Tips belajar untuk pelajar asasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Niat post ini dibuat adalah untuk berkongsi. Apa yang dipaparkan disini hanyalah pengalaman diri sendiri, menempuhi asasi medic CFS IIUM selama 2 tahun bermula Jun 2014, dan akhirnya tamat pada Mei 2016. Alhamdulillah diberikan CGPA yang baik dan diterima masuk kursus MBBS. Kini baru tahun 1 medic...(mohon doakan aku survive dan graduate on time,G.O.T!)

Setiap individu ada gaya studi yang tertentu, megikut kesesuaian diri masing-masing. It is our own initiative to identify our own best way of studying. Kadang kala, cara belajar seseorang itu perlu mengikut 'environment', jadual harian, course dan tahun pengajian. Semua itu ambil kira juga kan? Jadi, kaedah ini digunakan sewaktu aku belajar di asasi. Ada sedikit persamaan sewaktu zaman sekolah, dan juga kini (undergrad). Namun, jujur dikatakan, semakin bertambah usia, seiring dengan bertambah susah pelajaran, kena improve juga gaya belajar itu. (Kalau aku lah, tak pasti untuk orang lain...)

Berdasarkan apa yang dibuat sewaktu zaman asasi:

1. Survey subjek yang bakal belajar.
Tanya kawan-kawan atau senior yang sudah ambil subjek ini. Apa pandangan mereka mengenai subjek ini. Yang ini, kira optional. Ada sesetengah individu  yang suka survey dulu, nak ambil 'aura' dan inspirasi. Sambil-sambil itu, boleh tanya study tips dari kawan-kawan atau senior, khusus untuk subjek itu. At the same time, boleh bagi semangat untuk diri sendiri juga.
Contohnya, ramai senior beritahu "subjek ni susah!". Hence, kita boleh ingatkan diri, yang subjek ini 'tough', jadi aku perlu fokus dan tak boleh terlalu bermain-main.
Macam mana pula kalau ramai senior cakap "subjek ni senang nak score"? Kita boleh ingatkan diri, walaupun ramai cakap subjek ni mudah nak score, tak bererti boleh main-main! So, I need to do my best. Kalau buat betul-betul, subjek ini boleh jadi penyelamat CGPA!

2. Fokus
Cuba sedaya upaya untuk fokus dalam kelas. Kalau ada yang tak faham, tanya lecturer atau kawan-kawan yang faham akan topik itu. Kalau susah nak 'stay awake' dalam kelas, especially kelas diawal pagi atau kelas petang, cuba minum banyak air, atau makan gula-gula (well, this is not so good, boleh kena diabetes if overconsumed! Hahaha..), but, sometimes you'll really need it! I personally suka hacks, sebab dia berangin dan pedas. Jadi, segar sikit mata.

3. Ulangkaji
And again, ulangkaji itu sangat perlu! Dalam kelas, aku ni bukanlah orang yang boleh ingat semuanya. Jadi, ulangkaji itu satu kemestian. Kalau dulu di CFS, selalunya petang dah tiada kelas. Jadi, aku akan gunakan waktu petang untuk cover satu topik. Kemudian, sebelah malam, cuba untuk cover another topic. Topic yang belajar pada hari itu, kalau boleh ulangkaji pada hari yang sama. Tapi kalau tak mampu, boleh cuba cover pada hujung minggu pula. But, sedaya upaya cuba habiskan topik minggu tersebut pada minggu itu juga, jangan dibawa ke minggu seterusnya. Takut semakin bertimbun pula yang perlu cover.

4. Ulang, ulang dan ulang
Repetition itu perlu. Kena baca banyak kali before exam. Paling kurang, baca kali pertama selepas kelas, baca kali kedua hujung minggu/waktu lapang/waktu buat tutorial, baca kali ketiga sebelum exam, baca kali-kali seterusnya sewaktu buat past years etc. Konklusinya, baca banyak kali boleh bantu untuk kuatkan ingatan.

5. Tutorial wajib buat
Tutorial wajib! Dapat berkat, buat homework yang lecturer beri. Soalan-soalan tutorial amat-amat membantu. Jika ada soalan yang tak faham, atau tak dapat menjawab dengan betul, maka terus cari bantuan! Tanya kawan, tanya roommate, tanya lecturer. Lecturer semuanya sudi membantu anda. Soalan-soalan tutorial membantu kita untuk faham topik tersebut dan bantu kita untuk selak dan baca semula (repetition!) topik tersebut. Tanpa sedar, you've gone through and read that topic banyak kali!

