Hahaha, found another one here!
I wrote this 'cerpen' when I was 16 years old. Hanya untuk suka-suka. Sebab waktu tu aku terlalu 'mencintai', 'menggilai', 'ketagih' dengan novel-novel melayu jiwang karat itu semua! Hahahaha, jadi aku cuba 'create' cerita sendiri untuk gembirakan hati aku. Supaya aku boleh baca dan senang hati dengan tulisan aku sendiri. Maka ter-hasil-lah 'karya' budak 16 tahun punya cerita.
By the way, cerpen AKU BUKAN UNTUKMU ni ada sambungan tau.....
Sambungannya bertajuk; TERHENTI DI SINI.
Sambil-sambil tu aku nak ingat balik memori zaman sekolah dulu :)
So, I present to you;
AKU BUKAN UNTUKMU
Kadangkala, hari siang tak
semestinya cerah, disinari matahari. Kadangkala, malam tak semestinya gelap
gelita tanpa cahaya. Walau perit hati berduka, dan walau pahit untuk menelan,
tetap perlu aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Kini aku bertekad, tetap
ingin meneruskan langkah walau dia tiada di sisi. Di sini, dia sudah menemukan
bahagia yang diimpikan. Sudah tiba masanya untuk aku melangkah mencari
bahagiaku sendiri.
**********************************************************************
“Maafkan
aku kalau bertanya, memang kau setuju seratus peratus untuk menjadi sebahagian
daripada hidup aku? Tak menyesal?”,soal Adam Zaquan. Panahan matanya begitu
tepat memandang ke arah Nur Hani Maisarah. Menantikan kepastian yang
sebenar-benarnya dari lubuk hati gadis itu. Kini, Hani sudah bergelar surinya
selepas diijab kabul petang tadi. Hani masih diam membisu. Berkira-kira ingin
mengangguk, menggeleng atau berkata sesuatu. Akhirnya, dia memecahkan kebisuan
dirinya.
“Aku
tak boleh berbuat apa-apa. Tiada pilihan yang boleh aku pilih antara satu.
Hanya untuk mengeratkan tali persahabatan kedua orang tua, status sebagai teman
perlu ditukar kepada status isteri. Rasanya, berpuluh-puluh kali bahkan mungkin
sudah cecah ratusan kali aku menolak. Sekarang, aku berserah. Kau pula macam
mana? Takkan dengan mudah kau boleh lupakan Liyana?”, Hani pula menyoal jejaka
itu.
“No!
Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Kalau tak turuti, diugut tak mengaku anak,
harta sesen tak dapat, arhhh macam-macam lagilah. At last, aku terpaksa cakap
ya. Aku harap kau memahami aku jika lepas ni aku tetap meneruskan hubungan aku
dengan Liyana. Kau faham kan?”,wajahnya penuh dengan harapan. Apabila Hani mula
diam untuk beberapa saat, pandangan Adam mula bertukar pelik. Hani mula berasa
takut jika Adam dapat menghidu sesuatu, lantas dia tertawa kecil, menutup
kegusaran hatinya.
“Apalah
kau Adam. Eventhough, aku sekarang ni wife kau, tapi, aku tetap kawan kau yang
memahami hati kau tu. Pasal Liyana, jangan risau. Nak jadi madu aku pun tak
apa…”,ujarku. ‘Oh! Nasib baik Adam tak tahu aku suka dia! Ya, memang aku
menolak banyak kali lamaran ibunya kerana aku yakin Adam begitu menyayangi
Liyana. Wahai hati, jauhkan perasaan
cinta ini. Tuhan,bantulah aku.’.Hani mula bermonolog sendiri. Lega hatinya
apabila Adam turut tersenyum dan tertawa. Di samping itu, Hani turut berasa
senang, kerana akhirnya, dia bisa membuat temannya itu tertawa pada hari yang
mendukakan hati milik Adam Zaquan. Hani tersenyum sendiri.
