Jadi inilah sambungan untuk cerpen yang pertama, AKU BUKAN UNTUKMU :)
TERHENTI DI SINI (AKU BUKAN UNTUKMU 2)
Detik, demi detik. Saat, demi
saat. Lebih 2628000 minit telah aku lalui tanpanya di sisi. Kalau itu yang
terbaik, akan ku korbankan hatiku, biar perit untuk aku terima. Sakitnya hanya
Tuhan yang tahu. Namun, siapalah aku untuk menentukan takdir? Siapalah diriku untuk
melawan ketentuan Tuhan?
Tetapi,
wahai Tuhan, kenapa harus cinta itu kembali? Kenapa harus cintanya kembali di
saat aku berusaha untuk melupakan cinta? Maaf, bukan niatku melawan ketentuan
dan takdirMu buatku, cuma, aku tak sanggup untuk terus sakit melawan rasa ini.
Sakit, memang sakit. Luka? Bekasnya tak akan mudah sembuh. Apa yang mampu ku
lakukan hanyalah berdoa, dan berdoa dan terus berdoa. Mudah-mudahan Kau berikan
yang terbaik untukku di dunia dan di akhirat. Aku berserah, Tuhan, aku berserah
padaMu Maha Pencipta, hanya padaMu!
**********************************************************************************
“Hani..bila
nak balik? Mama rindu sangat dekat Hani. Buat apa nak kerja dekat negara orang?
Balik Malaysia, kerja dengan Pak Ngah, dengan ayah. Pak Ngah pun ada offer Hani
kan?Hani?Dengar tak mama cakap apa ni?!”, Puan Mastura meninggikan sedikit
suaranya apabila tiada jawapan diberikan oleh Nur Hani Maisarah Hamdan.
“Ya
ma..Hani dengar ni. Nanti Hani fikirkan dulu,ok? Pasal Pak Ngah, Hani tak
naklah kerja dengan dia. Bukan apa, kerja dengan family ni susah sikit la
ma…Oklah ma, Hani ada hal sikit ni. Nanti Hani call mama balik ok? Love you,
mama..kirimkan salam Hani dekat ayah..”, Hani cuba untuk menamatkan perbualan bersama
ibu tercinta.
“Ada saja…Balik for good ye,
sayang? Mama tunggu…Duduk sana lama-lama buat apa? Cukuplah lima tahun dekat
sana..”, Puan Mastura bagai tidak mahu menamatkan perbulan mereka. Ada sahaja
perkara yang ingin dia bualkan dengan anaknya yang jauh di perantauan itu. Hani
seolah-olah tidak memahami kerinduan di hati ibunya sahaja.
Kedinginan
malam mulai terasa. Angin bertiup lembut. Hani mengamati keindahan malam di
bumi Australia. Peristiwa lima tahun lalu membuatkan dia cuba untuk mengelak pulang
ke tanah air. Biarpun bibirnya menyebut jiwanya sudah pulih, namun hatinya
tetap berbekas luka. Tidak mungkin dia dapat melupakan cinta pertamanya dengan
mudah. Namun, apa yang bisa dia lakukan, kerana itu yang terbaik.
Hani menghela nafasnya panjang.
‘Cinta?’. ‘Aku ke sini untuk melupakan cinta. Aku ke sini untuk mencari cinta.
Namun,aku takut terluka lagi.Bahkan, tiada cinta menjelma. Tidakkah aku
kasihankan cinta-cintaku di sana? Mama, Ayah, Kak Jun dan keluarga aku…Itulah
cintaku kini. Mereka perlukan aku. Sudah begitu lama aku di sini. Sungguh lama…Ya
Allah, Kau cinta terulungku. Mungkinkah di sana aku dapat ketemu cintaku?’
Puan
Mastura dan Encik Hamdan melambai-lambai ke arah Hani. Hani tersenyum dan
mempercepat langkahnya menuju ke arah mereka. Puan Mastura tidak dapat
menyembunyikan kegembiraan hatinya lantas memeluk Hani. Kerinduannya terhadap
Hani akhirnya terubat. Hani kini pulang ke Malaysia dan menetap bersamanya
kembali. Setiap tahun dua atau tiga kali dia akan ke Melbourne, Australia untuk
menjenguk Hani. Namun, tidak pula Hani ingin pulang ke tanah air.
