Cerpen: AKU BUKAN UNTUKMU

Hahaha, found another one here! 
I wrote this 'cerpen' when I was 16 years old. Hanya untuk suka-suka. Sebab waktu tu aku terlalu 'mencintai', 'menggilai', 'ketagih' dengan novel-novel melayu jiwang karat itu semua! Hahahaha, jadi aku cuba 'create' cerita sendiri untuk gembirakan hati aku. Supaya aku boleh baca dan senang hati dengan tulisan aku sendiri. Maka ter-hasil-lah 'karya' budak 16 tahun punya cerita. 

By the way, cerpen AKU BUKAN UNTUKMU ni ada sambungan tau.....
Sambungannya bertajuk; TERHENTI DI SINI. 

Sambil-sambil tu aku nak ingat balik memori zaman sekolah dulu :)

So, I present to you;




AKU BUKAN UNTUKMU


Kadangkala, hari siang tak semestinya cerah, disinari matahari. Kadangkala, malam tak semestinya gelap gelita tanpa cahaya. Walau perit hati berduka, dan walau pahit untuk menelan, tetap perlu aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Kini aku bertekad, tetap ingin meneruskan langkah walau dia tiada di sisi. Di sini, dia sudah menemukan bahagia yang diimpikan. Sudah tiba masanya untuk aku melangkah mencari bahagiaku sendiri.

**********************************************************************
                “Maafkan aku kalau bertanya, memang kau setuju seratus peratus untuk menjadi sebahagian daripada hidup aku? Tak menyesal?”,soal Adam Zaquan. Panahan matanya begitu tepat memandang ke arah Nur Hani Maisarah. Menantikan kepastian yang sebenar-benarnya dari lubuk hati gadis itu. Kini, Hani sudah bergelar surinya selepas diijab kabul petang tadi. Hani masih diam membisu. Berkira-kira ingin mengangguk, menggeleng atau berkata sesuatu. Akhirnya, dia memecahkan kebisuan dirinya.

                “Aku tak boleh berbuat apa-apa. Tiada pilihan yang boleh aku pilih antara satu. Hanya untuk mengeratkan tali persahabatan kedua orang tua, status sebagai teman perlu ditukar kepada status isteri. Rasanya, berpuluh-puluh kali bahkan mungkin sudah cecah ratusan kali aku menolak. Sekarang, aku berserah. Kau pula macam mana? Takkan dengan mudah kau boleh lupakan Liyana?”, Hani pula menyoal jejaka itu.

                “No! Aku pun dah tak tahu nak cakap apa. Kalau tak turuti, diugut tak mengaku anak, harta sesen tak dapat, arhhh macam-macam lagilah. At last, aku terpaksa cakap ya. Aku harap kau memahami aku jika lepas ni aku tetap meneruskan hubungan aku dengan Liyana. Kau faham kan?”,wajahnya penuh dengan harapan. Apabila Hani mula diam untuk beberapa saat, pandangan Adam mula bertukar pelik. Hani mula berasa takut jika Adam dapat menghidu sesuatu, lantas dia tertawa kecil, menutup kegusaran hatinya.

                “Apalah kau Adam. Eventhough, aku sekarang ni wife kau, tapi, aku tetap kawan kau yang memahami hati kau tu. Pasal Liyana, jangan risau. Nak jadi madu aku pun tak apa…”,ujarku. ‘Oh! Nasib baik Adam tak tahu aku suka dia! Ya, memang aku menolak banyak kali lamaran ibunya kerana aku yakin Adam begitu menyayangi Liyana. Wahai hati,  jauhkan perasaan cinta ini. Tuhan,bantulah aku.’.Hani mula bermonolog sendiri. Lega hatinya apabila Adam turut tersenyum dan tertawa. Di samping itu, Hani turut berasa senang, kerana akhirnya, dia bisa membuat temannya itu tertawa pada hari yang mendukakan hati milik Adam Zaquan. Hani tersenyum sendiri.