**********************************************************************
Malam
itu, selepas bermunajat kepada yang Maha Esa, Hani merebahkan dirinya di atas
katil. Ditenungnya wajah milik Adam Zaquan yang sudah lena dibuai mimpi. Mimpi
Liyana agaknya, bisik Hani di dalam hatinya. Masakan tidak, Adam tidur dengan
lena sekali. Hani menjarakkan tubuhnya sedikit ke tepi. Walaupun ada sebiji
bantal peluk yang menjadi pemisah di antara mereka, Hani tetap berasa kurang
selesa. 10 minit pertama, Hani tidak boleh memejamkan kelopak matanya. 20 minit
dan 30 minit, keadaanya masih begitu. Entah apa yang difikirkan.
Tiba-tiba,
air mata mula berlinangan di pipi. Air mata kecewa dan rasa bersalah yang
teramat. Hani sedar, dia kini telah dinobatkan dengan gelaran ‘perampas’ walau
Adam mahupun Liyana tidak sekalipun melafazkannya. Dia rasa bersalah kerana
terpaksa menjadi penghalang cinta mereka yang sudah lama berputik. ‘Sweet
couple’, itu yang mampu Hani gambarkan mengenai pasangan itu, malah teman-teman
mereka juga. Sayang sekali, kedua ibu bapa dan mertuanya tidak pernah melihat
betapa secocoknya Adam dan Liyana. Bagi mereka, tiada yang terbaik untuk Adam
selain dirinya yang tidak seberapa itu.
Akhirnya, Hani lena dibasahi air mata yang tidak henti mengalir.
**********************************************************************
Dua
minggu sudah berlalu, Hani sudah berpindah ke kondominium milik Adam di Bandar
Utama. Mujur rumah Adam itu berhampiran dengan tempat kerjanya. Jadi, Hani
tidak perlu terlalu risau untuk bertolak awal dari rumah ke tempat kerja. Adam
pula telah kembali bertugas di syarikat perkongsian milik bapanya dan beberapa
orang ternama di Malaysia. Hubungan Hani dan Adam seperti biasa malah kesibukan
Hani sebagai seorang arkitek dan Adam yang perlu menguruskan beberapa projek
pembinaan di ibu kota telah membataskan masa mereka.
**********************************************************************
Liyana
masih merenung tiket penerbangan yang terletak elok di atas meja. Mungkin sudah
tiba masanya untuk dia mengundur diri. Tidak sanggup lagi untuk melihat dan
terus menghancurkan rumah tangga temannya, Hani. Walaupun mereka tidaklah
serapat mana, namun begitu, sudah lebih sepuluh tahun mereka mengenali antara
satu sama lain.
Selepas
selesai mengemas pakaian dan barangan peribadi, Liyana pantas mengambil tiket
penerbangan di atas meja. Tidak sampai beberapa minit, dia menyandarkan
tubuhnya ke dinding. Dia terduduk lalu memeluk kedua-dua belah lutut. Air mata
yang ditahan akhirnya tumpah jua. Bukan dia ingin meragukan cinta Adam terhadap
dirinya, tetapi, keadaan yang memaksanya lakukan sebegitu. Mungkin bukan jodoh
mereka. Loket pemberian Adam dipegang dengan erat dan matanya dipejam seketika.
**********************************************************************
Pagi
Isnin, seperti selalu, Hani sentiasa tergesa-gesa untuk ke pejabat kerana ada
mesyuarat mingguan yang perlu dia hadiri. Mujurlah mesyuarat mingguan hanya
diadakan sekali seminggu. Selepas selesai memakai tudung, pantas Hani menuju ke
dapur.
Roti
goreng sudah dia hidangkan di atas meja makan bersama segelas susu. ‘Nasib baik
sempat, kalau tidak, alamatnya, Adam terpaksalah bersarapan di pejabatnya’,ujar
Hani perlahan.Nota ringkas sudah ditinggalkan di atas meja makan sebelum dia
berangkat. Hampir sahaja Hani melanggar dinding kerana asyik melirik ke arah
jam tangannya. Takut terlambat pula.