6. Extra Questions
Kalau ada masa, silalah buat extra questions. Boleh bantu kita untuk lebih faham, dan lebihkan praktis menjawab soalan tersebut.

7. Past semesters/years quizzes or midterm exam papers
Hah, untuk quiz dan midsem yang selalunya ada percentage untuk final (seingat aku dulu, during my time total quiz 20 percent untuk final rasanya). Berbaiklah dengan senior or kawan-kawan yang dah ambil subjek itu. Mintalah quiz-quiz yang mereka ada, cuba praktis jawab soalan-soalan itu. Again, kalau tak faham, berbincanglah dengan kawan. Pssstttt....past years sangat membantu!!!! Walaupun kadang-kadang soalannya berbeza, konsepnya tetap sama!

8. Plan your time!
 To do list! 
Jangan bertangguh!
Masa, kalau kurang sangat, semuanya terkejar. Kalau lebih sangat, banyak buang waktu dengan perkara yang tak berfaedah. So, try to plan your time. Aku dulu ratu balik rumah! Almost every week sanggup berjimat untuk travel balik rumah dari Gambang,Pahang ke Selangor. But, masa seronok perlu ada, masa belajar dan masa siapkan assignment juga perlu ada!

List kan apa yang perlu dibuat pada hari itu. What is your goal for that day. Contoh, hari ini, kena basuh baju, before maghrib ada meeting ajk asrama, nak ulangkaji topic 1 physics, siapkan tutorial Chemistry, cari bahan introduction untuk assignment Biology. So, plan yourself! Petang ni, after balik kelas, aku nak mandi,solat dan basuh baju. 20 minutes before meeting, nak makan malam siap-siap, kemudian terus meeting. Antara maghrib dan isyak aku kena cari bahan untuk buat introduction Biology. After isyak, terus buat tutorial untuk satu jam. Lepas tu, ulangkaji etc.

Jangan bertangguh! Buat sikit, asal jangan tinggal terus. Contohnya, tutorial akan dibincangkan minggu hadapan. Jadi, before weekend, cuba siapkan, untuk elak terlalu banyak benda yang mahu dilakukan di hujung minggu. Buat awal, boleh tanya lecturer awal soalan-soalan yang tak faham. Kalau ramai orang nak tanya sewaktu 1 jam perbincangan tutorial tu, memang kadang-kadang tak cukup waktu.
Assignments? yes, try to do a timeline. Bincang dengan groupmates. Be aware with the deadline! Plan awal-awal, contohnya, (by week 1;introduction and objective, week 2;content 1 and 2,.....week 7;conclusion and compile work, week 8;consultation, week 9;final touch up, week 10;hantar). Kalau ada timeline, we can keep track on the dates and workloads.

9. Bantu orang lain
Kalau kita mampu untuk bantu orang lain, kita perlu cuba sedaya upaya untuk bantu orang lain, Kongsi ilmu, jangan kedekut. Kalau ada topik yang kita faham, dan kawan minta tolong kongsikan, maka kita kongsikan. Esok lusa, kawan itu juga yang akan bantu kita untuk fahamkan topik yang kita tak faham. At the same time, bila kita kongsikan topik itu dengan orang lain, seolah-olah kita ulangkaji juga!
Pssttt...kadang-kadang apa yang kita faham pun salah! So, by discussion, kita boleh betulkan apa yang salah dan tambah apa yang kurang.

10. Berkat, Doa, Tawakkal.
Berkat itu perlu. Berkat ibu bapa, berkat guru, berkat kawan-kawan, berkat keluarga, berkat orang sekeliling! Berdoa untuk diri sendiri, untuk kawan-kawan, dan untuk orang-orang sekeliling. Jangan lupa, mohon doa dari orang-orang sekeliling juga. Tawakkal, only to Allah. He will give you what is best for you.

In conclusion, semuanya perlu usaha, doa dan tawakkal. Apa yang aku share di sini, hanyalah pengalaman diri sendiri. Tak semestinya cara ini sesuai untuk semua orang. Mana yang sesuai, harap membantulah :) Yet, I need to improve a looooooooot more, dan kembali mengamalkan apa yang lama terlupa untuk diamalkan, walaupun aku yang share benda ni. Manusia mudah lupa, dan aku juga manusia. Mohon titip doa untuk aku ya...

Comments

  1. Tqqq idolaku! Nak request tips belajar medik akak..ihikks! 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😬😬tips belajar medik, belum mampu nak share...nanti lepas grad ye...ihikks! πŸ˜‚

      Delete

Post a Comment