Raut wajah anakanda tersayang
direnung dalam, sedalam-dalamnya. Hati dan naluri keibuannya terdetik sesuatu.
Suatu perasaan halus yang dirasainya disebalik wajah manis Nur Hani Maisarah. Puan
Mastura tahu, Hani masih terkesan luka di hati. Dia tahu Hani masih teringatkan
cinta pertamanya, Adam Zaquan. Hati dan naluri seorang ibu, tidak boleh
dibohongi kerana sememangnya tepat. Namun, ibarat kata Hani, itulah yang
terbaik. Ya, itulah yang terbaik.
“Papa,
bila Mama nak balik? Sara rindu Mama sangat-sangat…”, si comel Aina Kaisara
memecahkan kesunyian malam di rumah semi-d dua tingkat milik Adam Zaquan. Adam
memalingkan wajahnya menghadap anak tunggalnya itu. Riak wajah si kecil berusia
4 tahun ditenung dalam bersama senyuman yang terukir di bibir Adam.
“Kejap
lagi mesti Mama balik, sayang…Sara rindu Mama sangat-sangat ke? Sara tak rindu
Papa?”, Adam sengaja hendak menguji Aina Kaisara di samping melayan keluhan
anaknya. Isterinya, Liyana sering sekali sibuk dengan urusan kerjanya yang
tidak pernah habis. Bukannya Adam tidak menyuruh Liyana berhenti daripada
kerjanya, bahkan, Adam mampu malah terlebih mampu untuk menyara mereka
sekeluarga. Namun, Liyana tetap berkeras ingin bekerja.
“Buat
apa Sara nak rindu Papa.Papa kan selalu ada dengan Sara..Tapi, Mama, selalu
busy…”, Aina Kaisara menundukkan wajah kecilnya. Di dalam hati, Adam turut
membenarkan kata-kata anaknya. Benar, memang benar, Liyana kadangkala malah,
sering menumpukan perhatian yang lebih terhadap kerjayanya. Dia selalu ke luar
negeri malah ke luar negara juga. Jarang sekali Liyana menghabiskan masanya
bersama anak dan suami.
Adam
menghentikan pandangannya daripada komputer riba yang berada di atas meja. Dia
melirikkan pandangan matanya ke arah si kecil Aina Kaisara. Sayu hatinya
melihat seorang anak yang begitu merindui kasih, sayang, belaian dan gurau
senda ibu tercinta. Sejak dua tahun lalu, Aina Kaisara banyak menghabiskan
masanya bersama Adam berbanding bersama Liyana.
“Nanti
Mama balik, kita ajak Mama pergi Legoland next week ok?”, Adam cuba memujuk
anaknya. Senyuman terukir di bibir Adam. Harapannya, mudah-mudahan hati anaknya
itu dapat terubat dengan ‘habuan’ yang dia tawarkan. Tambahan pula, sudah
beberapa kali Aina Kaisara menyatakan hasratnya untuk melawat dan bermain di
taman tema Legoland itu. Aina Kaisara tersenyum girang. Comel sungguh! Senyuman
itulah yang mengubat kerinduan Adam terhadap Liyana yang semakin hari semakin
sibuk dengan urusan kerjanya. Senyuman itulah yang menjadi penawar keletihan,
kesedihan malah penawar bagi segala-galanya!
“Mama mesti sibuk lagi…”,
senyuman Aina Kaisara yang sebentar tadi melebar mulai mati. “Kita suruhlah
Mama ambil cuti…Kita paksa Mama!”, Adam membulatkan matanya lalu menggeletek
leher anaknya sambil tertawa. Aina Kaisara tertawa juga akhirnya selepas
digeletek oleh Adam. Senang sekali Adam mendengar tawa Aina Kaisara, si buah
hati tercinta!
