Assalamualaikum, just want to share...
This is one of my 'cerpen' that I wrote a couple of years before. Hahahaha, found it in one of the files saved in my laptop.
Aku dulu suka menulis.
Aku dulu suka berangan-angan.
Aku dulu suka mereka cerita.
Hanya untuk suka-suka.
Hiburan untuk diri sendiri.
I present to you;
MAMA IN-LAW KU !
Cincin di jari ditenung lama oleh
Dian Suraya. Cincin bertatah berlian bersaiz serderhana kelihatan sangat
‘simple’ tetapi cantik sekali! Tersenyum-senyum Dian dibuatnya. Terasa dirinya
sungguh bertuah dan dicintai. Syukur dia ke hadrat Illahi kerana memberikannya
sebuah kehidupan yang cukup indah walau banyak rintangan yang berlaku. Namun,
Dian masih mampu untuk berdiri teguh walau kadangkala ada goyahnya. Mujurlah
masih ada insan-insan penguat semangat di sisi si cantik manis, Dian Suraya.
Bunyi
ketukan di pintu kamar langsung tidak di dengari Dian. Mengelamun terus…
“Amboi,
tenung cincin tu macam nak terkeluar biji mata! Sampai Mak Su ketuk pintu ni
bagai nak rak, tak dengar langsung! Ye la…orang tu dah nak kahwin...Mana dia
nak ingat Mak Su dia yang cun melecun kalah Megan Pox ni…”, ujar Mak Su Lina.
Riak wajahnya seakan-akan sedih sahaja. Ditambah lagi dengan suaranya yang
seperti hendak menangis. Sememangnya Mak Su Lina pelakon sinetron nombor satu!
“Bukan
Megan Pox, Mak Su….Megan Fox…”, meledak ketawa Dian. Terus sahaja Dian mengubah
posisinya dari pembaringan kepada posisi duduk. Mak Su Lina kesayangannya
pantas dipeluk dan dicium kasih. Itulah rutin hariannya pada setiap hari.
Semenjak kemalangan yang meragut nyawa ibu, ayah dan adiknya sewaktu dia masih
berusia sebelas tahun, Mak Su Lina telah menjadi tempat buatnya menumpang
kasih.
Kakak
Dian, Amira Suryana, kadangkala sahaja akan pulang ke rumah Mak Su Lina
memandangkan sejak berusia tiga belas tahun lagi dia tinggal di asrama penuh,
seterusnya ke matrikulasi, universiti dan akhirnya mendirikan rumah tangga
bersama seorang jurutera. Kini, Amira bahagia bersama suami dan anak-anak
tercinta yang berusia dalam lingkungan dua hingga enam tahun.
“Bertuah
Dian…Ada jugak orang nak…Doktor pula tu…Handsome, baik, bekerjaya, berduit,
anak orang ada-ada lagi! Lainlah Mak Su, tak ada sapa pun nak…Itulah ‘single’
je dari dulu sampai sekarang!”, ujar Mak Su Lina.
“Itulah,
Dian pun rasa bertuah…Ye la, Dian ni cikgu, Ammar pula doktor, kan beza
bidangnya…Tapi, itulah, ketentuan Allah agaknya Dian jumpa Ammar, kan, Mak Su? Dian
tak pandang yang handsome ke, berduit ke, anak ‘somebody’ ke…yang penting, bagi
Dian Ammar seorang yang baik, caring dan in shaa Allah, jodoh terbaik buat
Dian…”, Dian tersenyum manis sambil berbicara.
“In
shaa Allah, sayang….Mak Su sentiasa doakan yang terbaik untuk Dian…Bila Ammar
nak bawak Dian jumpa mak dia? Setahu Mak Su, Dian tak pernah jumpa mak Ammar
kan?”, giliran Mak Su Lina pula bertanya kepada Dian.
“Belum…Parents
Ammar kan tinggal di Dubai dah lebih lima tahun. Jarang balik Malaysia. Dia
kata, dia serah semuanya pada Ammar. Bila Ammar dah ada calon dan dah sedia
untuk bertunang, baru bawa jumpa dia. Katanya dia setuju je dengan pilihan
Ammar. Hujung minggu ni parents Ammar balik Malaysia untuk tujuh atau lapan
bulan macam tu. Ayah Ammar ada urusan sikit dekat sini…Sambil tu, mak Ammar nak
selesaikan urusan pertunangan dan perkahwinan kami. Ayah Ammar pula akan ulang alik dari Dubai ke
sini.”, balas Dian sambil tersenyum,
***********************
“I
nervous la nak jumpa parents you…Dekat mana kita nak jumpa ni?”, tanya Dian.
Riak wajahnya bertukar pucat. Seakan-akan tiada darah yang mengalir.
Jari-jemarinya mulai diramas, peluh-peluh kecil mula muncul di tapak tangan. Ammar
yang ketika itu sedang khusyuk memandu ditenung sebentar.
“Relax
la…Mama and Ayah tak makan oranglah! We’re heading to Abang Amin’s house in
Subang Jaya. Actually, tu rumah my parents sebelum pindah ke Dubai. Lepas tu,
abang sulung I yang duduk. Tak nak bagi rumah tu kosong, kan…”, Ammar cuba
mengembalikan ketenangan Dian.
“I
tengah relax la ni…you tak nampak ke?”, Dian cuba untuk tersenyum. Namun,
keresahan di wajahnya tidak boleh sama sekali diselindung.
“Sayang,
you tak payah nak tipu I ok…Sorry la, sepatutnya you jumpa Mama and Ayah lusa,
tapi nak buat macam mana…Tiba-tiba pula Ayah ada urusan dekat Johor esok.