**********************************************************************
                Malam itu, selepas bermunajat kepada yang Maha Esa, Hani merebahkan dirinya di atas katil. Ditenungnya wajah milik Adam Zaquan yang sudah lena dibuai mimpi. Mimpi Liyana agaknya, bisik Hani di dalam hatinya. Masakan tidak, Adam tidur dengan lena sekali. Hani menjarakkan tubuhnya sedikit ke tepi. Walaupun ada sebiji bantal peluk yang menjadi pemisah di antara mereka, Hani tetap berasa kurang selesa. 10 minit pertama, Hani tidak boleh memejamkan kelopak matanya. 20 minit dan 30 minit, keadaanya masih begitu. Entah apa yang difikirkan.

                Tiba-tiba, air mata mula berlinangan di pipi. Air mata kecewa dan rasa bersalah yang teramat. Hani sedar, dia kini telah dinobatkan dengan gelaran ‘perampas’ walau Adam mahupun Liyana tidak sekalipun melafazkannya. Dia rasa bersalah kerana terpaksa menjadi penghalang cinta mereka yang sudah lama berputik. ‘Sweet couple’, itu yang mampu Hani gambarkan mengenai pasangan itu, malah teman-teman mereka juga. Sayang sekali, kedua ibu bapa dan mertuanya tidak pernah melihat betapa secocoknya Adam dan Liyana. Bagi mereka, tiada yang terbaik untuk Adam selain dirinya yang tidak seberapa itu.  Akhirnya, Hani lena dibasahi air mata yang tidak henti mengalir.

**********************************************************************
                Dua minggu sudah berlalu, Hani sudah berpindah ke kondominium milik Adam di Bandar Utama. Mujur rumah Adam itu berhampiran dengan tempat kerjanya. Jadi, Hani tidak perlu terlalu risau untuk bertolak awal dari rumah ke tempat kerja. Adam pula telah kembali bertugas di syarikat perkongsian milik bapanya dan beberapa orang ternama di Malaysia. Hubungan Hani dan Adam seperti biasa malah kesibukan Hani sebagai seorang arkitek dan Adam yang perlu menguruskan beberapa projek pembinaan di ibu kota telah membataskan masa mereka.

**********************************************************************
                Liyana masih merenung tiket penerbangan yang terletak elok di atas meja. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia mengundur diri. Tidak sanggup lagi untuk melihat dan terus menghancurkan rumah tangga temannya, Hani. Walaupun mereka tidaklah serapat mana, namun begitu, sudah lebih sepuluh tahun mereka mengenali antara satu sama lain.

                Selepas selesai mengemas pakaian dan barangan peribadi, Liyana pantas mengambil tiket penerbangan di atas meja. Tidak sampai beberapa minit, dia menyandarkan tubuhnya ke dinding. Dia terduduk lalu memeluk kedua-dua belah lutut. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Bukan dia ingin meragukan cinta Adam terhadap dirinya, tetapi, keadaan yang memaksanya lakukan sebegitu. Mungkin bukan jodoh mereka. Loket pemberian Adam dipegang dengan erat dan matanya dipejam seketika.

**********************************************************************
                Pagi Isnin, seperti selalu, Hani sentiasa tergesa-gesa untuk ke pejabat kerana ada mesyuarat mingguan yang perlu dia hadiri. Mujurlah mesyuarat mingguan hanya diadakan sekali seminggu. Selepas selesai memakai tudung, pantas Hani menuju ke dapur.

                Roti goreng sudah dia hidangkan di atas meja makan bersama segelas susu. ‘Nasib baik sempat, kalau tidak, alamatnya, Adam terpaksalah bersarapan di pejabatnya’,ujar Hani perlahan.Nota ringkas sudah ditinggalkan di atas meja makan sebelum dia berangkat. Hampir sahaja Hani melanggar dinding kerana asyik melirik ke arah jam tangannya. Takut terlambat pula.