Adam
berlari mendapatkan telefon bimbitnya yang rancak berbunyi mengalunkan lagu
‘Grenade’ nyanyian Bruno Mars. Adam pasti Liyana yang menelefonnya. Jam di
dinding sudah menunjukkan ke angka 11.05 malam. Pasti Liyana ingin memohon maaf
kerana pulang agak lewat ataupun dia ingin memaklumkan bahawa dia tidak pulang malam
ini kerana ingin menyiapkan kerja di pejabat.
“Hello….”,
Adam berbicara sebaik sahaja menekan butang hijau untuk menjawab panggilan si
pemanggil. Nombor telefon yang tertera di skrin bukanlah nombor telefon milik
Liyana tetapi, nombor yang tidak dikenali.
“Ini
Encik Adam Zaquan, suami kepada Puan Liyana Samsuddin?”, si pemanggil misteri
itu bertanya untuk memastikan identiti Adam. Adam mula resah dengan persoalan
itu. Dia takut sesuatu yang buruk berlaku ke atas Liyana. Mungkin sahaja Liyana
kemalangan.
“Ya…ya…saya
Adam Zaquan, suami Puan Liyana Samsuddin”, ujar Adam dengan cemas dan
teragak-agak.
“Maaf
Encik Adam, boleh Encik datang ke JAIS? Di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah
Alam.”, ujar si pemanggil dengan tenang.
“Ke…kenapa
Encik?”, Adam teragak-agak ingin menjawab. Di dalam hatinya, langsung tak
terlintas apa-apa pun. Kenapa pula malam-malam seperti ini pihak JAIS
menghubunginya? Apa pula kaitannya dengan Liyana? Adam mula berasa pelik.
“Maaf,
Encik Adam. Puan Liyana ditangkap khalwat di kawasan tempat letak kereta di
bangunan Syarikat AAB, Shah Alam pada jam 10.20 malam tadi.”, sebaik sahaja
Adam mendengar ucapan si pemanggil, kakinya terasa lemah dan akhirnya dia
terduduk di lantai. Badannya disandarkan ke dinding. Hancur hatinya, bagai kaca
pecah berderai. Nafasnya bagai tersekat. Namun, benarkah apa yang dia dengar?
Adam memejamkan matanya sebentar. Di dalam hatinya, Adam berharap bahawa dia
sedang bermimpi.
“Encik?
Saya harap Encik dapat datang secepat mungkin, ya? “, ternyata dia bukanlah
bermimpi. Semuanya benar belaka. Liyana ditangkap berkhalwat?
Astaghfirullah…Adam mengucap panjang.
“Ya…ya..saya datang sekarang.
Terima kasih, encik.”, Adam membalas pendek. Tanpa dia sedari, air mata mulai
mengalir. Air mata kecewa, air mata kehancuran, air mata kesedihan!
Sememangnya, air mata seorang lelaki, kadangkala agak sukar untuk dilihat.
Namun, kini, Adam Zaquan mengalirkan air matanya kerana kekecewaan terhadap
seorang wanita yang begitu dia cintai.
“Mama,
tolong jagakan Sara malam ni, boleh? Adam ada hal penting sangat malam ni,
terpaksa pergi sekejap.”, Adam menyatakan hasratnya terhadap Datin Salmah.
“Liyana
mana? Takkan dia tak boleh jaga anak sendiri kot…”, ujar Puan Salmah sambil
menguap dek kerana mengantuk. Di dalam hatinya, dia sendiri bertanya, ke mana
agaknya Liyana?
“Dia ada kerja Mama…”, pendek
sahaja ucapan Adam. Adam mengendong anaknya sampai ke tingkat atas di mana
letaknya bilik yang dikhaskan buat Aina Kaisara. Tanpa membuang masa, Adam
mengucup dahi Aina Kaisara. Takungan air mata mula kelihatan sedikit di kelopak
mata Adam. Dengan pantas, Adam mengucup tangan ibunya sebelum berangkat ke
JAIS. Dia perlu cepat. Datin Salmah berasa pelik kerana dia sedari seolah-olah
anaknya itu menangis. Namun begitu, dia dengan pantas menyangkal sangkaannya
itu.