‘Aku
dah bertolak pegi office. Kau makan ek…Pinggan and gelas, letak je dalam sinki,
nanti aku basuh ’. Adam membaca nota ringkas yang ada di atas meja. Tanpa
menunggu sesaat dua, Adam terus mengambil tempat duduk di meja makan untuk
menjamah sarapan hasil air tangan Hani. ‘Hmmm…sedap!’,Adam Zaquan tersenyum
sendiri. Selama dua minggu ini, air tangan Hani tak pernah rasa kurang di
lidahnya. Sedap belaka. Satu lagi suapan, dan satu lagi, dan satu lagi dan satu
lagi. Tinggal satu per tiga sahaja lagi sebelum pinggan itu menjadi
‘licin’. Tiiitttt Tiiiit….bunyi telefon
bimbit Adam memaksa dirinya berhenti mengunyah seketika. Adam menelan kunyahan
terakhirnya sebelum membaca pesanan ringkas daripada Liyana, buah hati
tercinta.
From: Sayang
Adam, I’m sorry I have to
go. Tak perlu cari I.Just, start ur new
life with Hani..Thanks for everythg. Love you, sayang.
Adam
terkejut dengan keputusan Liyana. Berkali-kali Adam cuba menghubungi Liyana,
namun tak berangkat langsung. Adam begitu kecewa dengan keputusan Liyana
meninggalkan dirinya. Dia kecewa kerana Liyana sebenarnya tidak boleh menerima
keadaan ini walaupun Adam sudah meyakinkan Liyana bahawa dia tidak akan pernah
meninggalkan kekasih hatinya itu. Tapi mengapa Liyana tidak yakin dengan
janjinya? Dengan pantas, Adam mencapai kunci kereta dan mengunci pintu rumah.
Dia perlu bergegas mencari Liyana sebelum terlambat.
**********************************************************************
Hani
keletihan selepas seharian mengahadap pelan bangunan yang bertimbun di pejabat.
Penat sungguh melayan fiil bosnya yang begitu mementingkan kesempurnaan dari
setiap segi. Namun begitu, otaknya masih ligat berfikir. Pulang sahaja, dia
ingin menyegarkan badan terlebih dahulu dan terus solat maghrib. Usai solat,
dia hendak masak makan malam pula untuk Adam. Lepas siap mengemas dapur,
barulah dia hendak beradu sepuas-puasnya!
Pintu
lif terbuka. Hani melangkah laju ke pintu rumahnya. Selepas pintu rumah di buka,
Hani hanya mampu menggeleng kepala. ‘Mesti mamat tu lambat dan tergesa-gesa
pergi kerja pagi tadi’, ucap Hani sendiri. Suis kipas tak bertutup, televisyen
tidak dimatikan, pinggan dan gelas ditinggalkan sahaja di atas meja. Mujur
pintu rumah berkunci. Pantas sahaja gerak Hani menutup suis kipas, dan
televisyen serta mengemas meja. Selesai urusan itu, dia membersihkan diri dan
bersolat maghrib pula. Usai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan,
Hani mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak sambal ikan, dan sup sayur.
Selepas
menghidang masakannya di atas meja, Hani melabuhkan punggung di atas sofa ruang
tamu sambil menonton televisyen. Jam di dinding menunjukkan ke angka 8.30
malam. Hani berasa aneh kerana Adam masih belum pulang. Mungkin dalam
perjalanan, fikir Hani. Tanpa Hani sedari, dia telah terlelap dek keletihan.
Hani terjaga selepas mendengar bunyi pintu tertutup. Adam rupanya. Jam di
dinding ditoleh, mak oiii 11.05 malam. Ke mana sahaja lelaki ini pergi?
“Lambat
balik. Masam je muka, kenapa?”,tanya Hani serba salah melihat wajah sugul Adam
Zaquan. Adam meletakkan kunci kereta di atas meja kopi di ruang tamu. Kemudian,
dia mengambil tempat duduk di sebelah Hani. Adam diam seketika tanpa bersuara
sepatah perkataan pun. Hani mula berasa pelik dengan tingkah Adam.
“Dia
tinggalkan aku, Hani. Liyana left me, Hani! Dia pergi US and macam mana aku nak
cari dia? US tu besar! Aku tak sangka dia meragukan cinta aku untuk dia…”, Adam
kelihatan sungguh kecewa. Hani kaget dengan kenyataan Adam. Dia sungguh tidak
menyangka Liyana, gadis yang dia kenal dengan sifat kesetiaan dan mempunyai
kepercayaan yang tinggi terhadap Adam akhirnya meninggalkan jejaka itu.