Seminggu dia kena ke sana. Nak tak nak, terpaksalah jumpa hari ni…Tak apa
kan?”, sekali lagi Ammar cuba untuk memujuk Dian. Senyuman hanya terukir di
bibir Dian. Tanpa sebarang suara atau anggukan yang muncul. Jantungnya tidak
berhenti berdegup kencang.
**************************
“Assalamualaikum….”,
Ammar memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah banglo dua
tingkat itu. Dian hanya mengekori langkah Ammar yang berada di hadapannya
sahaja.
“Waalaikumsalam…Ammar,
dah sampai pun. Masuklah…Semua dah ada dekat living room. Duduklah dulu…Akak
nak tengok anak-anak dekat atas kejap…”, ujar wanita berdarah kacukan melayu
cina itu. Sambil itu, tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Dian.
“Kak
Wani, this is Dian Suraya…Dian, this is my sister in-law, wife Abang Amin”,
ujar Ammar dengan senyuman terukir.
Kemudian,
tanpa melengahkan masa, Ammar berjalan menuju ke ruang tamu utama rumah
tersebut. Kelihatan ramai ahli keluarga telah berkumpul di situ. Dian hanya
diam membisu. Gemuruhnya datang lagi. Hanya senyuman manis yang mampu dia
berikan.
“Dian,
ni Abang Amin. Yang ini, kakak I, Kak Aliya and her husband, Abang Mahadi. Kakak
I nombor dua, Kak Aishah and her husband, Abang Daniyal. My little sister,
Arisha and last but not least, my wonderful parents.”, Ammar memperkenalkan
setiap ahli keluarganya yang berada di ruang tamu tersebut.
“Have
a seat, Dian. Silalah minum..”, kata Kak Aliya yang mula menuangkan teh di
setiap cawan di atas meja. Dian hanya mengangguk sambil tersenyum. Gugup
sungguh hatinya apabila merasakan lebih lapan pasang mata yang memerhatikannya.
“Saya
minta maaflah Dian, terpaksa ganggu makan malam Dian dengan Ammar tadi.
Tiba-tiba pulak esok ada urusan sikit dekat Johor. Itu yang kami nak sangat
jumpa Dian malam ini jugak…”, Datuk Rahman mula bersuara.
“Ouh,
tak apa Datuk, saya tak kisah...”, pendek sahaja ungkapan Dian.
“Dian
mengajar dekat university mana? Course apa?”, tanya Datin Norizan pula. Sambil
itu, Dian memandang tepat pada anak mata Ammar. Tidakkah Ammar memberitahu
ibunya bahawa Dian merupakan seorang guru sekolah bukannya pensyarah?
“Erm…Dian
cikgu sekolah menengah, Mama…Dia mengajar subjek Matematik di SMK Convent Bukit
Nanas…Bukan lecturer..”, balas Ammar yang ingin memperbetul kekeliruan yang
berlaku.
“Ouh…Mungkin
Mama silap dengar hari itu…Tak apalah…Hmm…Kenapa dalam gambar, muka lain ye?
Super impose ke?”,tanya Datin Norizan yang langsung tidak berlapik.
“Zan,
apa tanya macam tu…”, ujar Datuk Rahman dalam nada berbisik.
“Tak
adalah…dalam gambar macam cantik sikit…Face to face ni macam….kuranglah…”,
jawapan Datin Norizan mendatar sahaja. Biarpun perlahan suaranya, namun, Dian
masih boleh menangkap setiap bait kata yang dilafazkan oleh Datin Norizan.
Dengan
pantas, Datuk Rahman mencelah bagi mengelakkan Dian terasa hati. Ammar pula
memandang ke wajah Dian untuk memberinya semangat dan keyakinan.
“Jadi,
Dian sekarang tinggal dengan Mak Cik ya? Kalau tak salah saya, Ammar ada
beritahu kita, kan, Zan?”, senyum Datuk Rahman kepada isterinya. Maksud
tersuratnya ialah untuk menyuruh Datin Norizan senyum dan bukanlah menunjukkan
wajah masam sahaja.
“A’ah…sejak
Mak dan Ayah saya meninggal, saya duduk dengan Mak Su. Kakak saya pula memang sebelum Mak dan Ayah meninggal, dia
dah duduk di asrama. Lepas habis tingkatan lima, terus ke matrikulasi,
universiti dan dah berumahtangga. Jadi, memang saya tinggal dengan Mak Su dari
kecil…”, kemesraan yang ditunjukkan Datuk Rahman melegakan sedikit gugup di
hati Dian.
“Mak
dengan Ayah meninggal sebab apa ya? Dah lama dah? Maaflah saya bertanya, nak
tahu juga, kalau-kalau ada penyakit. Boleh ambil precaution steps…Tak nak lah
pula bakal cucu-cucu saya ada penyakit yang sama…Inheritance…”, tanya Datin
Norizan.
Makna
yang cuba disampaikan dapat dikesan oleh Dian. Datin Norizan takut kalau-kalau
Dian ada penyakit yang boleh memudaratkan. Tak mahu dihidapi oleh ‘bakal’
cucunya pula.
“Kemalangan.
Waktu itu, saya berusia dalam sebelas tahun…”, Dian menjawab dengan tenang
sekali.
“Dulu
Mak dengan Ayah kerja apa? Mak Su awak kerja apa?”, tanya Datin Norizan lagi.
Datuk Rahman memandang sekilas ke arah isterinya. Tidak puas hati dengan
pertanyaan isterinya itu sejak tadi. Anak-anaknya yang lain pula hanya menjadi
pendengar setia tanpa mencelah sedikit pun.
“Mak
dan Ayah dulu usahakan sawah sendiri di Kedah. Sawah kecil je…Hidup kami tak
lah senang sangat, dan taklah susah. Hidup sederhana. Mak Su saya pula seorang
guru sejarah di SMK St. John.”, kata Dian bangga sekali.