Adam
menghela nafas panjang. Bibirnya diketap kuat seiring dengan genggaman jari
jemari di kiri dan kanan tangan. Matanya dipejam buat seketika mencari kekuatan
untuk menghadapi segalanya.
“Kenapa,
you buat I macam ni, Liyana?”, Adam memecahkan kebisuannya sejak tadi. Tiada
sepatah perkataan pun yang dia lafazkan sejak di dalam kereta menuju pulang ke
rumahnya di Damansara Utama. Anak matanya memandang mata Liyana
sedalam-dalamnya bagi mencari jawapan. Jawapan yang sebenarnya perit untuk
didengar tetapi sakit untuk terus dipendam, tanpa diceritakan.
“I’m
sorry, Adam..I’m sorry..I love him more…I’m sooo sorry..”, hanya itu yang mampu
Liyana katakana disebalik juraian air mata yang makin lama makin laju alirannya.
Sungguh, dia berasa sungguh bersalah melakukan sebegitu rupa terhadap suaminya.
Sebaik
mendengar kalimah tersebut, Adam merasakan bagai halilintar melintasi hatinya.
Perit, sakit, marah, geram, kecewa, sedih, semuanya dia terasa. Tangan kanannya
diangakat dan hampir sahaja menyentuh pipi mulus Liyana yang dibasahi air mata.
Sememangnya jawapan Liyana menambahkan rasa marahnya. Terasa dirinya bagai
dicabar dan diperbodoh oleh Liyana.
Adam
menghentikan gerakan tangannya sebaik teringatkan si kecil Aina Kaisara. Kelopak
matanya basah. Adam memejamkan sekali lagi matanya, lalu, aliran air mata
kelihatan mengalir laju. Tangan yang sebentar tadi hampir menyinggah di pipi
kiri Liyana kaku seketika. Kemudian, Adam mengenggam jari jemarinya dan
memalingkan wajahnya daripada Liyana.
“Apa
hubungan you dengan lelaki tu? Kenapa you sanggup buat benda tak senonoh dengan
lelaki tu?!”, Adam menguatkan suranya disebalik aliran air mata. Tidak dia
sangka, Liyana melakukan sebegitu terhadapnya. Setelah seluruh kasih, seluruh
sayang, seluruh cinta telah dia berikan kepada Liyana, isterinya tetap
berpaling darinya.
“Adam,
look…I tak buat benda yang melampau ok..I just jumpa dengan dia sekejap…”,
Liyana masih cuba untuk membela diri sendiri.
“Are
you crazy? You jumpa dia dalam kereta! Dekat parking which is the basement!Gelap
gelita, sunyi sepi! And, dah lebih pukul 10.00 malam! You ingat I apa? Buta,
bodoh, tak boleh menilai?!”, Adam meninggikan suaranya. Liyana tergamam dan
terkedu seketika. Dia belum pernah melihat dan mendengar Adam di dalam keadaan
seperti itu.
“Since
when you ada hubungan dengan lelaki tu?! I tanya, you since when?!”, Adam kini
di puncak kemarahannya. Dia bagai dirasuk. Wajahnya yang berkulit putih dan
penuh kelembutan itu bertukar merah padam. Liyana hanya mampu menundukkan
mukanya memandang ke lantai.
“Since…since…since
last two years…”, suara Liyana seakan-akan tenggelam. Adam terduduk di sofa
yang bertentangan dengan sofa yang diduduki Liyana. Wajahnya diraup beberapa
kali dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Wajahnya turut tertunduk. Di
dalam hati, Adam menyumpah dirinya kerana begitu bodoh sehingga tidak dapat
menghidu kecurangan Liyana.
“Mana
hilangnya semua cinta,sayang, you untuk I? Ok, put me a side kalau you tak
fikirkan I langsung. Tapi, mana hilangnya sayang you pada Sara? Mana hilangnya
semua tangisan you lima tahun dulu, waktu you kecewa I terpaksa kahwin dengan
Hani? Mana semua tu?”, akhirnya, suara Adam kembali lembut dan tenang seperti
sedia kala. Suara Adam juga kedengaran seperti tersekat-sekat menahan sebak.