                ‘Aku dah bertolak pegi office. Kau makan ek…Pinggan and gelas, letak je dalam sinki, nanti aku basuh ’. Adam membaca nota ringkas yang ada di atas meja. Tanpa menunggu sesaat dua, Adam terus mengambil tempat duduk di meja makan untuk menjamah sarapan hasil air tangan Hani. ‘Hmmm…sedap!’,Adam Zaquan tersenyum sendiri. Selama dua minggu ini, air tangan Hani tak pernah rasa kurang di lidahnya. Sedap belaka. Satu lagi suapan, dan satu lagi, dan satu lagi dan satu lagi. Tinggal satu per tiga sahaja lagi sebelum pinggan itu menjadi ‘licin’.  Tiiitttt Tiiiit….bunyi telefon bimbit Adam memaksa dirinya berhenti mengunyah seketika. Adam menelan kunyahan terakhirnya sebelum membaca pesanan ringkas daripada Liyana, buah hati tercinta.

From: Sayang
Adam, I’m sorry I have to go.  Tak perlu cari I.Just, start ur new life with Hani..Thanks for everythg. Love you, sayang.

                Adam terkejut dengan keputusan Liyana. Berkali-kali Adam cuba menghubungi Liyana, namun tak berangkat langsung. Adam begitu kecewa dengan keputusan Liyana meninggalkan dirinya. Dia kecewa kerana Liyana sebenarnya tidak boleh menerima keadaan ini walaupun Adam sudah meyakinkan Liyana bahawa dia tidak akan pernah meninggalkan kekasih hatinya itu. Tapi mengapa Liyana tidak yakin dengan janjinya? Dengan pantas, Adam mencapai kunci kereta dan mengunci pintu rumah. Dia perlu bergegas mencari Liyana sebelum terlambat.

**********************************************************************
                Hani keletihan selepas seharian mengahadap pelan bangunan yang bertimbun di pejabat. Penat sungguh melayan fiil bosnya yang begitu mementingkan kesempurnaan dari setiap segi. Namun begitu, otaknya masih ligat berfikir. Pulang sahaja, dia ingin menyegarkan badan terlebih dahulu dan terus solat maghrib. Usai solat, dia hendak masak makan malam pula untuk Adam. Lepas siap mengemas dapur, barulah dia hendak beradu sepuas-puasnya!

                Pintu lif terbuka. Hani melangkah laju ke pintu rumahnya. Selepas pintu rumah di buka, Hani hanya mampu menggeleng kepala. ‘Mesti mamat tu lambat dan tergesa-gesa pergi kerja pagi tadi’, ucap Hani sendiri. Suis kipas tak bertutup, televisyen tidak dimatikan, pinggan dan gelas ditinggalkan sahaja di atas meja. Mujur pintu rumah berkunci. Pantas sahaja gerak Hani menutup suis kipas, dan televisyen serta mengemas meja. Selesai urusan itu, dia membersihkan diri dan bersolat maghrib pula. Usai melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba Tuhan, Hani mula menyediakan bahan-bahan untuk memasak sambal ikan, dan sup sayur.

                Selepas menghidang masakannya di atas meja, Hani melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu sambil menonton televisyen. Jam di dinding menunjukkan ke angka 8.30 malam. Hani berasa aneh kerana Adam masih belum pulang. Mungkin dalam perjalanan, fikir Hani. Tanpa Hani sedari, dia telah terlelap dek keletihan. Hani terjaga selepas mendengar bunyi pintu tertutup. Adam rupanya. Jam di dinding ditoleh, mak oiii 11.05 malam. Ke mana sahaja lelaki ini pergi?

                “Lambat balik. Masam je muka, kenapa?”,tanya Hani serba salah melihat wajah sugul Adam Zaquan. Adam meletakkan kunci kereta di atas meja kopi di ruang tamu. Kemudian, dia mengambil tempat duduk di sebelah Hani. Adam diam seketika tanpa bersuara sepatah perkataan pun. Hani mula berasa pelik dengan tingkah Adam.

                “Dia tinggalkan aku, Hani. Liyana left me, Hani! Dia pergi US and macam mana aku nak cari dia? US tu besar! Aku tak sangka dia meragukan cinta aku untuk dia…”, Adam kelihatan sungguh kecewa. Hani kaget dengan kenyataan Adam. Dia sungguh tidak menyangka Liyana, gadis yang dia kenal dengan sifat kesetiaan dan mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Adam akhirnya meninggalkan jejaka itu. ‘Mungkin kerana kecewa,sakit hati dan cemburu agaknya. Kasihan Liyana, terpaksa mengorbankan hatinya’,bisik Hani di dalam hati.

