tadi.
                “Tak payahlah nak kutuk Mama-In-Law macam tu sekali! Tak berkat nanti….”, sindir Mak Su Lina. Dian termalu sendiri. Akhirnya dia pasrah. Memang benar kata Mak Su Lina. Mungkin sahaja ini ujian Tuhan yang perlu dia jalani dengan tenang dan bijaksana. Bahkan, ibu Ammar mestilah malah wajib bagi Dian untuk menganggap Datin Norizan bagai ibu sendiri. Seharusnya Dian menghormati Datin Norizan sebagai seorang ibu. Kesabaran adalah kunci utama!
*********************************
                “Nana, saya nak tengok koleksi baju untuk majlis resepsi yang eksklusif. Warna kelabu...”, kata Datin Norizan sambil membelek majalah. Dian hanya memasang telinga tanpa menyampuk. Namun, dalam hatinya, betapa dia ingin menolak warna kelabu untuk dijadikan tema majlisnya nanti.
                “Ini dia datin…labuci penuh, lip lap lip lap gitu!”, kata Nana keriangan. Datin Norizan bagai dipukau dengan keunikkan busana pengantin tersebut.
                “Yang lain, boleh tak Datin? Yang ini penuh sangat dengan labuci. Kalau boleh saya nak yang simple je…Lagipun, kalau yang banyak labuci, lip lap, itu ini, mesti mahal kan…Membazirlah Datin…Baik beli yang simple je…”, Dian mula mengutarakan hasratnya.
                “Whatever lah…Nana, bagi yang simple. But not too simple. Takkanlah menantu Datin Norizan pakai yang simple sangat!”, Datin Norizan menyuruh Nana mencari yang lain pula.
                “Kalau yang ini Datin….Hah, labuci dia tak lah sarat sangat macam tadi…Macam mana?”, tanya Nana bagi inginkan kepastian.
                “Ok! This one is not too simple and very nice! Perfect, love it! Warna pun ok..”, ujar Datin Norizan tanda setuju. Dian pula menggeleng tanda tak setuju.
                “Erm…warna dia striking sangat lah, Datin…Warna yang lembut sikit ada tak? Kalau tak pun, warna white ke…Labuci yang ini pun nampak serabut…”, tanya Dian pula.
                “Sorry Cik Dian, untuk pattern yang ini, cuma ada kain warna ini je…material kain lain sikit…”, Nana mula memberi keterangan.
                “Kalau yang ini pun ok…Cantik, sweet, simple je…”, tunjuk Dian pada contoh busana yang ada dalam butik tersebut.
                “Oh no! No! No! No! Simple sangat! Tak nampak macam orang nak kahwin pun! Baju macam ni, sesuai untuk pengapit bukan pengantin! I don’t want this! Fullstop! Dian, I can only give you one more chance to choose. Kalau tak berkenan di mata saya, terpaksalah awak ikut je pilihan saya. Lagipun saya yang akan bayar, bukan awak!”,Datin Norizan mula hilang sabar dengan Dian.
                “Tapi, aku yang nak kahwin bukan dia…”, ujar Dian dalam nada kecil.
                “Apa awak cakap? Saya tak dengar. Kalau nak cakap,tolong bagi  jelas sikit boleh tak?! Dah, cepat pilih!”, Datin Norizan menegurnya.
                “Ok, how about this one? Bunga yang ada dekat bahagian bawah dan atas ni cantik…Lagipun, style ni, tutup aurat…Tudung dia tutup bahagian dada…”, tanya Dian sekali lagi. Kali ini dia betul-betul berharap agar pilihannya itu menarik di mata Datin Norizan.
                “Ok, saya setuju! Tak terlalu simple…Bahagian yang ada bunga dekat bawah dan atas memang cantik…Nana, tempahkan warna orange…untuk tudung and bunga, light orange..Ukuran ikut ukuran yang awak dah ukur awal-awal tadi…”, ujar Datin Norizan.
                “Huh? Orange?! Please Datin, tak nak orange. Striking sangat!Warna putih, tudung dengan bunga, light yellow….”, pinta Dian.
                “No! White? Common sangat! Apa orang cakap nanti…Dah, baju warna merah, bunga dan tudung warna hitam! Baru unik! Cantik! Classy!”, bantah Datin Norizan.