“I
sayangkan Sara..I love her soo much, I’m her mother! But, please, please jangan
kaitkan Hani dengan semua ni..Atau..atau…you sebenarnya menyesal ceraikan Hani?
You, menyesal kahwin dengan I?”, Liyana pula meninggikan suaranya terhadap
Adam.
“Apa
you merepek ni?! Siapa yang menyesal? You atau I? You yang menyesal, sebab tu
you curang! Hey, I love you! I love you sooo much! Sebab tu, I kahwin dengan
you walaupun hampir setahun you menghilangkan diri dulu! Walaupun waktu tu,
hati I mula memupuk rasa cinta I pada Hani. But, still, I ceraikan dia and
kahwin dengan you! You know why?! Because I love you! You came first in my life!
Tapi, I ni bodoh, I terlampau bodoh! Langsung tak terlintas di hati I yang you
curang! I’m so stupid! ”, Adam melepaskan segala kata-kata yang terbuku di
hatinya. Liyana tergamam sebentar dengan kata-kata Adam.
Adam
menumbuk cermin besar yang teragantung di dinding ruang tamu dek karana rasa
marah yang dia rasakan. Cinta, sayang, segala-galanya dia berikan untuk Liyana.
Namun, ini balasannya! Kecurangan, yang dia dapat! Hancur hatinya, hancur
jiwanya, hancur cintanya!Tumbukan demi tumbukan mengakibatkan jari jemari Adam
terluka dan darah mula mengalir.
“Adam,
you’re bleeding…”, Liyana cuba menghampiri Adam yang seolah-olah tidak terasa
sakit sedikit pun.
“I’m fine..Sakit ni tak sesakit
hati I!”, Adam pantas berjalan ke arah pintu utama rumahnya. Dia mencapai kunci
kereta dan dompet di atas meja lalu menyarung kasut. Kereta Honda Accord hitam
milik Adam mula berderum dan dengan pantas Adam memandu keluar dari kawasan
rumahnya. Adam memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk seketika. Dia
menyandarkan kepalanya di tempat duduk dan terus menangis kecewa. Dia menangis
semahu-mahunya. Wajah Aina Kaisara mula terlayar di ruang mata. Kasihan sungguh
pada anak kecil ini!
“Hani,
welcome to our company…I hope you boleh start hari ni…”, Encik Johari
menyatakan hasratnya. Hani hanya tersenyum sambil mengangguk laju.
Tanpa
melengahkan masa, Hani menyusun barangan peribadinya di ruangan yang dikhaskan
untuknya. Sedang dia menyusun kesemua barang-barang di atas meja, Fazura, teman
sekerja yang baru hari ini dia kenali muncul di hadapan Hani.
“Hani,
hari ni, I bawa you pergi lunch ok? I nak tunjuk jalan short cut ke One Utama
mall…You tahu kan, One Utama mall link dengan this building?”, Fazura begitu
teruja bercerita kepada Hani. ‘Mungkin Fazura ni memag suka ke OU mall time
lunch kott..Hmmm..kaki shopping la ni..hehhehe…tak baiknya aku ni, mengata dia
pula..’, Hani bermonolog sendirian.
“Hmm..ok
juga, nanti you bawa I pergi ok?”, Hani setuju dengan penawaran Fazura. Fazura
juga tersenyum dan mengangguk laju.
**********************************************************************************
“Assalamualaikum,
Ma…Hani balik lambat sikit malam ni, lepas kerja nak terus pergi One Utama
mall. Ada barang nak beli sikit. Mama nak pesan apa-apa tak?”, Hani bertanya
kepada ibunya.
“Tak…hmmm…actually,
Mama dengan Ayah dekat keluar ni, ada hal sikit. Hani ada kunci kan?”, giliran
Puan Mastura pula bertanya kepada anaknya.
“Ok..Hani ada kunci…ok, bye..”,
Hani menamatkan perbualan bersama ibunya. Kaki Hani pantas melangkah menuju ke
pusat membeli One Utama.