‘Mungkin kerana kecewa,sakit hati dan cemburu agaknya. Kasihan Liyana, terpaksa
mengorbankan hatinya’,bisik Hani di dalam hati.
“I’m
sorry Adam. Aku tak patut kahwin dengan kau. Kasihan Liyana.”, Hani bersimpati
terhadap Adam. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Sekali lagi Adam diam
tanpa berkata apa-apa.
“Bukan
salah kau, Hani. Aku rasa Liyana just need some time. Aku akan tunggu dan beri
masa untuk dia tenangkan hati dia. Aku tahu, dia tahu yang aku sangat sayangkan
dia.”, Adam menyakinkan dirinya sendiri.
“Insyaallah,
Adam. Aku pun rasa dia cuma perlukan masa sikit. Relax,ok? Nanti kau try call
dia lagi. Pujuk dia. Ok? Hmmm…Nak makan tak? Ada sambal ikan, favourite kau
since primary school lagi. Nak tak?”,tanya Hani sambil tersenyum. Dia cuba
mengembalikan ‘mood’ Adam. Akhirnya, Adam mengangguk lemah.
Hani
mengorak langkah ke dapur dan kembali semula ke meja makan dengan semangkuk
nasi putih. Adam pula berjalan perlahan ke meja makan dan mengambil tempat
duduk. Hani meletakkan beberapa senduk nasi putih ke dalam pinggan lalu
diberikan kepada Adam. Hani lega kerana ‘mood’ Adam kembali membaik walaupun
tak seceria selalu.
**********************************************************************
Kini,
beberapa bulan sudah berlalu. Liyana tetap masih tidak muncul. Sudah puas Hani
mencari Liyana secara diam. Dia tidak sanggup lagi melihat Adam yang tidak
seceria dulu. Namun begitu, masih tiada sebarang berita mengenai Liyana.
Sedang
Hani menyiapkan beberapa pelan di rumah, Adam muncul tersenyum ke arah Hani.
Keadaan sunyi sepi seketika sebelum Adam memulakan bicaranya. “Hani, aku dah
buat keputusan. Tak mungkin selamanya aku menyakiti diri aku menunggu Liyana.”,
ucap Adam sebagai permulaan bicaranya. Hani langsung tidak boleh meneka apa
yang cuba disampaikan oleh Adam. Akhirnya, persoalannya terjawab juga.
“Aku
nak cuba mulakan hidup baru tanpa Liyana. For a start, aku rasa kita kena tukar
panggilan. Ye la…takkan husband and wife berbahasakan aku-kau kut..”, Adam
tertawa kecil sambil mengangkat keningnya.
“Habis
tu, kau nak suruh aku panggil kau apa? Abang?Honey?Sayang?”, tanya Hani dengan
nada gurauan.
“Hmm…sorry
Hani, aku rasa buat masa ni, aku belum ready dengan panggilan-panggilan
tu…Maksud aku panggilan yang lebih sopan daripada aku-kau…How bout
I-You?”,tanya Adam.
“Ok..then..Hmm…Wahai
encik Husband, you dah makan ke belum? Kalau belum, sebentar ya, biar I siapkan
makanan untuk you..”, sengaja Hani menekan perkataan I-You sambil dia
berbicara.
“Hah..macam
tu..baru orang lain tak nampak kita pelik…Hmm..actually I belum makan lagi..Can
you cook something for me? Tak kisah…mi segera pun boleh..”,Adam tersenyum
lagi. Di dalam hati Hani, sejak dibangku sekolah lagi, setiap kali melihat
senyuman milik Adam, dia pasti akan cair. Mungkin ini merupakan titik permulaan
bagi perhubungan mereka.
**********************************************************************
Letih
sungguh Hani pada hari ini. Banyak sungguh kerja dan pelan yang perlu
disiapkan. Sudahlah hari ini sepatutnya menjadi hari yang istimewa untuknya.