                “Merah, hitam tak sesuailah dengan saya, Datin…Tak minat…Putih, dengan Kuning cair…mesti cantik…”, Dian masih dalam usaha memujuknya.
                “Yellow is not my taste! No! No! No!”, bantah Datin Norizan lagi. Tanpa mereka sedari, beberapa pasang mata yang berada di dalam butik tersebut mula memandang ke arah mereka.
                “Ok,ok….Putih, pink, must be very, very sweet….Please, Datin…”, kata Dian sambil tersengih manja.
                “Last choice! If you still nak warna putih, fine! Tapi, putih hanya untuk akad nikah! Read my lips! Hanya untuk AKAD NIKAH!”, tegas Datin Norizan. Aksi bantah membantah antara Dian dan Datin Norizan kini bagai drama pula. Di tonton oleh hampir kesemua yang ada dalam butik tersebut.
                “Tapi, Datin….”, Dian masih mencuba.
                “Nana, kalau baju dan bunga warna hijau emerald, tudung light brown or warna caramel macam tu…Lepas tu, you tambahkan beads warna brown….cantik tak?”, tanya Datin Norizan.
                “Perfect, Datin…Cantik sangat…Biar saya tunjukkan contoh gabungan warna tu…Tapi, ini, design dia lain sikit dari tadi..Just to make sure Datin dan Cik setuju…”, kata Nana sambil mencari-cari gambar yang dimaksudkan.
                “Cantik…I love it…”, kata Datin Norizan sebaik sahaja melihat gambar yang ditunjukkan oleh Nana.
                “Ok…”, hambar sahaja jawapan Dian. Walaupun, sebenarnya, di dalam hati, Dian memuji pilihan warna kombinasi itu. Cantik sekali!
                “Ok, good! Baju nikah, saya nak warna putih dan pink. Ikut design baju kurung yang saya tunjuk semalam!”, arah Datin Norizan.
                “No worries, Datin…”, senyum Nana.
**********************************************************
                Lima bulan lagi sebelum majlis pernikahan dilangsungkan. Datin Norizan mengajak Dian untuk keluar membeli barang-barang hantaran memandangkan Ammar begitu sibuk sejak kebelakangan ini sehingga tidak berkesempatan mencari barang-barang hantaran.
                “Aduh, Datin, sakit kaki saya….satu Subang Parade kita pusing…”, kata Dian mengaduh kakinya yang sudah melecet.
                “Apalah! Muda-muda dah sakit kaki! Tengok saya, steady je….Itulah, awak kurang kalsium…Orang muda-muda, aduh sini, aduh sana…Bila dah tua nanti tak taulah macam mana pulak…”, Datin Norizan mula mengangkat bakul.
                “Hmm…Datin, tak bosan ke, jalan ke hulu, ke hilir, nak cari barang hantaran yang banyak ni…nasib baik separuh dah masukkan dalam kereta…Apa kata saya belanja Datin karaoke…”, pelawa Dian.
                “Ikut sukalah! Yang penting, saya nak rehatkan kaki saya. Nak duduk! Lenguh berdiri lama-lama! Awak nak karaoke, ikut suka awaklah! Saya tak berminat dengan karaoke ni..”, kata Datin Norizan.
                “Aiii, Datin…kata tadi banyak sangat kalsium, steady je….ni sakit kaki pulak…”, ketawa Dian. Datin Norizan hanya menjeling sahaja.
*************************************************
                Pada mulanya, hanya Dian sahaja yang terpekik terlolong menyanyi sendirian di dalam bilik karaoke tersebut. Sepuluh minit kemudian, setelah puas Dian memujuk, akhirnya Datin Norizan turut menyanyi juga. Hampir dua belas buah lagu mereka menyanyi. Termasuklah lagu ‘Set Fire To The Rain’ , ‘Isabella’, ‘Jerat percintaan’ , ‘Unbreak My Heart’, ‘Sandarkan Pada Kenangan’ dan macam-macam lagi.
                “Sedap juga suara Datin, ya…”, puji Dian sambil tersenyum.
                “Eh, mestilah! Jom pergi minum, keringlah tekak ni…”, ketawa Datin Norizan. Sambil mereka berjalan menuju ke restoran Kenny Rogers, seorang wanita cantik datak menegur Datin Norizan.