“Saya
nak pearl milk tea, large…with less ice..”, Hani memesan air kegemarannya di
‘Chatime’. Setelah membuat pembayaran, Hani duduk sendirian di kerusi yang
disediakan
“Hani…Nur
Hani Maisarah?”, Hani terdengar namanya dipanggil. Seakan masa berhenti
sejenak. Hani terasa bagai bermimpi. Suara yang memanggil itu seperti dia
kenali. Suara yang sering menjadi antara mimpinya. Suara yang sentiasa dia
ingati. Suara yang ingin dia lupakan dan jauhi.Suara, seseorang yang dia
cintai. Suara, milik Adam Zaquan!
Hani
memalingkan wajahnya mengahadap sang pemilik suara. Dia terpanar sebentar.
Peristiwa lima tahun dahulu terimbau sebentar di dalam memori Hani. Adam juga
seakan-akan tidak percaya bahawa wanita dihadapannya kini ialah Nur Hani
Maisarah, seorang teman lama, seorang sahabat setia, seorang rakan yang dia
rindui dan….seorang bekas isteri.
“How
are you? Lamanya tak jumpa,kan?”, Adam menghulurkan tangannya untuk bersalam
dengan Hani. Namun begitu, huluran tangannya tidak bersambut. Hani hanya
tersenyum dan menunduk sedikit. Setelah beberapa detik, baru Adam faham, dia
dan Hani bukanlah mahram.
“Oh….
dah 5 tahun kita tak jumpa kan? Apa cerita ni, I telefon you, e-mail, ym, semua
tak berjawab pun…”, Adam bertanya Hani dengan sungguh teruja. Lama benar dia
tidak berjumpa dengan Hani. Rindu pula dengan Hani.
“Urmmm…sorry….tak
perasan..busy study dekat Australia…”, ujar Hani. Adam mengangguk-angguk tanda
faham. Matanya tidak lepas dari memandang Hani. Hani menjadi serba tak kena.
Jantungnya berdegup laju. Takut untuk membalas pandangan Adam. Dia terlalu
takut untuk terus hanyut dalam perasaan kerana dia tahu, pandangan dan senyuman
Adam itu begitu mudah untuk membuat dia cair.
“Ouhh…Jom, kita minum-minum
dulu…Lama I tak borak-borak dengan you..Oupss..sebelum terlupa, meet my little
princess, Aina Kaisara…Sara, salam aunty ni…”, Adam menundukkan badannya
sedikit untuk berbicara dengan Aina Kaisara.
“So,
sihat? Bila balik Malaysia?”,tanya Adam sambil mengelap mulut Aina Kaisara yang
comot dengan coklat.
“Hmmm…last
month balik sini..Alhamdulillah, sihat…You, sihat? Sampai tangan berbalut-balut
ni apa kes?”, tanya Hani pula yang agak pelik apabila melihat tangan kanan Adam
yang berbalut.
“Ouh…ni?Tak ada apalah…Long
story…”,Adam membalas jawapan Hani secara ringkas. Perbualan di antara mereka
berlanjutan sehingga hampir sejam. Setiap senyuman, setiap ketawa, dan setiap
kata-kata Hani begitu Adam amati. Dia begitu merindui senyuman dan tawa milik
Hani. Baginya, hadirnya Hani melupakan seketika masalah yang dia alami.
Mungkinkah ada cinta yang hadir? Mungkinkah cinta menguntum di saat cinta yang
lain mulai bertukar benci? Mungkin sahaja Adam merasa sebegitu kerana masalah
rumah tangga yang dia alami.
Enam
bulan sudah berlalu. Sejak peristiwa Adam bertemu Hani di One Utama, kerap juga
mereka bertemu. Kebetulan, syarikat milik ayah Adam perlu berhubung dengan
syarikat di mana Hani bekerja untuk menjayakan sebuah projek pembinaan. Hani
pula telah menjadi salah seorang arkitek yang perlu mereka pelan bangunan bagi
projek tersebut.
Adam secara rasminya telah
bercerai dengan Liyana. Hak penjagaan Aina Kaisara pula telah diberikan secara
penuh kepada Adam. Hal ini telah diputuskan oleh pihak mahkamah kerana Liyana
mempunyai rekod salah laku akhlak. Setelah itu, tiada sebarang khabar berita
daripada Liyana. Aina Kaisara ada juga kadangkala bertanya mengenai ibunya.