Tapi, cuma mama, ayah, Kak Jun dan anak-anak saudaranya yang comel itu sahaja
mengucapkan ucapan ‘selamat hari jadi’ buat dirinya. Dari pagi tadi, sampailah
jam 8.00 malam ini, langsung tiada sms, apatah lagi panggilan telefon daripada
Adam. Selesai bersolat maghrib di pejabat, Hani terus memandu pulang ke rumah.
‘Gelapnya..’,
Hani bicara sendiri melihat kondominium yang gelap gelita itu. Perlahan-lahan
dan cukup berhati-hati Hani melangkah masuk ke dalam rumah. Takut juga
sekiranya ada pencuri atau ‘benda halus’ ke.
“Happy
birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hani, happy birthday
to you!”, terlihat kelibat Adam menyanyi sambil menatang kek yang dihiasi
lilin.
“Jangan
tiup lagi, biar I bukak lampu dulu. Nanti kita bergelap pula bila lilin kena
tiup..”, ucap Adam dengan nada bergurau. Pantas suis lampu ditekan. Tertera
dengan jelas tulisan kreatif di atas kek coklat. ‘ HAPPY BIRTHDAY MY HONEY,
HANI. ‘. Pantas Hani meniup kesemua lilin.
Di
atas meja makan pula terhidang hidangan makan malam untuk dua orang. Hani
sungguh terharu dengan kejutan yang Adam buat. Sangat sweet. “Thanks, Adam..”,
Hani mengucapkan dengan begitu tulus.
“You’re
most welcome. Hmm…kejap..”, Adam bingkas berlalu ke dalam bilik untuk mengambil
sesuatu. Dia kembali semula dengan patung beruang yang besar. Di tangan beruang
itu pula terlilit jam tangan yang begitu cantik dan tampak eksklusif. Adam
terus memakaikan jam itu di pergelangan tangan Hani.
“I
selalu doakan yang terbaik untuk kita,” begitu tulus Adam mengucapkan kalimah
itu sambil merenung ke arah sepasang mata milik Hani. Hanya senyuman yang mampu
Hani berikan di sebalik aliran air mata sebagai tanda terima kasih. Adam
menyeka air mata Hani dengan ibu jarinya.
**********************************************************************
“Adam,
you nak pakai baju melayu yang mana ni, for Zul’s wedding? I nak
gosokkan…”,ujar Hani kepada Adam yang leka sungguh menonton televisyen.
“You nak pakai warna apa? Ambil yang matching
lah…Tapi, asal jangan warna putih or gold. Bestfriend I tu, tema warna gold.
Tak pasal-pasal nanti kita pula jadi pengantin…”. Adam tertawa kecil diikuti
Hani juga. Lucu juga kalau tiba-tiba mereka pula dianggap raja sehari nanti.
Hani
pantas membuka almari pakaiannya dan meneliti satu persatu koleksi baju
kurungnya. ‘Hmmm..kalau warna putih, nampak sangat macam aku pula nak
kahwin…Gold ni lawa, tapi si Zul tu confirm pakai gold.Hah..warna purple pun
ok.’, Hani berbicara sendirian.
“Adam,
warna soft purple ni ok kan?”,tanya Hani untuk mendapatkan kepastian. Dalam masa
yang sama, terserlah lesung pipit milik Hani yang sungguh comel apabila
tersenyum.
“Hmm…sweeeetttt
sangat. Ok je..”, Adam menjawab dan kemudiannya kembali menatap kaca
televisyen. Apabila Hani berlalu pergi, mata milik jejaka itu melirik ke arah
isterinya. Di dalam hati, dia turut memuji kecantikkan Hani walaupun tanpa
secalit bedak mahupun gincu.
**********************************************************************
“Alamak,
Hani, you nampak butang baju melayu I tak?”, Adam bertanya sambil mencari-cari
butang baju melayunya. Hani muncul di hadapan pintu kamar. Sepasang baju kurung
moden bewarna ungu bercorak sederhana dan menawan dikenakan di tubuh Hani.
Tudung lilit yang juga bewarna ungu dipadankan.
“Cari
ni ke, Encik Adam Zaquan?”,Hani menunjukkan kotak yang berisi butang baju
melayu. Dengan pantas Hani mengorak langkah ke arah suaminya. Butang baju
melayu mula dipasang dengan berhati-hati. Jantung Adam mula berdegup laju
seiring dengan debaran jantung Hani. Anak mata Adam dan Hani pula bertembung.