                “Adira! Lamanya tak jumpa…Selalu berbual dengan mummy Adira je..Itu pun melalui telefon”, kata Datin Norizan dengan mesra.
                “Itulah...Siapa ni aunty?” tanya Adira.
                “Bakal menantu Datin…”, kata Dian sambil menghulur tangannya untuk bersalaman. Adira menyambut salam tersebut beserta senyuman yang terukir di bibir. Sememangnya Adira merupakan seorang yang cantik.
                “Ouh…Tunang Ammar Fareeq la ni…Amboi, aunty, Ammar dah bertunang tak bagitahu Adira pun…”, Adira mencuit bahu Datin Norizan. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
                “Eh, jom, kita minum-minum dulu…”, Datin Norizan pantas mengubah topik. Dengan pantas, tangan Adira di tarik menuju ke restoran Kenny Rogers. Dian ditinggalkan jauh di belakang tanpa dihiraukan sedikit pun.
*****************************************************
                “Adira kerja di mana sekarang”, tanya Datin Norizan dengan penuh minat. Dian di sebelah langsung tidak dipandang.
                “Adira sekarang kerja dekat Selangor Medical Centre…Busy sikit la aunty…”, balas Adira.
                “Biasalah doktor kan….Eh, esok, Adira kerja tak? Anak kawan aunty kahwin tau..buat dekat Hotel Eastin, PJ….Adira teman aunty pergi ye…”, pelawa Datin Norizan.
                “Esok Adira tak kerja, aunty…Boleh je, lagipun boleh borak-borak dengan Dian…Dian mesti ikut aunty kan?”, tanya Adira pula. Dian hanya mengangguk laju. Datin Norizan mula memasamkan wajahnya.
***********************************************
                Bunyi gamelan yang sungguh unik dan merdu mengasyikkan para tetamu yang hadir. Majlis persandingan belum lagi dilaksanakan. Namun begitu, sudah ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
                “Aunty, Adira nak ambil air dengan kuih sikit, aunty nak?”, tanya Adira kepada Datin Norizan. Datin Norizan hanya menggeleng sambil tersenyum. Dian pula masih setia duduk di selang tiga kerusi dari Datin Norizan sambil berbalas pesanan ringkas (whats app) dengan Ammar. Sesekali terdengar celoteh Datin Norizan bersama teman-temannya yang sudah lama tidak bertemu.
                “Siapa budak yang bangun tadi tu, Zan? Cantik sungguh orangnya…”, tanya salah seorang daripada teman Datin Norizan.
                “Itulah bakal menantu I…Adira namanya..”, jawab Datin Norizan dengan bangga sekali.
                Dian yang terdengar akan perbualan tersebut tersentak dengan jawapan Datin Norizan. ‘Adira bakal menantu?! Setahu aku, hanya Ammar dan Arisha sahaja yang belum berkahwin. Tak mungkinlah pasangan untuk Arisha, melainkan, untuk Ammar! Apa semua ni?!’, tanya Dian pada dirinya sendiri.
                “Yang sebelah dia tu, ala yang tengah duduk tu, siapa pula? Manis juga orangnya…”, tanya seorang lagi teman Datin Norizan.
                “Ouhh…itu kawan Adira…”, acuh tak acuh sahaja jawapan Datin Norizan itu.
                ‘Kawan Adira?! Sah, Datin memang tak suka aku jadi menantu dia! Habis tu, kenapa dulu dia cakap yang siapa sahaja pilihan Ammar dia akan setuju? Kononnya, baik di mata Ammar, baiklah di matanya?! Dian, Dian, manusia boleh berubah bila-bila masa je la…Sabar Dian, Sabar….’, panjang lebar Dian bermonolog sendiri. Air mata mula bertakung. Namun, tiada jua yang tertumpah.
******************************
                Di dalam kereta, Dian mula menghidupkan enjin keretanya. Datin Norizan sudah berada di tempat duduk sebelah. Adira pula telah mengundur diri untuk pulang dahulu kerana ada kecemasan di hospital. Nampaknya, Dian sahajalah yang perlu menghantar Datin Norizan pulang ke rumahnya.
                “Datin, maafkan saya untuk bertanya…Datin memang tak suka saya ke?”, tanya Dian perlahan kepada Datin Norizan.