Namun begitu,setiap kali Aina Kaisara bertanya, Adam sering kali mengubah
topik. Dia takut emosi anaknya itu bakal terjejas.
Adam
membuka dan menutup bekas cincin yang masih tersimpan elok di dalam laci meja
kerjanya selama lebih lima tahun. Dia menarik keluar sebentuk cincin bertatahkan
berlian dari kotak tersebut dan menelitinya dari setiap sudut. Kini, dia sudah
nekad, dia ingin melamar Hani kembali. Dia ingin menyarungkan cincin itu
kembali ke jari Hani seperti mana yang dia telah lakukan lima tahun dahulu. Dia
ingin membetulkan kesilapan yang telah dia lakukan dahulu. Tambahan pula, buah
hatinya, Aina Kaisara begitu senang sekali meluangkan masa bersama Hani.
Malahan, Aina Kaisara seperti sudah menganggap Hani seperti ibunya.
Setelah enam bulan dia
‘berkenalan’ semula dengan Hani, dia dapat merasakan ketenangan dan suatu
perasan yang dia sendiri sukar untuk diungkapkan. Perasaan yang pernah dia
rasakan lebih lima tahun dahulu. Namun, hadirnya Liyana menutupkan dan
menyelindungkan semua perasaan itu. Hadirnya Liyana seolah-olah menghilangkan
rasa itu.
“Yes,
Adam…Anything yang you nak bincangkan dengan I?”, Hani bertanya sambil
tersenyum. Ada sahaja yang ingin Adam bincangkan bersamanya. Soal kerja memang
tidak akan pernah tahu erti sudah. Adam mengambil tempat duduk bertentangan
dengan Hani. Wajahnya yang serius membuatkan Hani menjadi pelik.
“Urmm…Hani…”,
Adam mengeluarkan sekotak cincin dari dalam poket seluarnya. Kotak tersebut
diletakkan di atas meja dihadapan Hani. Adam menarik nafas dalam sebelum memulakan
bicaranya.
“Adam,
what…are you doing?”, tanya Hani sedikit gagap. Dia langsung tidak menduga apa
yang ingin Adam katakan kepadanya. Cincin yang dia lihat di hadapannya kini,
begitu dia kenali. Cincin pernikahannya dahulu yang telah dia pulangkan sebelum
berangkat ke bumi Australia.
“Wait…listen
first apa yang I nak cakap…”, Adam memandang tepat mata milik Nur Hani Maisara.
“Hani,
enam bulan I kenal dan jumpa you semula. I rasa balik apa yang I rasakan lebih
lima tahun dulu. I dapat merasakan suatu perasaan yang tak pernah I rasa
sepanjang I hidup dengan Liyana. Perasaan yang selama lima tahun ni I cari…
I
love you, Hani…Sara pun sayang sangat dekat you. Selama lebih enam bulan ni,
you rapat dengan Sara and she likes you sooo much…Sara anggap you macam mama
dia sendiri……even, dengan Liyana, dia tak serapat macam dia rapat dengan you.
So, I harap sangat you dapat terima lamaran I…”, panjang lebar Adam berucap
bagi meyakinkan Hani mengenai perasaannya.
Hani
diam membisu seketika. Matanya seakan-akan bertakung menahan agar air mata
tidak mengalir.
“Adam,
please…You buat semua ni, you rasa semua ni sebab you baru bercerai dengan
Liyana.Bukan sebab you sayangkan I…Lagipun, you ingat kahwin cerai, kahwin cerai
ni boleh dibuat main? Please Adam…I tak tahu dah nak cakap apa…Just, go back,
sit down, take your time to think about it…Fikir balik, Adam…Fikir balik…I’ve
to go now, ada mesyuarat…”, Hani bingkas bangun. Dia takut air matanya akan
mengalir kerana sememangnya dia sudah tidak kuat dengan semua ini. Peristiwa
lebih lima tahun dulu berulang kembali.