Mereka terpaku sebentar sambil melayan perasaan masing-masing. Alunan lagu ‘We
are young’ mula kedengaran memecahkan kesunyian dan debaran suasana mereka.
Hani
melarikan anak matanya lalu segera mencapai telefon bimbit milik Adam di atas
meja kerja Adam. Telefon bimbit itu mula bertukar tangan. Adam menjawab
panggilan tersebut. “Hmm…ya, aku baru nak keluar rumah. Kau dah on the way ke
Raziq? Ok lah, kita jumpa dekat sana.”, Adam menamatkan perbualannya dengan
Raziq yang juga dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan teman baik
mereka, Zul.
**********************************************************************
Ramai
yang memuji keserasian Adam dan Hani pada hari itu. Sama cantik, sama padan.
“Congrats, dear friend! I’m very happy for you,Zul.”, Adam tersenyum sambil
memeluk rakan karibnya itu. “Thanks, Adam. Kau dengan Hani macam mana?”, tanya
Zul. “Alhamdulillah, ok je..I want to start my new life with her,”, Adam
tersenyum lagi. Di dalam hatinya, dia begitu mengharapkan yang terbaik buat
mereka berdua.
“Congrats
Zul..”, perbualan di antara Adam dengan Zul berhenti sebaik sahaja muncul satu
suara yang begitu Adam kenali. Mereka menoleh ke arah empunya suara. “Liyana”,
hanya itu yang mampu Adam katakan. Sungguh tidak dia sangka, setelah hampir
setahun berlalu, baru kini Liyana muncul kembali. Jauh di sudut hati lelakinya,
mungkinkah cinta lama kembali berputik?
**********************************************************************
“So,
how are you?”,tanya Liyana ceria. Mereka berbual di lobby hotel tempat majlis
resepsi perkahwinan Zul dilangsungkan. Adam merenung jauh ke dalam mata Liyana.
Mencari jawapan kepada persoalannya sejak hampir setahun lalu. “Kenapa you
pergi macam tu je? Kenapa you ragukan cinta I?”, tanya Adam.
“Adam,
I’m sorry that I left you. Bukannya I tak sayangkan you, tapi I tak sanggup
untuk terus mengecewakan hati I dan orang lain. I tak nak jadi orang ketiga.
You faham kan?”, kedengaran suara Liyana seakan ingin menangis.
Hani
masih tercari-cari kelibat Adam. Ke mana sahaja lelaki itu pergi. Hilang begitu
sahaja. Hani tersenyum sendiri apabila melihat kelibat Adam di lobby hotel.
Namun begitu, langkahnya terhenti di situ sebaik sahaja dia terlihat seorang
wanita anggun berbaju kurung. Luluh hatinya apabila mengamati dengan betul
wajah manis wanita itu. Liyana telah kembali.
Hani
menyandarkan tubuhnya di balik tiang besar berhampiran kerusi yang diduduki
Adam dan Liyana. “Enough Adam, I’m here sebab nak attend my cousin’s wedding
ok. Apa yang berlalu, biarkan berlalu. Just forget about it. Start your new
life. Assalamualaikum”,ujar Liyana yang ingin pergi dari tempat itu.
“Liyana
wait..”,Adam meninggikan sedikit suaranya. Liyana berhenti melangkah. “Liyana,
look at me. You masih sayangkan I, kan? Pandang I and say that you don’t love
me. Please…”,Adam mencabar Liyana. Air mata mula mengalir di pipi Liyana. Dia
tidak berani untuk menatap mata milik Adam.
“Liyana,
I sayangkan you.”,tulus sekali kata-kata Adam. “No, Adam! You suami orang
lain.”, Liyana menggeleng laju.
“And
you, kekasih hati orang lain, dan orang itu ialah I. I love you.”,sebaik Adam
melafazkan kalimah cintanya terhadap Liyana, air mata milik Nur Hani Maisarah
mengalir deras. Mungkin ini takdirnya.