“Ok,
straight to the point. Ammar dah bersedia untuk berkahwin. Awak pula bagaimana?
Dan, awak nak kahwin dengan Ammar kerana apa?”, tanya Datin Norizan dengan nada
yang agak sinis.
“Ma,
apa tanya soalan macam tu?”, Ammar mulai hilang kesabaran dengan perilaku
ibunya. Pelik-pelik sungguh soalan yang diutarakan.
“In
shaa Allah saya dah bersedia. Lagipun saya rasa, memang masanya untuk wanita
seusia saya mendirikan rumahtangga. Saya
nak kahwin dengan Ammar atas tiga sebab. Kerana kasih, kerana sayang dan kerana
tuntutan agama. Bukan kerana yang lain, Datin. “, Dian seolah-olah boleh
mambaca fikiran Datin Norizan. Pasti kerana harta, itulah maksud di sebalik
pertanyaan Datin Norizan.
Perasaan
aneh mulai menyelubungi di hati Dian. Kata Ammar, ibunya bersetuju sahaja
dengan segala pilihan hatinya. Namun, apa yang Dian perhatikan, Datin Norizan
seperti tidak suka sahaja kepadanya. Mungkin cuma sangkaannya sahaja. Dian cuba
untuk berfikiran positif.
“Dian
Suraya, awak rasa awak layak untuk berkahwin dengan Ammar?”, itulah soalan yang
terakhir diajukan oleh Datin Norizan sebelum Datuk Rahman mengubah topic kepada
topik yang lain bagi menjaga hati Dian. Namun begitu, perilaku Datin Norizan
menimbulkan keanehan di hati milik Dian Suraya.
*************************************
“Diam
je dari tadi..ok ke?”, Ammar memulakan bicara sambil memandu. Destinasi yang
dituju ialah ke rumah Mak Su Lina bagi menghantar Dian pulang.
“Ok
je…kenapa?”, jawab Dian pendek.
“Sorry
about my mom. Dia memang macam tu sikit…Jangan ambil hati ya…Eh, ingat tau,
next weekend, my parents datang merisik. Lagi sebulan, kita bertunang. Ikut
macam yang kita bincang tadi dengan my parents. Ok?”,tanya Ammar keriangan.
“Ok…”,sepatah
sahaja jawapan yang keluar dari mulut Dian.
*********************************
Majlis
pertunangan berjalan dengan lancar sekali. Kini, Dian sudah sah bergelar tunang
kepada Dr. Muhammad Ammar Fereeq. Lagi enam bulan, Dian akan bertukar status
pula dari tunangan orang kepada isteri.
Lamunan
Dian Suraya tehenti seketika apabila terdengar alunan lagu ‘Locked out of
heaven’ nyanyian Bruno Mars. Dengan pantas, Dian menuju kea rah meja solek yang
terletak di sudut kanan kamarnya. Tertera di skrin telefon bimbitnya ‘Datin
Norizan (Mama-In-Law :P )’. Dian melepaskan hembusan nafas.
“Assalamualaikum,
Datin…”, itulah ayat pertama yang terpacul dari bibir Dian Suraya.
“Dian,
saya nak awak siap sekarang, dan datang ke tempat yang akan saya sms alamatnya.
Please cepat sikit. Saya tak suka menunggu.”, tanpa sempat Dian berkata
apa-apa, Datin Norizan terus menamatkan perbualan mereka.
“
‘Please cepat sikit.Saya tak suka menunggu’, haih…nasib kaulah, Dian…dapat
Mama-In-Law macam ni! Arah itu, ini…Bebel pun kuat jugak…”, omel Dian
sendirian. Tanpa dia sedari, Mak Su Lina terdengar akan omelannya sebentar
tadi.
“Tak
payahlah nak kutuk Mama-In-Law macam tu sekali! Tak berkat nanti….”, sindir Mak
Su Lina. Dian termalu sendiri. Akhirnya dia pasrah. Memang benar kata Mak Su
Lina. Mungkin sahaja ini ujian Tuhan yang perlu dia jalani dengan tenang dan
bijaksana. Bahkan, ibu Ammar mestilah malah wajib bagi Dian untuk menganggap
Datin Norizan bagai ibu sendiri. Seharusnya Dian menghormati Datin Norizan
sebagai seorang ibu. Kesabaran adalah kunci utama!
*********************************
“Nana,
saya nak tengok koleksi baju untuk majlis resepsi yang eksklusif. Warna kelabu...”,
kata Datin Norizan sambil membelek majalah. Dian hanya memasang telinga tanpa
menyampuk. Namun, dalam hatinya, betapa dia ingin menolak warna kelabu untuk
dijadikan tema majlisnya nanti.
“Ini
dia datin…labuci penuh, lip lap lip lap gitu!”, kata Nana keriangan. Datin
Norizan bagai dipukau dengan keunikkan busana pengantin tersebut.
“Yang
lain, boleh tak Datin? Yang ini penuh sangat dengan labuci. Kalau boleh saya
nak yang simple je…Lagipun, kalau yang banyak labuci, lip lap, itu ini, mesti
mahal kan…Membazirlah Datin…Baik beli yang simple je…”, Dian mula mengutarakan
hasratnya.
“Whatever
lah…Nana, bagi yang simple. But not too simple. Takkanlah menantu Datin Norizan
pakai yang simple sangat!”, Datin Norizan menyuruh Nana mencari yang lain pula.
“Kalau
yang ini Datin….Hah, labuci dia tak lah sarat sangat macam tadi…Macam mana?”,
tanya Nana bagi inginkan kepastian.
“Ok!