                “I’m sorry Adam. Aku tak patut kahwin dengan kau. Kasihan Liyana.”, Hani bersimpati terhadap Adam. Rasa bersalah mula menyelubungi hatinya. Sekali lagi Adam diam tanpa berkata apa-apa.

                “Bukan salah kau, Hani. Aku rasa Liyana just need some time. Aku akan tunggu dan beri masa untuk dia tenangkan hati dia. Aku tahu, dia tahu yang aku sangat sayangkan dia.”, Adam menyakinkan dirinya sendiri.

                “Insyaallah, Adam. Aku pun rasa dia cuma perlukan masa sikit. Relax,ok? Nanti kau try call dia lagi. Pujuk dia. Ok? Hmmm…Nak makan tak? Ada sambal ikan, favourite kau since primary school lagi. Nak tak?”,tanya Hani sambil tersenyum. Dia cuba mengembalikan ‘mood’ Adam. Akhirnya, Adam mengangguk lemah.

                Hani mengorak langkah ke dapur dan kembali semula ke meja makan dengan semangkuk nasi putih. Adam pula berjalan perlahan ke meja makan dan mengambil tempat duduk. Hani meletakkan beberapa senduk nasi putih ke dalam pinggan lalu diberikan kepada Adam. Hani lega kerana ‘mood’ Adam kembali membaik walaupun tak seceria selalu.

**********************************************************************
                Kini, beberapa bulan sudah berlalu. Liyana tetap masih tidak muncul. Sudah puas Hani mencari Liyana secara diam. Dia tidak sanggup lagi melihat Adam yang tidak seceria dulu. Namun begitu, masih tiada sebarang berita mengenai Liyana.

                Sedang Hani menyiapkan beberapa pelan di rumah, Adam muncul tersenyum ke arah Hani. Keadaan sunyi sepi seketika sebelum Adam memulakan bicaranya. “Hani, aku dah buat keputusan. Tak mungkin selamanya aku menyakiti diri aku menunggu Liyana.”, ucap Adam sebagai permulaan bicaranya. Hani langsung tidak boleh meneka apa yang cuba disampaikan oleh Adam. Akhirnya, persoalannya terjawab juga.

                “Aku nak cuba mulakan hidup baru tanpa Liyana. For a start, aku rasa kita kena tukar panggilan. Ye la…takkan husband and wife berbahasakan aku-kau kut..”, Adam tertawa kecil sambil mengangkat keningnya.

                “Habis tu, kau nak suruh aku panggil kau apa? Abang?Honey?Sayang?”, tanya Hani dengan nada gurauan.

                “Hmm…sorry Hani, aku rasa buat masa ni, aku belum ready dengan panggilan-panggilan tu…Maksud aku panggilan yang lebih sopan daripada aku-kau…How bout I-You?”,tanya Adam.

                “Ok..then..Hmm…Wahai encik Husband, you dah makan ke belum? Kalau belum, sebentar ya, biar I siapkan makanan untuk you..”, sengaja Hani menekan perkataan I-You sambil dia berbicara.

                “Hah..macam tu..baru orang lain tak nampak kita pelik…Hmm..actually I belum makan lagi..Can you cook something for me? Tak kisah…mi segera pun boleh..”,Adam tersenyum lagi. Di dalam hati Hani, sejak dibangku sekolah lagi, setiap kali melihat senyuman milik Adam, dia pasti akan cair. Mungkin ini merupakan titik permulaan bagi perhubungan mereka.

**********************************************************************
                Letih sungguh Hani pada hari ini. Banyak sungguh kerja dan pelan yang perlu disiapkan. Sudahlah hari ini sepatutnya menjadi hari yang istimewa untuknya. Tapi, cuma mama, ayah, Kak Jun dan anak-anak saudaranya yang comel itu sahaja mengucapkan ucapan ‘selamat hari jadi’ buat dirinya. Dari pagi tadi, sampailah jam 8.00 malam ini, langsung tiada sms, apatah lagi panggilan telefon daripada Adam. Selesai bersolat maghrib di pejabat, Hani terus memandu pulang ke rumah.