Dari kecil, dia mengimpikan sebuah perkahwinan
bersama Adam Zaquan. Tuhan memberikan apa yang dia impikan itu. Mungkin
sememangnya Adam Zaquan bukan miliknya hingga ke akhir hayat. Namun, kini, Hani
mulai sedar, cukuplah Adam Zaquan menjadi miliknya walaupun untuk seketika.
Setidaknya, dia pernah merasa menjadi suri di hati lelaki itu walau untuk
sementara.
**********************************************************************
Hani
duduk mengambil angin petang di balkoni kondominium milik Adam Zaquan. Selang
tiga puluh minit kemudian, Adam muncul dengan dua cawan teh. Diserahkan satu
cawan kepada Hani dan pantas sahaja lelaki itu mengambil tempat duduk
bertentangan dengan kerusi Hani.
“Adam,
I rasa, dah sampai masanya untuk you lepaskan I.”, Hani memulakan bicaranya
sambil memandang tepat ke arah Adam. “Apa you cakap ni, I tak faham?”, Adam
memandang Hani aneh. Pelik sungguh dengan kata-kata Hani sebentar tadi. Mungkin
sahaja dia tersalah dengar ungkapan Hani.
“Mulakan
segalanya kembali, dengan Liyana. Be happy with her. As for me, I ingat nak
sambung belajar, buat master dekat UK or maybe Australia ke…and don’t worry
about mama. I’m sure one day, mama will accept Liyana.”,Hani menyatakan hasrat
hatinya. Biarpun hatinya sakit untuk mengungkapkan, namun dia percaya inilah
yang terbaik untuk mereka.
“Hani,
are you serious? I..tak….”, Adam teragak-agak dengan keputusannya. Dia takut
untuk mengecewakan ramai pihak. Sememangnya, dia sudah bertekad untuk
mengahwini Liyana. Cuma, Liyana sahaja yang tidak mahu menerima lamarannya
kerana tidak tega menyakiti hati kedua orang tua Adam dan juga sahabatnya,
Hani.
“Adam,
takkan selamanya, you nak kita hidup macam ni? Biarkan Liyana menunggu you
macam tu? Come on, Adam, you tak cintakan I pun.”.
“But
I rasa, I sayangkan you, Hani.”, Adam mula berasa bingung. Dia sendiri tidak
boleh menilai perasaan dan hatinya.
“Adam,
you sayangkan I sebagai seorang teman. You tak sampai hati untuk lepaskan I,
kan? You tak sampai hati untuk kecewakan our parents. I rasa, ini yang terbaik
untuk kita semua. I’m sure satu hari nanti our parents akan faham kenapa kita
buat macam ini.Walau apa pun, semua keputusan ada di tangan you.”, Hani bingkas
bangun dari tempat duduknya untuk memberi Adam sedikit ruang berfikir. Hani
meraba pipinya. Tiada lagi aliran air mata walau setitik pun. Ini bermakna
mungkin dia sudah bisa menerima segalanya.
**********************************************************************
Hani
berjalan menyusuri bandar kota Melbourne yang sesak dengan manusia. Sedar tak
sedar, sudah dua tahun Hani berada di kota Melbourne. Hani masih ingat lagi,
sebelum Adam melafazkan talak cerai, Hani telah menemui kedua orang tua dan
mentuanya untuk menerangkan status perhubungannya bersama Adam. Selepas
menerangkan beberapa kali, syukur, mereka menerima keputusannya dengan hati
yang terbuka walaupun sedikit terkilan.
Liyana
pula sudah mula diterima menjadi sebahagian daripada keluarga Adam Zaquan,
terutamanya mama. Bahkan, hubungan Adam dan Liyana semakin diserikan
dengan kehadiran si kecil Aina Kaisara.
Kini, Hani tersenyum gembira dan lega. Ternyata, Hani dan Adam membuat
keputusan dan pilihan yang tepat.
Hani
pula masih dalam misi mencari bahagia dan cintanya sendiri. Hani percaya, pasti
ada lelaki yang lebih baik untuk menjadi imamnya satu hari nanti. Selain itu,
bagi Hani, cintanya buat Adam akan kekal selamanya. Cuma, kini, cinta tersebut
hanyalah cinta sebagai seorang teman dan tidak lebih dari itu.
Comments
Post a Comment