This one is not too simple and very nice! Perfect, love it! Warna pun ok..”,
ujar Datin Norizan tanda setuju. Dian pula menggeleng tanda tak setuju.
“Erm…warna
dia striking sangat lah, Datin…Warna yang lembut sikit ada tak? Kalau tak pun, warna
white ke…Labuci yang ini pun nampak serabut…”, tanya Dian pula.
“Sorry
Cik Dian, untuk pattern yang ini, cuma ada kain warna ini je…material kain lain
sikit…”, Nana mula memberi keterangan.
“Kalau
yang ini pun ok…Cantik, sweet, simple je…”, tunjuk Dian pada contoh busana yang
ada dalam butik tersebut.
“Oh
no! No! No! No! Simple sangat! Tak nampak macam orang nak kahwin pun! Baju
macam ni, sesuai untuk pengapit bukan pengantin! I don’t want this! Fullstop!
Dian, I can only give you one more chance to choose. Kalau tak berkenan di mata
saya, terpaksalah awak ikut je pilihan saya. Lagipun saya yang akan bayar,
bukan awak!”,Datin Norizan mula hilang sabar dengan Dian.
“Tapi,
aku yang nak kahwin bukan dia…”, ujar Dian dalam nada kecil.
“Apa
awak cakap? Saya tak dengar. Kalau nak cakap,tolong bagi jelas sikit boleh tak?! Dah, cepat pilih!”,
Datin Norizan menegurnya.
“Ok,
how about this one? Bunga yang ada dekat bahagian bawah dan atas ni
cantik…Lagipun, style ni, tutup aurat…Tudung dia tutup bahagian dada…”, tanya
Dian sekali lagi. Kali ini dia betul-betul berharap agar pilihannya itu menarik
di mata Datin Norizan.
“Ok,
saya setuju! Tak terlalu simple…Bahagian yang ada bunga dekat bawah dan atas
memang cantik…Nana, tempahkan warna orange…untuk tudung and bunga, light
orange..Ukuran ikut ukuran yang awak dah ukur awal-awal tadi…”, ujar Datin
Norizan.
“Huh?
Orange?! Please Datin, tak nak orange. Striking sangat!Warna putih, tudung
dengan bunga, light yellow….”, pinta Dian.
“No!
White? Common sangat! Apa orang cakap nanti…Dah, baju warna merah, bunga dan
tudung warna hitam! Baru unik! Cantik! Classy!”, bantah Datin Norizan.
“Merah,
hitam tak sesuailah dengan saya, Datin…Tak minat…Putih, dengan Kuning
cair…mesti cantik…”, Dian masih dalam usaha memujuknya.
“Yellow
is not my taste! No! No! No!”, bantah Datin Norizan lagi. Tanpa mereka sedari,
beberapa pasang mata yang berada di dalam butik tersebut mula memandang ke arah
mereka.
“Ok,ok….Putih,
pink, must be very, very sweet….Please, Datin…”, kata Dian sambil tersengih
manja.
“Last
choice! If you still nak warna putih, fine! Tapi, putih hanya untuk akad nikah!
Read my lips! Hanya untuk AKAD NIKAH!”, tegas Datin Norizan. Aksi bantah
membantah antara Dian dan Datin Norizan kini bagai drama pula. Di tonton oleh
hampir kesemua yang ada dalam butik tersebut.
“Tapi,
Datin….”, Dian masih mencuba.
“Nana,
kalau baju dan bunga warna hijau emerald, tudung light brown or warna caramel
macam tu…Lepas tu, you tambahkan beads warna brown….cantik tak?”, tanya Datin
Norizan.
“Perfect,
Datin…Cantik sangat…Biar saya tunjukkan contoh gabungan warna tu…Tapi, ini,
design dia lain sikit dari tadi..Just to make sure Datin dan Cik setuju…”, kata
Nana sambil mencari-cari gambar yang dimaksudkan.
“Cantik…I
love it…”, kata Datin Norizan sebaik sahaja melihat gambar yang ditunjukkan
oleh Nana.
“Ok…”,
hambar sahaja jawapan Dian. Walaupun, sebenarnya, di dalam hati, Dian memuji
pilihan warna kombinasi itu. Cantik sekali!
“Ok,
good! Baju nikah, saya nak warna putih dan pink. Ikut design baju kurung yang
saya tunjuk semalam!”, arah Datin Norizan.
“No
worries, Datin…”, senyum Nana.
**********************************************************
Lima
bulan lagi sebelum majlis pernikahan dilangsungkan. Datin Norizan mengajak Dian
untuk keluar membeli barang-barang hantaran memandangkan Ammar begitu sibuk
sejak kebelakangan ini sehingga tidak berkesempatan mencari barang-barang
hantaran.
“Aduh,
Datin, sakit kaki saya….satu Subang Parade kita pusing…”, kata Dian mengaduh
kakinya yang sudah melecet.
“Apalah!
Muda-muda dah sakit kaki! Tengok saya, steady je….Itulah, awak kurang kalsium…Orang
muda-muda, aduh sini, aduh sana…Bila dah tua nanti tak taulah macam mana pulak…”,
Datin Norizan mula mengangkat bakul.
“Hmm…Datin,
tak bosan ke, jalan ke hulu, ke hilir, nak cari barang hantaran yang banyak
ni…nasib baik separuh dah masukkan dalam kereta…Apa kata saya belanja Datin
karaoke…”, pelawa Dian.
“Ikut
sukalah! Yang penting, saya nak rehatkan kaki saya. Nak duduk! Lenguh berdiri
lama-lama! Awak nak karaoke, ikut suka awaklah! Saya tak berminat dengan
karaoke ni..”, kata Datin Norizan.
“Aiii,
Datin…kata tadi banyak sangat kalsium, steady je….ni sakit kaki pulak…”, ketawa
Dian. Datin Norizan hanya menjeling sahaja.