                “Datin memang tak setuju saya jadi menantu Datin?”, tanya Dian sekali lagi apabila tiada sebarang jawapan keluar dari mulut Datin Norizan.
                “Memang…memang saya tak setuju awak jadi menantu saya!”, kata Datin Norizan jujur.
                “Tapi, kenapa Datin kata pada Ammar yang apa sahaja pilihan Ammar, itulah pilihan Datin. Kononnya, baik di mata Ammar, baiklah di mata Datin?”, giliran Dian pula bertanya dengan lembut.
                “Siapa kata saya cakap macam tu! Mungkin Ammar sahaja yang tipu awak! Dari pertama kali Ammar memberitahu saya tentang awak, saya tak pernah setuju! Ammar yang mendesak! Saya dah ada pilihan terbaik untuk Ammar, tapi dia menolak! You know why?! It is all because of you!”, balas Datin Norizan. Tiada sebarang kata yang terpacul keluar dari mulut Dian Suraya.
                “Tahu-tahu saja, dia kata dia nak bawa awak jumpa kami pada hujung minggu…Nak tak nak, terpaksalah! Ammar tak pernah melawan cakap saya, tapi, disebabkan awak, dia berani lawan saya! Perempuan jenis apa awak ni ya?! ”, lantang sekali Datin Norizan bersuara.
                “Tak bolehkah Datin cuba untuk menerima saya?”, tanya Dian inginkan kepastian. Namun, tiada sebarang jawapan yang diberikan Datin Norizan.
                Sepanjang perjalanan menuju ke rumah Datin Norizan di Subang Jaya sunyi sepi. Dian hanya membisukan diri tanpa bersura. Begitu juga dengan Datin Norizan.
*******************************************************
                “Kalau awak sayangkan Ammar, Dian Suraya, tak perlulah nak menambahkan dosa dia pada saya. Jangan nak jadikan dia anak derhaka pula! Lagi satu, Dian, awak rasa, perkahwinan tanpa restu mertua itu akan kekal aman bahagia ke? Awak tahu jawapannya, kan? So, you know what you should do, right? Thanks…”, ujar Datin Norizan sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya.
                Dian mula memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut. Sambil memandu, tanpa disedari, air matanya tumpah jua. Sekuat-kuat seorang insan bernama Dian Suraya, akhirnya air matanya mengalir jua. Kereta yang dipandu entah ke mana haluannya. Dian hanya memandu dan terus memandu.
****************************************************************
                Dian akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja. Selepas berjam-jam memikirkan sesuatu keputusan yang perlu diambil, akhirnya Dian sudah membuat keputusan. Walaupun sakit, tapi, dia perlu melakukannya juga.
                “Assalamualaikum, Ammar, you dekat mana?”, tanya Dian menyembunyikan tangisannya.
                “Waalaikumsalam…I dekat hospital lagi ni…Kenapa?”, Ammar Fareeq membalas.
                “I nak jumpa you boleh? Important sangat..”
                “Ok, dalam jam 9.00 malam boleh? Dekat mana?”, tanya Ammar.
                “Kita jumpa di One Utama…”, kata Dian.
                “Ok, dekat Nandos…”, kata Ammar pula sebelum menamatkan perbualan.

***********************************************
                “Esok I off…Malam ni, I tidur rumah Abang Amin….So, kenapa you nak jumpa I? Penting sangat katanya…”, tanya Ammar sambil tersenyum.
                “Ammar, kenapa you bohong pada I? Kenapa you kata mama you setuju dengan pilihan you sedangkan tidak?”, tanya Dian. Tiada air mata yang mengalir di wajahnya. Namun, Ammar tahu, di dalam hati, Dian sedang menangis kekecewaan.
                “I’m sooo sorry, Dian. I sayangkan you…”, jawab Ammar.
                “I nak kita putuskan pertunangan kita….”, Dian tidak berani menatap mata Ammar. Dia takut kalau dia tidak kuat.
                “No!No! I tak boleh hidup tanpa you…No, sayang…”, Ammar merayu.
                “You tahukan, Ammar, syurga seorang lelaki itu akan kekal di bawah tapak kaki ibunya…sedangkan seorang wanita, syurganya terletak di bawah kaki suaminya setelah dia berkahwin nanti…Jadi, you rasa, mana syurga you nanti? Janganlah you tambahkan dosa dengan membantah kata mama you..” , tenang sekali Dian berkata.