Peristiwa
di mana Adam pernah melafazkan kata cintanya sewaktu Hani minta cerai dahulu.
Ternyata, kesudahannya, Adam memilih Liyana dan menceraikannya. Adam cuma
keliru antara cinta dan rasa kasihan terhadap Hani. Peristiwa itu telah
meninggalkan bekas luka di hatinya sehingga kini. Sekali lagi, dia bakal
terluka.Dia takut…Hani takut, takut untuk kecewa lagi!
“Adam! Please, jangan ulangi
kesilapan dulu…Please…”, Hani berpesan dengan Adam sebelum dia melangkah keluar
dari ruangannya.
Beberapa
hari sudah berlalu. Tiada sebarang berita mengenai Adam setelah peristiwa Hani
menolak lamaran Adam. Hani juga tidak mahu lagi mengingati peristiwa itu.
Baginya, peristiwa tersebut tidak pernah berlaku bahkan, cuma mimpi dan mainan
tidur.
“Hani,
ada orang nak jumpa you. Busy ke?”, tanya Fazura sebaik sahaja membuka pintu
pejabat Hani. Hani kelihatan sendirian dan serius meneliti pelan bangunan di
ruangannya.
“Ouh..ok..suruhlah masuk…”, Hani
tersenyum ke arah Fazura. Kurang seminit kemudian, muncul seorang jejaka yang
kemas berbaju kemeja biru tua.
“I
tak nak ulangi kesilapan lama I lagi, Hani…”,suara Adam memcahkan kesunyian di
ruangan pejabat Hani. Hani terkejut dengan kehadiran Adam yang secara tiba-tiba
itu. Sebaik sahaja mendengar ucapan Adam, Hani berasa lega. Ya, ada mesti telah
memikirkan kembali kata-katanya tempoh hari.
“I
dah fikir balik…dan, I tak nak ulangi kesilapan I lagi….”, Adam mengucapkan
sekali lagi. Hani hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
“I
tak nak kehilangan you buat kedua kalinya….”, kali ini, Hani terkejut dengan
kata-kata Adam. Sungguh Hani berasa terkejut.
“I
tak nak kejadian dulu berulang lagi…Yes, I mengaku memang I sayangkan Liyana..tapi,
sayang saja tak cukup…Tak cukup kalau cuma I yang sayangkan dia… Hani, saat I
mula sayangkan you, Liyana muncul…She’s my first love…I terlampau percayakan
cinta pertama I, sehingga I buta, I tak nampak, ada insan lain yang lebih
tulus,lebih ikhlas, cintakan I. Bila you tak ada, I tak dapat rasa perasaan tu
lagi. Selama I hidup dengan Liyana, rasa tu tak pernah sama. I cuba untuk
menyangkal perasaan I sebab I tak nak kecewakan Liyana. I’m sorry…I’m soooo
sorry…”, ujar Adam. Mata Adam merah tanda menangis. Adam meraup wajahnya dengan
kedua-dua belah tapak tangannya.
“I want to start my new life
with you and Sara…Hani,boleh you terima I kembali?”, Adam mengucapkan dengan
setulus dan seikhlas hatinya. Hani tersenyum dan mengangguk laju. Adam turut
tersenyum.
Gambar
keluarganya ditenung . Adam tersenyum gembira, dua tahun sudah berlalu. Banyak
ujian dan cabaran yang dia lalui. Wajah Nur Hani Maisarah yang tersenyum manis
disamping Aina Kaisara dan si kembar Rayyan serta Rizki merupakan pengubat
segala-galanya.
Sememangnya,
perasaan cinta itu milik Tuhan, Maha Pencipta. Cinta pertama tidak semestinya
menjadi cinta terakhir. Kadangkala, cinta itu mampu terbit dalam masa beberapa
saat sahaja dengan izin Tuhan. Namun begitu, kadangkala, cinta juga boleh mati
dalam masa yang singkat, juga dengan izin Tuhan. Tuntasnya,semua yang berlaku
adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya, hanya boleh
berdoa dan menerima segala ketentuannya. ‘Wallahu’alam bissawab’, dan Allah
lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.
Comments
Post a Comment