BUTA

I write random stuffs sometimes.
Bila terasa nak tulis sesuatu aku tulis.

Situasi: Selepas kelas Dr Hasyi berkaitan WorldView.


Buta


Adakah aku buta?
Kerana terkadang mata ini menipu
Melihat yang indah hakikatnya dusta semata.
Adakah aku buta?
Menilai pakai rasional
bukan pakai hati.
Adakah aku buta?
Ku pejamkan sebelah mata
Biarkan ia bisu tanpa bicara
Adakah aku buta?
Yang ku lihat sengketa,
Namun ku pilih untuk lupa
Seolah tiada apa-apa.
Adakah aku buta?
Aku membaca kebenaran
Namun yang kupamerkan kesesatan.
Apakah itu namanya buta?
Mungkin memang aku buta
Aku buta menilai
Aku buta hati
Kosong tak bererti
Namun,
Ku tak ingin ia mati.
Kembalikan jiwa kepada fitrah
Kembalikan nurani dalam era realiti
Bukan hanya sekadar duniawi

Yang kukejar adalah hakiki.

Comments