                “Tapi, I tak boleh hidup tanpa you, Dian…”, Ammar seakan-akan ingin menangis.
                “No, sayang…No, I know you can….”, Dian membalas. Senyuman terukir di wajahnya.
                “Oh no, please, sayang…..”, Ammar merayu lagi. Namun, dengan pantas, Dian meanarik keluar cincin yang tersarung di jari manisnya. Lantas, dia meletakkan di atas meja.
                “I’m sorry, I have to go…Assalamualaikum…”, Dian pantas berlalu. Ammar ingin mengejar namun, kelibat Dian sudah tiada lagi.
*********************************************************
                “Haih, lambat balik, hari ni, Ammar…”, tegur Datin Norizan yang kebetulan berjalan dari dapur menuju ke kamarnya.
                “I have one good news for you. Dian nak putuskan pertunangan. So, lepas ni, mama bolehlah merisik Adira untuk Ammar. Itu yang mama hajatkan selama ni kan? Ammar akan ikut je semua kemahuan mama…”, bicara Ammar seolah-olah menyindir ibunya. Tanpa melengahkan waktu, Ammar bingkas naik ke tingkat atas menuju ke kamar tetamu.
                Seketika, Datin Norizan tersara begitu gembira dengan khabar yang baru didengarinya. Namun begitu, selepas beberapa minit, hatinya mulai diburu rasa bersalah.
                “Man, tadi Ammar bagitahu I, Dian nak putuskan pertunangan..”, bicara Datin Norizan sambil duduk di birai katil. Sementara itu, Datuk Rahman menutup buku yang dibacanya.
                “Dian nak putuskan pertunangan? Kenapa tiba-tiba pulak ni?”, kata Datuk Rahman terkejut. Tiada jawapan dari Datin Norizan.
                “Happy la you…Impian nak jadikan Adira menantu kesayangan tercapai jugak kan?”, sindir Datuk Rahman.
                “Ammar kata, mulai hari ni, dia akan ikut je semua kemahuan I…”, riak wajah Datin Norizan tidak menggambarkan yang dia gembira.
                “Dah tu?”, Datuk Rahman cuba memahami isi hati isterinya itu.
                “Cuma, I rasa bersalah…Mungkin, sebab I kut, Dian nak putuskan pertunangan. Memang mula-mula I rasa seronok, gembira…tapi, lepas tu, I rasa bersalah…Bersalah sebab hancurkan hati anak sendiri…I takut kalau apa yang I buat ni salah…”, Datin Norizan meluahkan rasa hatinya.
                “Hmm…Memang you bersalah agaknya..I tengok, Dian Suraya tu baik budaknya…Apa yang kurang di mata you?”, jawapan jujur dari Datuk Rahman.
                “Entah, mungkin sebab I cuma pandangkan Adira je…Adira kan doktor, Dian cuma cikgu…”, kata jujur Datin Norizan.
                “Zan, apa bandingnya cikgu dan doktor? Tanpa guru, tak ada doktor tau! Tanpa guru, hidup kita tak macam ni…I, you, Ammar takkan jadi orang tau! Ingat tu, Zan! Guru tu bagai cahaya penyuluh kehidupan! Berhentilah banding-bandingkan Adira dengan Dian. You sepatutnya terima Dian seadanya! Fikirlah semula, Zan. You yang mulakan, jadi you yang kena betulkan. Dah, I nak tidur dulu…Assalamualaikum..”, panjang lebar Datuk Rahman menasihati isterinya.
                “Waalaikumsalam..”, sambil itu Datin Norizan terus berfikir dan berfikir.
***********************************************
                “Okay girls, please look at the equation I wrote on the white board…”, kata Dian kepada anak-anak muridnya. Seketika kemudian, alunan lagu ‘Locked out of heaven’ oleh Bruno Mars mula berkumandang. Tertera nama pemanggil di skrin telefon bimbitnya, ‘Datin Norizan’, tiada lagi nama ‘Mama-In-Law’. Dian pantas menolak panggilan tersebut dan meletakkan ‘mode silent’ bagi mengelakkan sesi pengajiannya diganggu.
                Selepas tamat sesi pengajian, Dian menelefon semula Datin Norizan yang sudah menelefonnya lebih sepuluh kali. Takut juga kalau-kalau ada kecemasan atau perkara penting yang perlu disampaikan.