*************************************************
Pada
mulanya, hanya Dian sahaja yang terpekik terlolong menyanyi sendirian di dalam
bilik karaoke tersebut. Sepuluh minit kemudian, setelah puas Dian memujuk,
akhirnya Datin Norizan turut menyanyi juga. Hampir dua belas buah lagu mereka
menyanyi. Termasuklah lagu ‘Set Fire To The Rain’ , ‘Isabella’, ‘Jerat
percintaan’ , ‘Unbreak My Heart’, ‘Sandarkan Pada Kenangan’ dan macam-macam
lagi.
“Sedap
juga suara Datin, ya…”, puji Dian sambil tersenyum.
“Eh,
mestilah! Jom pergi minum, keringlah tekak ni…”, ketawa Datin Norizan. Sambil
mereka berjalan menuju ke restoran Kenny Rogers, seorang wanita cantik datak
menegur Datin Norizan.
“Adira!
Lamanya tak jumpa…Selalu berbual dengan mummy Adira je..Itu pun melalui telefon”,
kata Datin Norizan dengan mesra.
“Itulah...Siapa
ni aunty?” tanya Adira.
“Bakal
menantu Datin…”, kata Dian sambil menghulur tangannya untuk bersalaman. Adira
menyambut salam tersebut beserta senyuman yang terukir di bibir. Sememangnya Adira
merupakan seorang yang cantik.
“Ouh…Tunang
Ammar Fareeq la ni…Amboi, aunty, Ammar dah bertunang tak bagitahu Adira pun…”,
Adira mencuit bahu Datin Norizan. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
“Eh,
jom, kita minum-minum dulu…”, Datin Norizan pantas mengubah topik. Dengan
pantas, tangan Adira di tarik menuju ke restoran Kenny Rogers. Dian
ditinggalkan jauh di belakang tanpa dihiraukan sedikit pun.
*****************************************************
“Adira
kerja di mana sekarang”, tanya Datin Norizan dengan penuh minat. Dian di
sebelah langsung tidak dipandang.
“Adira
sekarang kerja dekat Selangor Medical Centre…Busy sikit la aunty…”, balas
Adira.
“Biasalah
doktor kan….Eh, esok, Adira kerja tak? Anak kawan aunty kahwin tau..buat dekat
Hotel Eastin, PJ….Adira teman aunty pergi ye…”, pelawa Datin Norizan.
“Esok
Adira tak kerja, aunty…Boleh je, lagipun boleh borak-borak dengan Dian…Dian
mesti ikut aunty kan?”, tanya Adira pula. Dian hanya mengangguk laju. Datin
Norizan mula memasamkan wajahnya.
***********************************************
Bunyi
gamelan yang sungguh unik dan merdu mengasyikkan para tetamu yang hadir. Majlis
persandingan belum lagi dilaksanakan. Namun begitu, sudah ramai tetamu yang
hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
“Aunty,
Adira nak ambil air dengan kuih sikit, aunty nak?”, tanya Adira kepada Datin
Norizan. Datin Norizan hanya menggeleng sambil tersenyum. Dian pula masih setia
duduk di selang tiga kerusi dari Datin Norizan sambil berbalas pesanan ringkas
(whats app) dengan Ammar. Sesekali terdengar celoteh Datin Norizan bersama
teman-temannya yang sudah lama tidak bertemu.
“Siapa
budak yang bangun tadi tu, Zan? Cantik sungguh orangnya…”, tanya salah seorang
daripada teman Datin Norizan.
“Itulah
bakal menantu I…Adira namanya..”, jawab Datin Norizan dengan bangga sekali.
Dian
yang terdengar akan perbualan tersebut tersentak dengan jawapan Datin Norizan.
‘Adira bakal menantu?! Setahu aku, hanya Ammar dan Arisha sahaja yang belum
berkahwin. Tak mungkinlah pasangan untuk Arisha, melainkan, untuk Ammar! Apa
semua ni?!’, tanya Dian pada dirinya sendiri.
“Yang
sebelah dia tu, ala yang tengah duduk tu, siapa pula? Manis juga orangnya…”,
tanya seorang lagi teman Datin Norizan.
“Ouhh…itu
kawan Adira…”, acuh tak acuh sahaja jawapan Datin Norizan itu.
‘Kawan
Adira?! Sah, Datin memang tak suka aku jadi menantu dia! Habis tu, kenapa dulu
dia cakap yang siapa sahaja pilihan Ammar dia akan setuju? Kononnya, baik di
mata Ammar, baiklah di matanya?! Dian, Dian, manusia boleh berubah bila-bila
masa je la…Sabar Dian, Sabar….’, panjang lebar Dian bermonolog sendiri. Air
mata mula bertakung. Namun, tiada jua yang tertumpah.
******************************
Di
dalam kereta, Dian mula menghidupkan enjin keretanya. Datin Norizan sudah
berada di tempat duduk sebelah. Adira pula telah mengundur diri untuk pulang
dahulu kerana ada kecemasan di hospital. Nampaknya, Dian sahajalah yang perlu
menghantar Datin Norizan pulang ke rumahnya.
“Datin,
maafkan saya untuk bertanya…Datin memang tak suka saya ke?”, tanya Dian
perlahan kepada Datin Norizan.
“Datin
memang tak setuju saya jadi menantu Datin?”, tanya Dian sekali lagi apabila
tiada sebarang jawapan keluar dari mulut Datin Norizan.
“Memang…memang
saya tak setuju awak jadi menantu saya!”, kata Datin Norizan jujur.
“Tapi,
kenapa Datin kata pada Ammar yang apa sahaja pilihan Ammar, itulah pilihan
Datin. Kononnya, baik di mata Ammar, baiklah di mata Datin?”, giliran Dian pula
bertanya dengan lembut.