                ‘Gelapnya..’, Hani bicara sendiri melihat kondominium yang gelap gelita itu. Perlahan-lahan dan cukup berhati-hati Hani melangkah masuk ke dalam rumah. Takut juga sekiranya ada pencuri atau ‘benda halus’ ke.

                “Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to Hani, happy birthday to you!”, terlihat kelibat Adam menyanyi sambil menatang kek yang dihiasi lilin.

                “Jangan tiup lagi, biar I bukak lampu dulu. Nanti kita bergelap pula bila lilin kena tiup..”, ucap Adam dengan nada bergurau. Pantas suis lampu ditekan. Tertera dengan jelas tulisan kreatif di atas kek coklat. ‘ HAPPY BIRTHDAY MY HONEY, HANI.  ‘. Pantas Hani meniup kesemua lilin.

                Di atas meja makan pula terhidang hidangan makan malam untuk dua orang. Hani sungguh terharu dengan kejutan yang Adam buat. Sangat sweet. “Thanks, Adam..”, Hani mengucapkan dengan begitu tulus.

                “You’re most welcome. Hmm…kejap..”, Adam bingkas berlalu ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu. Dia kembali semula dengan patung beruang yang besar. Di tangan beruang itu pula terlilit jam tangan yang begitu cantik dan tampak eksklusif. Adam terus memakaikan jam itu di pergelangan tangan Hani.

                “I selalu doakan yang terbaik untuk kita,” begitu tulus Adam mengucapkan kalimah itu sambil merenung ke arah sepasang mata milik Hani. Hanya senyuman yang mampu Hani berikan di sebalik aliran air mata sebagai tanda terima kasih. Adam menyeka air mata Hani dengan ibu jarinya.

**********************************************************************
                “Adam, you nak pakai baju melayu yang mana ni, for Zul’s wedding? I nak gosokkan…”,ujar Hani kepada Adam yang leka sungguh menonton televisyen.

                 “You nak pakai warna apa? Ambil yang matching lah…Tapi, asal jangan warna putih or gold. Bestfriend I tu, tema warna gold. Tak pasal-pasal nanti kita pula jadi pengantin…”. Adam tertawa kecil diikuti Hani juga. Lucu juga kalau tiba-tiba mereka pula dianggap raja sehari nanti.

                Hani pantas membuka almari pakaiannya dan meneliti satu persatu koleksi baju kurungnya. ‘Hmmm..kalau warna putih, nampak sangat macam aku pula nak kahwin…Gold ni lawa, tapi si Zul tu confirm pakai gold.Hah..warna purple pun ok.’, Hani berbicara sendirian.

                “Adam, warna soft purple ni ok kan?”,tanya Hani untuk mendapatkan kepastian. Dalam masa yang sama, terserlah lesung pipit milik Hani yang sungguh comel apabila tersenyum.

                “Hmm…sweeeetttt sangat. Ok je..”, Adam menjawab dan kemudiannya kembali menatap kaca televisyen. Apabila Hani berlalu pergi, mata milik jejaka itu melirik ke arah isterinya. Di dalam hati, dia turut memuji kecantikkan Hani walaupun tanpa secalit bedak mahupun gincu.

**********************************************************************
                “Alamak, Hani, you nampak butang baju melayu I tak?”, Adam bertanya sambil mencari-cari butang baju melayunya. Hani muncul di hadapan pintu kamar. Sepasang baju kurung moden bewarna ungu bercorak sederhana dan menawan dikenakan di tubuh Hani. Tudung lilit yang juga bewarna ungu dipadankan.