                “Assalamualaikum, Datin, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”, tanya Dian.
                “Waalaikumsalam…Dian, boleh saya jumpa awak sekejap, hari ini?”, giliran Datin Norizan pula bertanya.
                “Penting sangat ke, Datin? Saya mengajar hari ni…”, jawab Dian.
                “Sekejap je, Dian…Penting sangat…”, kata Datin Norizan.
                “Ok, sekarang saya tengah rehat, tapi, lagi satu jam saya ada kelas…”, Dian menjawab sambil melirik ke arah jam di tangan.
                “Ok, lagipun, saya dah dekat dengan kawasan SMK Convent Bukit Nanas ni..”, Datin Norizan memberitahu keberadaannya.
*******************************************************
                “Ya, ada apa-apa yang boleh saya bantu Datin?”, tanya Dian.
                “Dian, saya nak minta maaf pada Dian kerana banyak sakitkan hati Dian selama ni…Saya yang bersalah. Tak sepatutnya saya nak menentukan setiap haluan hidup Ammar. Saya patut serahkan semuanya pada Ammar untuk dia memilih memandangkan dia dah dewasa dan matang sekarang. Sebagai ibu, tugas saya ialah menasihatinya untuk memilih jalan yang betul…
                Ammar sayang sangat dengan Dian. Dia kecewa sangat bila Dian buat keputusan untuk putuskan pertunagan. Dian, saya restu hubungan Ammar dengan Dian. Maafkan saya, Dian…Terima Ammar semula, ya, Dian?”, pantas Datin Norizan memeluk Dian dengan penuh kasih.
                Dian menggeleng perlahan. “Maaf Datin Norizan, saya rasa Datin tak perlulah buat semua ni. Hanya kerana Ammar kecewa, Datin ke sini dan terus merestui hubungan saya dan Ammar? Datin dah ada pilihan sendiri untuk menjadi menantu Datin. Ammar, saya pasti dia akan menurut kata Datin selepas ni memandangkan saya tak ada lagi di sisinya. Jadi, mengapa masih memilih saya? Maaf, saya bukannya nak jadi kurang ajar atau biadap, tetapi saya cuma ingin menjaga diri sendiri. Bila tidak memerlukan, saya dibuang jauh. Bila saya diperlukan, sampai Datin sanggup jumpa face to face dengan anak pesawah macam saya? Datin, saya tahu Datin tak sukakan saya sejak pertama kali saya jumpa Datin.  Sudahlah Datin, saya tak nak memanjangkan lagi isu ni. Saya harap Datin faham. For your information, Adira still single and available. Saya dah tanya dia personally waktu di kenduri kahwin hari tu. Saya doakan yang terbaik buat Datin dan Ammar sekeluarga. Assalamualaikum…”, Dian berjalan terus tanpa menoleh. Air matanya mengalir deras. Mana mungkin dengan begitu mudah dia dapat melupakan Ammar.
                “Dian Suraya!”, Dian menoleh sebaik mendengar suara yang begitu dia kenali. Suara milik Ammar.
                “Dian, I tak tahu nak luahkan cinta melalui kata-kata. Tapi, percayalah, I ikhlas sayangkan you. I nak hidup dengan you sampai hujung nyawa. Sebelum ni kita pernah janji, walau apa pun yang jadi, cinta itu tetap ada. Ya, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. I akan terima jika you buat keputusan untuk putuskan juga pertunangan ni. I terima, Dian”, ujar Ammar.


                “Mama dan Ayah on the way. Malam semalam sampai dari Dubai. Tak sabar nak tengok baby…”, Ammar mencuit hidung bayi perempuannya yang comel itu.
                “Mestilah tak sabar…Baby cantik macam ummi dia! Kan, daddy, kan?”, tanya Dian pada Ammar.
                “Hmmm…cantik, sangat! Tapi, comel macam daddy tau!”, ujar Ammar.
                “Beautiful macam Granny dia!”, tiba-tiba Mak Su Lina muncul di muka pintu.
                “Eh, Mak Su, masuklah…Mama dan Ayah on the way…”, jemput Ammar.
                “Emmmm…comelnya baby! Tahniah Ammar, Dian…”, kata Mak Su Lina sambil mengendong si bayi kecil yang sungguh comel itu.