“Siapa
kata saya cakap macam tu! Mungkin Ammar sahaja yang tipu awak! Dari pertama
kali Ammar memberitahu saya tentang awak, saya tak pernah setuju! Ammar yang
mendesak! Saya dah ada pilihan terbaik untuk Ammar, tapi dia menolak! You know
why?! It is all because of you!”, balas Datin Norizan. Tiada sebarang kata yang
terpacul keluar dari mulut Dian Suraya.
“Tahu-tahu
saja, dia kata dia nak bawa awak jumpa kami pada hujung minggu…Nak tak nak,
terpaksalah! Ammar tak pernah melawan cakap saya, tapi, disebabkan awak, dia
berani lawan saya! Perempuan jenis apa awak ni ya?! ”, lantang sekali Datin
Norizan bersuara.
“Tak
bolehkah Datin cuba untuk menerima saya?”, tanya Dian inginkan kepastian.
Namun, tiada sebarang jawapan yang diberikan Datin Norizan.
Sepanjang
perjalanan menuju ke rumah Datin Norizan di Subang Jaya sunyi sepi. Dian hanya
membisukan diri tanpa bersura. Begitu juga dengan Datin Norizan.
*******************************************************
“Kalau
awak sayangkan Ammar, Dian Suraya, tak perlulah nak menambahkan dosa dia pada
saya. Jangan nak jadikan dia anak derhaka pula! Lagi satu, Dian, awak rasa,
perkahwinan tanpa restu mertua itu akan kekal aman bahagia ke? Awak tahu
jawapannya, kan? So, you know what you should do, right? Thanks…”, ujar Datin
Norizan sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya.
Dian
mula memandu keluar dari kawasan perumahan tersebut. Sambil memandu, tanpa
disedari, air matanya tumpah jua. Sekuat-kuat seorang insan bernama Dian
Suraya, akhirnya air matanya mengalir jua. Kereta yang dipandu entah ke mana
haluannya. Dian hanya memandu dan terus memandu.
****************************************************************
Dian
akhirnya memutuskan untuk pulang ke rumah sahaja. Selepas berjam-jam memikirkan
sesuatu keputusan yang perlu diambil, akhirnya Dian sudah membuat keputusan.
Walaupun sakit, tapi, dia perlu melakukannya juga.
“Assalamualaikum,
Ammar, you dekat mana?”, tanya Dian menyembunyikan tangisannya.
“Waalaikumsalam…I
dekat hospital lagi ni…Kenapa?”, Ammar Fareeq membalas.
“I
nak jumpa you boleh? Important sangat..”
“Ok,
dalam jam 9.00 malam boleh? Dekat mana?”, tanya Ammar.
“Kita
jumpa di One Utama…”, kata Dian.
“Ok,
dekat Nandos…”, kata Ammar pula sebelum menamatkan perbualan.
***********************************************
“Esok
I off…Malam ni, I tidur rumah Abang Amin….So, kenapa you nak jumpa I? Penting
sangat katanya…”, tanya Ammar sambil tersenyum.
“Ammar,
kenapa you bohong pada I? Kenapa you kata mama you setuju dengan pilihan you
sedangkan tidak?”, tanya Dian. Tiada air mata yang mengalir di wajahnya. Namun,
Ammar tahu, di dalam hati, Dian sedang menangis kekecewaan.
“I’m
sooo sorry, Dian. I sayangkan you…”, jawab Ammar.
“I
nak kita putuskan pertunangan kita….”, Dian tidak berani menatap mata Ammar.
Dia takut kalau dia tidak kuat.
“No!No!
I tak boleh hidup tanpa you…No, sayang…”, Ammar merayu.
“You
tahukan, Ammar, syurga seorang lelaki itu akan kekal di bawah tapak kaki
ibunya…sedangkan seorang wanita, syurganya terletak di bawah kaki suaminya
setelah dia berkahwin nanti…Jadi, you rasa, mana syurga you nanti? Janganlah
you tambahkan dosa dengan membantah kata mama you..” , tenang sekali Dian berkata.
“Tapi,
I tak boleh hidup tanpa you, Dian…”, Ammar seakan-akan ingin menangis.
“No,
sayang…No, I know you can….”, Dian membalas. Senyuman terukir di wajahnya.
“Oh
no, please, sayang…..”, Ammar merayu lagi. Namun, dengan pantas, Dian meanarik
keluar cincin yang tersarung di jari manisnya. Lantas, dia meletakkan di atas
meja.
“I’m
sorry, I have to go…Assalamualaikum…”, Dian pantas berlalu. Ammar ingin
mengejar namun, kelibat Dian sudah tiada lagi.
*********************************************************
“Haih,
lambat balik, hari ni, Ammar…”, tegur Datin Norizan yang kebetulan berjalan
dari dapur menuju ke kamarnya.
“I
have one good news for you. Dian nak putuskan pertunangan. So, lepas ni, mama
bolehlah merisik Adira untuk Ammar. Itu yang mama hajatkan selama ni kan? Ammar
akan ikut je semua kemahuan mama…”, bicara Ammar seolah-olah menyindir ibunya.
Tanpa melengahkan waktu, Ammar bingkas naik ke tingkat atas menuju ke kamar
tetamu.
Seketika,
Datin Norizan tersara begitu gembira dengan khabar yang baru didengarinya.
Namun begitu, selepas beberapa minit, hatinya mulai diburu rasa bersalah.
“Man,
tadi Ammar bagitahu I, Dian nak putuskan pertunangan..”, bicara Datin Norizan
sambil duduk di birai katil. Sementara itu, Datuk Rahman menutup buku yang dibacanya.