                “Cari ni ke, Encik Adam Zaquan?”,Hani menunjukkan kotak yang berisi butang baju melayu. Dengan pantas Hani mengorak langkah ke arah suaminya. Butang baju melayu mula dipasang dengan berhati-hati. Jantung Adam mula berdegup laju seiring dengan debaran jantung Hani. Anak mata Adam dan Hani pula bertembung. Mereka terpaku sebentar sambil melayan perasaan masing-masing. Alunan lagu ‘We are young’ mula kedengaran memecahkan kesunyian dan debaran suasana mereka.

                Hani melarikan anak matanya lalu segera mencapai telefon bimbit milik Adam di atas meja kerja Adam. Telefon bimbit itu mula bertukar tangan. Adam menjawab panggilan tersebut. “Hmm…ya, aku baru nak keluar rumah. Kau dah on the way ke Raziq? Ok lah, kita jumpa dekat sana.”, Adam menamatkan perbualannya dengan Raziq yang juga dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan teman baik mereka, Zul.

**********************************************************************
                Ramai yang memuji keserasian Adam dan Hani pada hari itu. Sama cantik, sama padan. “Congrats, dear friend! I’m very happy for you,Zul.”, Adam tersenyum sambil memeluk rakan karibnya itu. “Thanks, Adam. Kau dengan Hani macam mana?”, tanya Zul. “Alhamdulillah, ok je..I want to start my new life with her,”, Adam tersenyum lagi. Di dalam hatinya, dia begitu mengharapkan yang terbaik buat mereka berdua.

                “Congrats Zul..”, perbualan di antara Adam dengan Zul berhenti sebaik sahaja muncul satu suara yang begitu Adam kenali. Mereka menoleh ke arah empunya suara. “Liyana”, hanya itu yang mampu Adam katakan. Sungguh tidak dia sangka, setelah hampir setahun berlalu, baru kini Liyana muncul kembali. Jauh di sudut hati lelakinya, mungkinkah cinta lama kembali berputik?

**********************************************************************
                “So, how are you?”,tanya Liyana ceria. Mereka berbual di lobby hotel tempat majlis resepsi perkahwinan Zul dilangsungkan. Adam merenung jauh ke dalam mata Liyana. Mencari jawapan kepada persoalannya sejak hampir setahun lalu. “Kenapa you pergi macam tu je? Kenapa you ragukan cinta I?”, tanya Adam.

                “Adam, I’m sorry that I left you. Bukannya I tak sayangkan you, tapi I tak sanggup untuk terus mengecewakan hati I dan orang lain. I tak nak jadi orang ketiga. You faham kan?”, kedengaran suara Liyana seakan ingin menangis.

                Hani masih tercari-cari kelibat Adam. Ke mana sahaja lelaki itu pergi. Hilang begitu sahaja. Hani tersenyum sendiri apabila melihat kelibat Adam di lobby hotel. Namun begitu, langkahnya terhenti di situ sebaik sahaja dia terlihat seorang wanita anggun berbaju kurung. Luluh hatinya apabila mengamati dengan betul wajah manis wanita itu. Liyana telah kembali.

                Hani menyandarkan tubuhnya di balik tiang besar berhampiran kerusi yang diduduki Adam dan Liyana. “Enough Adam, I’m here sebab nak attend my cousin’s wedding ok. Apa yang berlalu, biarkan berlalu. Just forget about it. Start your new life. Assalamualaikum”,ujar Liyana yang ingin pergi dari tempat itu.

                “Liyana wait..”,Adam meninggikan sedikit suaranya. Liyana berhenti melangkah. “Liyana, look at me. You masih sayangkan I, kan? Pandang I and say that you don’t love me. Please…”,Adam mencabar Liyana. Air mata mula mengalir di pipi Liyana. Dia tidak berani untuk menatap mata milik Adam.

                “Liyana, I sayangkan you.”,tulus sekali kata-kata Adam. “No, Adam! You suami orang lain.”, Liyana menggeleng laju.

                “And you, kekasih hati orang lain, dan orang itu ialah I. I love you.”,sebaik Adam melafazkan kalimah cintanya terhadap Liyana, air mata milik Nur Hani Maisarah mengalir deras. Mungkin ini takdirnya.