                “Assalamualaikum!”, Datuk Rahman dan Datin Norizan memberi salam.
                “Waalaikumsalam, masuklah Ma, Ayah..”, ujar Dian.
                “Comelnya Amira binti Ammar Fareeq ni…”, Datin Norizan menimang cucunya.
                “ Amira?”, tanya Ammar.
                “Ya lah.. Amira..kan cantik namanya,makna pun cantik kan baby….”, kata Datin Norizan.
                “Nama lain, boleh tak mama? Nama ini macam pendek sangat…Sekarang ramai yang ada lebih dari satu nama”, Dian mula mengutarakan hasratnya.
                “Nama, bukan sebab bilangan, tapi maknanya! Kalau nama berbelit-belit lidah nak sebut, makna pun tak ada, lebih baik tak payah!”, ujar Datin Norizan.
                “Kalau Nur Amira macam mana?”, tanya Mak Su Lina pula.
                “Ok! This one is not too simple and very nice! Perfect, love it! Makna nama pun cantik..”, ujar Datin Norizan tanda setuju. Dian pula menggeleng tanda tak setuju.
                “Erm…Nama ni macam dah ramai sangat…Nama lain boleh?”, tanya Dian pula.
                “Kalau Zara Aisyah? Cantik, sweet, simple je…Makna dia, menurut dalam internet ni, Zara bermaksud puteri, Aisyah maksudnya hidup bahagia…”, senyum Dian.
                “Oh no! No! No! No! Mama rasa nama Zara tu tak sesuailah dengan baby ni…Kan, baby nenek… !”, bantah Datin Norizan.
                “Ok, how about this one? Nur Izz Qaisara…Maknanya cantik…”, tanya Dian sekali lagi. Kali ini dia betul-betul berharap agar pilihannya itu menarik di hati Ammar, mama, ayah dan Mak Su Lina.
                “Mama tak setuju! Apa kata letak nama Nur Faqihah binti Ammar Fareeq….sedap sangat..”, ujar Datin Norizan.
                “Huh? Nur Faqihah?! Please mama, letak nama Nur Izz Qaisara…kan, Ammar?”, pinta Dian.
                “No! Izz? Nama macam lelaki je! Apa orang cakap nanti…Dah, stick je dengan Nur Faqihah”, bantah Datin Norizan.
                “Nur Izz Qaisara la mama…kan, Ammar?”, Dian masih dalam usaha memujuknya.
                “Ammar tak kisah…Asal maknanya baik je…Nur Faqihah pun ok…”, pantas, ‘ketam batu’ milik Dian hinggap di lengan Ammar.
                “Awww! Ok,ok, Nur Izz Qaisara pun sedap! Cantik maknanya..”, Ammar memperbetul kata-katanya.
                “Kalau nak letak nama Nur Izz Qaisara, boleh, tapi untuk anak perempuan kedua nanti! Anak perempuan seterusnya…ok?”, tegas Datin Norizan. Aksi bantah membantah antara Dian dan Datin Norizan kini bagai drama pula.
                “Tapi, Ma….”, Dian masih mencuba.
                “Please, tunaikan permintaan mama…”, pujuk Datin Norizan.
                “Ok,Ok…apa kata tambah nama Dalili…Nur Dalili Faqihah…Maksudnya, Cahaya Pemimpin Cerdik. Kan sedap?”, cadang Mak Su Lina.
                “Ha..okok! Bagus maknanya, kan, sayang? “, pujuk Ammar.
                “Sedap sangat! Ok, Dian setuju!”, angguk Dian.
                “Ok, mama pun setuju. Oh ye, Dian, warna cat bilik baby tu, Mama ingat kita cat warna cream lah..Pink tu common sangat!”, kata Datin Norizan.
                “Cream? Lainlah mama…”, bantah Dian.
                “Dah-dah fikir nanti je lah…”, kata Datuk Rahman dan Ammar seraya. Pening kepala mereka dengan kerenah dua anak-beranak itu! Akhirnya, dengan restu, kasih dan sayang orang tua tercinta, Ammar Fareeq dan Dian Suraya hidup bahagia. Moga kebahagiaan mereka kekal ke anak cucu….dan cicit…




Comments

Post a Comment