“Dian
nak putuskan pertunangan? Kenapa tiba-tiba pulak ni?”, kata Datuk Rahman
terkejut. Tiada jawapan dari Datin Norizan.
“Happy
la you…Impian nak jadikan Adira menantu kesayangan tercapai jugak kan?”, sindir
Datuk Rahman.
“Ammar
kata, mulai hari ni, dia akan ikut je semua kemahuan I…”, riak wajah Datin
Norizan tidak menggambarkan yang dia gembira.
“Dah
tu?”, Datuk Rahman cuba memahami isi hati isterinya itu.
“Cuma,
I rasa bersalah…Mungkin, sebab I kut, Dian nak putuskan pertunangan. Memang mula-mula
I rasa seronok, gembira…tapi, lepas tu, I rasa bersalah…Bersalah sebab
hancurkan hati anak sendiri…I takut kalau apa yang I buat ni salah…”, Datin
Norizan meluahkan rasa hatinya.
“Hmm…Memang
you bersalah agaknya..I tengok, Dian Suraya tu baik budaknya…Apa yang kurang di
mata you?”, jawapan jujur dari Datuk Rahman.
“Entah,
mungkin sebab I cuma pandangkan Adira je…Adira kan doktor, Dian cuma cikgu…”,
kata jujur Datin Norizan.
“Zan,
apa bandingnya cikgu dan doktor? Tanpa guru, tak ada doktor tau! Tanpa guru,
hidup kita tak macam ni…I, you, Ammar takkan jadi orang tau! Ingat tu, Zan!
Guru tu bagai cahaya penyuluh kehidupan! Berhentilah banding-bandingkan Adira
dengan Dian. You sepatutnya terima Dian seadanya! Fikirlah semula, Zan. You
yang mulakan, jadi you yang kena betulkan. Dah, I nak tidur
dulu…Assalamualaikum..”, panjang lebar Datuk Rahman menasihati isterinya.
“Waalaikumsalam..”,
sambil itu Datin Norizan terus berfikir dan berfikir.
***********************************************
“Okay
girls, please look at the equation I wrote on the white board…”, kata Dian
kepada anak-anak muridnya. Seketika kemudian, alunan lagu ‘Locked out of
heaven’ oleh Bruno Mars mula berkumandang. Tertera nama pemanggil di skrin
telefon bimbitnya, ‘Datin Norizan’, tiada lagi nama ‘Mama-In-Law’. Dian pantas
menolak panggilan tersebut dan meletakkan ‘mode silent’ bagi mengelakkan sesi
pengajiannya diganggu.
Selepas
tamat sesi pengajian, Dian menelefon semula Datin Norizan yang sudah
menelefonnya lebih sepuluh kali. Takut juga kalau-kalau ada kecemasan atau
perkara penting yang perlu disampaikan.
“Assalamualaikum,
Datin, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”, tanya Dian.
“Waalaikumsalam…Dian,
boleh saya jumpa awak sekejap, hari ini?”, giliran Datin Norizan pula bertanya.
“Penting
sangat ke, Datin? Saya mengajar hari ni…”, jawab Dian.
“Sekejap
je, Dian…Penting sangat…”, kata Datin Norizan.
“Ok,
sekarang saya tengah rehat, tapi, lagi satu jam saya ada kelas…”, Dian menjawab
sambil melirik ke arah jam di tangan.
“Ok,
lagipun, saya dah dekat dengan kawasan SMK Convent Bukit Nanas ni..”, Datin
Norizan memberitahu keberadaannya.
*******************************************************
“Ya,
ada apa-apa yang boleh saya bantu Datin?”, tanya Dian.
“Dian,
saya nak minta maaf pada Dian kerana banyak sakitkan hati Dian selama ni…Saya
yang bersalah. Tak sepatutnya saya nak menentukan setiap haluan hidup Ammar.
Saya patut serahkan semuanya pada Ammar untuk dia memilih memandangkan dia dah
dewasa dan matang sekarang. Sebagai ibu, tugas saya ialah menasihatinya untuk
memilih jalan yang betul…
Ammar
sayang sangat dengan Dian. Dia kecewa sangat bila Dian buat keputusan untuk
putuskan pertunagan. Dian, saya restu hubungan Ammar dengan Dian. Maafkan saya,
Dian…Terima Ammar semula, ya, Dian?”, pantas Datin Norizan memeluk Dian dengan
penuh kasih.
Dian
menggeleng perlahan. “Maaf Datin Norizan, saya rasa Datin tak perlulah buat
semua ni. Hanya kerana Ammar kecewa, Datin ke sini dan terus merestui hubungan
saya dan Ammar? Datin dah ada pilihan sendiri untuk menjadi menantu Datin. Ammar,
saya pasti dia akan menurut kata Datin selepas ni memandangkan saya tak ada
lagi di sisinya. Jadi, mengapa masih memilih saya? Maaf, saya bukannya nak jadi
kurang ajar atau biadap, tetapi saya cuma ingin menjaga diri sendiri. Bila
tidak memerlukan, saya dibuang jauh. Bila saya diperlukan, sampai Datin sanggup
jumpa face to face dengan anak pesawah macam saya? Datin, saya tahu Datin tak
sukakan saya sejak pertama kali saya jumpa Datin. Sudahlah Datin, saya tak nak memanjangkan
lagi isu ni. Saya harap Datin faham. For your information, Adira still single
and available. Saya dah tanya dia personally waktu di kenduri kahwin hari tu.
Saya doakan yang terbaik buat Datin dan Ammar sekeluarga. Assalamualaikum…”,
Dian berjalan terus tanpa menoleh. Air matanya mengalir deras. Mana mungkin
dengan begitu mudah dia dapat melupakan Ammar.