        Dari kecil, dia mengimpikan sebuah perkahwinan bersama Adam Zaquan. Tuhan memberikan apa yang dia impikan itu. Mungkin sememangnya Adam Zaquan bukan miliknya hingga ke akhir hayat. Namun, kini, Hani mulai sedar, cukuplah Adam Zaquan menjadi miliknya walaupun untuk seketika. Setidaknya, dia pernah merasa menjadi suri di hati lelaki itu walau untuk sementara.

**********************************************************************
                Hani duduk mengambil angin petang di balkoni kondominium milik Adam Zaquan. Selang tiga puluh minit kemudian, Adam muncul dengan dua cawan teh. Diserahkan satu cawan kepada Hani dan pantas sahaja lelaki itu mengambil tempat duduk bertentangan dengan kerusi Hani.

                “Adam, I rasa, dah sampai masanya untuk you lepaskan I.”, Hani memulakan bicaranya sambil memandang tepat ke arah Adam. “Apa you cakap ni, I tak faham?”, Adam memandang Hani aneh. Pelik sungguh dengan kata-kata Hani sebentar tadi. Mungkin sahaja dia tersalah dengar ungkapan Hani.

                “Mulakan segalanya kembali, dengan Liyana. Be happy with her. As for me, I ingat nak sambung belajar, buat master dekat UK or maybe Australia ke…and don’t worry about mama. I’m sure one day, mama will accept Liyana.”,Hani menyatakan hasrat hatinya. Biarpun hatinya sakit untuk mengungkapkan, namun dia percaya inilah yang terbaik untuk mereka.

                “Hani, are you serious? I..tak….”, Adam teragak-agak dengan keputusannya. Dia takut untuk mengecewakan ramai pihak. Sememangnya, dia sudah bertekad untuk mengahwini Liyana. Cuma, Liyana sahaja yang tidak mahu menerima lamarannya kerana tidak tega menyakiti hati kedua orang tua Adam dan juga sahabatnya, Hani.

                “Adam, takkan selamanya, you nak kita hidup macam ni? Biarkan Liyana menunggu you macam tu? Come on, Adam, you tak cintakan I pun.”.

                “But I rasa, I sayangkan you, Hani.”, Adam mula berasa bingung. Dia sendiri tidak boleh menilai perasaan dan hatinya.

                “Adam, you sayangkan I sebagai seorang teman. You tak sampai hati untuk lepaskan I, kan? You tak sampai hati untuk kecewakan our parents. I rasa, ini yang terbaik untuk kita semua. I’m sure satu hari nanti our parents akan faham kenapa kita buat macam ini.Walau apa pun, semua keputusan ada di tangan you.”, Hani bingkas bangun dari tempat duduknya untuk memberi Adam sedikit ruang berfikir. Hani meraba pipinya. Tiada lagi aliran air mata walau setitik pun. Ini bermakna mungkin dia sudah bisa menerima segalanya.

**********************************************************************
                Hani berjalan menyusuri bandar kota Melbourne yang sesak dengan manusia. Sedar tak sedar, sudah dua tahun Hani berada di kota Melbourne. Hani masih ingat lagi, sebelum Adam melafazkan talak cerai, Hani telah menemui kedua orang tua dan mentuanya untuk menerangkan status perhubungannya bersama Adam. Selepas menerangkan beberapa kali, syukur, mereka menerima keputusannya dengan hati yang terbuka walaupun sedikit terkilan.

                Liyana pula sudah mula diterima menjadi sebahagian daripada keluarga Adam Zaquan, terutamanya mama. Bahkan, hubungan Adam dan Liyana semakin diserikan dengan  kehadiran si kecil Aina Kaisara. Kini, Hani tersenyum gembira dan lega. Ternyata, Hani dan Adam membuat keputusan dan pilihan yang tepat.


                Hani pula masih dalam misi mencari bahagia dan cintanya sendiri. Hani percaya, pasti ada lelaki yang lebih baik untuk menjadi imamnya satu hari nanti. Selain itu, bagi Hani, cintanya buat Adam akan kekal selamanya. Cuma, kini, cinta tersebut hanyalah cinta sebagai seorang teman dan tidak lebih dari itu. 

Comments