“Dian
Suraya!”, Dian menoleh sebaik mendengar suara yang begitu dia kenali. Suara
milik Ammar.
“Dian,
I tak tahu nak luahkan cinta melalui kata-kata. Tapi, percayalah, I ikhlas
sayangkan you. I nak hidup dengan you sampai hujung nyawa. Sebelum ni kita
pernah janji, walau apa pun yang jadi, cinta itu tetap ada. Ya, kita hanya
mampu merancang, Allah yang menentukan. I akan terima jika you buat keputusan
untuk putuskan juga pertunangan ni. I terima, Dian”, ujar Ammar.
“Mama
dan Ayah on the way. Malam semalam sampai dari Dubai. Tak sabar nak tengok
baby…”, Ammar mencuit hidung bayi perempuannya yang comel itu.
“Mestilah
tak sabar…Baby cantik macam ummi dia! Kan, daddy, kan?”, tanya Dian pada Ammar.
“Hmmm…cantik,
sangat! Tapi, comel macam daddy tau!”, ujar Ammar.
“Beautiful
macam Granny dia!”, tiba-tiba Mak Su Lina muncul di muka pintu.
“Eh,
Mak Su, masuklah…Mama dan Ayah on the way…”, jemput Ammar.
“Emmmm…comelnya
baby! Tahniah Ammar, Dian…”, kata Mak Su Lina sambil mengendong si bayi kecil
yang sungguh comel itu.
“Assalamualaikum!”,
Datuk Rahman dan Datin Norizan memberi salam.
“Waalaikumsalam,
masuklah Ma, Ayah..”, ujar Dian.
“Comelnya
Amira binti Ammar Fareeq ni…”, Datin Norizan menimang cucunya.
“
Amira?”, tanya Ammar.
“Ya
lah.. Amira..kan cantik namanya,makna pun cantik kan baby….”, kata Datin
Norizan.
“Nama
lain, boleh tak mama? Nama ini macam pendek sangat…Sekarang ramai yang ada
lebih dari satu nama”, Dian mula mengutarakan hasratnya.
“Nama,
bukan sebab bilangan, tapi maknanya! Kalau nama berbelit-belit lidah nak sebut,
makna pun tak ada, lebih baik tak payah!”, ujar Datin Norizan.
“Kalau
Nur Amira macam mana?”, tanya Mak Su Lina pula.
“Ok!
This one is not too simple and very nice! Perfect, love it! Makna nama pun
cantik..”, ujar Datin Norizan tanda setuju. Dian pula menggeleng tanda tak
setuju.
“Erm…Nama
ni macam dah ramai sangat…Nama lain boleh?”, tanya Dian pula.
“Kalau
Zara Aisyah? Cantik, sweet, simple je…Makna dia, menurut dalam internet ni,
Zara bermaksud puteri, Aisyah maksudnya hidup bahagia…”, senyum Dian.
“Oh
no! No! No! No! Mama rasa nama Zara tu tak sesuailah dengan baby ni…Kan, baby
nenek… !”, bantah Datin Norizan.
“Ok,
how about this one? Nur Izz Qaisara…Maknanya cantik…”, tanya Dian sekali lagi.
Kali ini dia betul-betul berharap agar pilihannya itu menarik di hati Ammar,
mama, ayah dan Mak Su Lina.
“Mama
tak setuju! Apa kata letak nama Nur Faqihah binti Ammar Fareeq….sedap sangat..”,
ujar Datin Norizan.
“Huh?
Nur Faqihah?! Please mama, letak nama Nur Izz Qaisara…kan, Ammar?”, pinta Dian.
“No!
Izz? Nama macam lelaki je! Apa orang cakap nanti…Dah, stick je dengan Nur Faqihah”,
bantah Datin Norizan.
“Nur
Izz Qaisara la mama…kan, Ammar?”, Dian masih dalam usaha memujuknya.
“Ammar
tak kisah…Asal maknanya baik je…Nur Faqihah pun ok…”, pantas, ‘ketam batu’
milik Dian hinggap di lengan Ammar.
“Awww!
Ok,ok, Nur Izz Qaisara pun sedap! Cantik maknanya..”, Ammar memperbetul
kata-katanya.
“Kalau
nak letak nama Nur Izz Qaisara, boleh, tapi untuk anak perempuan kedua nanti!
Anak perempuan seterusnya…ok?”, tegas Datin Norizan. Aksi bantah membantah
antara Dian dan Datin Norizan kini bagai drama pula.
“Tapi,
Ma….”, Dian masih mencuba.
“Please,
tunaikan permintaan mama…”, pujuk Datin Norizan.
“Ok,Ok…apa
kata tambah nama Dalili…Nur Dalili Faqihah…Maksudnya, Cahaya Pemimpin Cerdik.
Kan sedap?”, cadang Mak Su Lina.
“Ha..okok!
Bagus maknanya, kan, sayang? “, pujuk Ammar.
“Sedap
sangat! Ok, Dian setuju!”, angguk Dian.
“Ok,
mama pun setuju. Oh ye, Dian, warna cat bilik baby tu, Mama ingat kita cat
warna cream lah..Pink tu common sangat!”, kata Datin Norizan.
“Cream?
Lainlah mama…”, bantah Dian.
“Dah-dah
fikir nanti je lah…”, kata Datuk Rahman dan Ammar seraya. Pening kepala mereka
dengan kerenah dua anak-beranak itu! Akhirnya, dengan restu, kasih dan sayang
orang tua tercinta, Ammar Fareeq dan Dian Suraya hidup bahagia. Moga kebahagiaan
mereka kekal ke anak cucu….dan cicit…
Superbbbbb tapi ada part mana ngah.. typo sikittt
ReplyDeletetqtq...nanti akan dibetulkan... :)
Delete