Cerpen: TERHENTI DI SINI (AKU BUKAN UNTUKMU 2)

Jadi inilah sambungan untuk cerpen yang pertama, AKU BUKAN UNTUKMU  :)




TERHENTI DI SINI (AKU BUKAN UNTUKMU 2)



Detik, demi detik. Saat, demi saat. Lebih 2628000 minit telah aku lalui tanpanya di sisi. Kalau itu yang terbaik, akan ku korbankan hatiku, biar perit untuk aku terima. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Namun, siapalah aku untuk menentukan takdir? Siapalah diriku untuk melawan ketentuan Tuhan? 
                Tetapi, wahai Tuhan, kenapa harus cinta itu kembali? Kenapa harus cintanya kembali di saat aku berusaha untuk melupakan cinta? Maaf, bukan niatku melawan ketentuan dan takdirMu buatku, cuma, aku tak sanggup untuk terus sakit melawan rasa ini. Sakit, memang sakit. Luka? Bekasnya tak akan mudah sembuh. Apa yang mampu ku lakukan hanyalah berdoa, dan berdoa dan terus berdoa. Mudah-mudahan Kau berikan yang terbaik untukku di dunia dan di akhirat. Aku berserah, Tuhan, aku berserah padaMu Maha Pencipta, hanya padaMu!
**********************************************************************************
                “Hani..bila nak balik? Mama rindu sangat dekat Hani. Buat apa nak kerja dekat negara orang? Balik Malaysia, kerja dengan Pak Ngah, dengan ayah. Pak Ngah pun ada offer Hani kan?Hani?Dengar tak mama cakap apa ni?!”, Puan Mastura meninggikan sedikit suaranya apabila tiada jawapan diberikan oleh Nur Hani Maisarah Hamdan.
                “Ya ma..Hani dengar ni. Nanti Hani fikirkan dulu,ok? Pasal Pak Ngah, Hani tak naklah kerja dengan dia. Bukan apa, kerja dengan family ni susah sikit la ma…Oklah ma, Hani ada hal sikit ni. Nanti Hani call mama balik ok? Love you, mama..kirimkan salam Hani dekat ayah..”, Hani cuba untuk menamatkan perbualan bersama ibu tercinta.
                “Ada saja…Balik for good ye, sayang? Mama tunggu…Duduk sana lama-lama buat apa? Cukuplah lima tahun dekat sana..”, Puan Mastura bagai tidak mahu menamatkan perbulan mereka. Ada sahaja perkara yang ingin dia bualkan dengan anaknya yang jauh di perantauan itu. Hani seolah-olah tidak memahami kerinduan di hati ibunya sahaja.
                Kedinginan malam mulai terasa. Angin bertiup lembut. Hani mengamati keindahan malam di bumi Australia. Peristiwa lima tahun lalu membuatkan dia cuba untuk mengelak pulang ke tanah air. Biarpun bibirnya menyebut jiwanya sudah pulih, namun hatinya tetap berbekas luka. Tidak mungkin dia dapat melupakan cinta pertamanya dengan mudah. Namun, apa yang bisa dia lakukan, kerana itu yang terbaik.
                Hani menghela nafasnya panjang. ‘Cinta?’. ‘Aku ke sini untuk melupakan cinta. Aku ke sini untuk mencari cinta. Namun,aku takut terluka lagi.Bahkan, tiada cinta menjelma. Tidakkah aku kasihankan cinta-cintaku di sana? Mama, Ayah, Kak Jun dan keluarga aku…Itulah cintaku kini. Mereka perlukan aku. Sudah begitu lama aku di sini. Sungguh lama…Ya Allah, Kau cinta terulungku. Mungkinkah di sana aku dapat ketemu cintaku?’
                Puan Mastura dan Encik Hamdan melambai-lambai ke arah Hani. Hani tersenyum dan mempercepat langkahnya menuju ke arah mereka. Puan Mastura tidak dapat menyembunyikan kegembiraan hatinya lantas memeluk Hani. Kerinduannya terhadap Hani akhirnya terubat. Hani kini pulang ke Malaysia dan menetap bersamanya kembali. Setiap tahun dua atau tiga kali dia akan ke Melbourne, Australia untuk menjenguk Hani. Namun, tidak pula Hani ingin pulang ke tanah air.
                Raut wajah anakanda tersayang direnung dalam, sedalam-dalamnya. Hati dan naluri keibuannya terdetik sesuatu. Suatu perasaan halus yang dirasainya disebalik wajah manis Nur Hani Maisarah. Puan Mastura tahu, Hani masih terkesan luka di hati. Dia tahu Hani masih teringatkan cinta pertamanya, Adam Zaquan. Hati dan naluri seorang ibu, tidak boleh dibohongi kerana sememangnya tepat. Namun, ibarat kata Hani, itulah yang terbaik. Ya, itulah yang terbaik.
                “Papa, bila Mama nak balik? Sara rindu Mama sangat-sangat…”, si comel Aina Kaisara memecahkan kesunyian malam di rumah semi-d dua tingkat milik Adam Zaquan. Adam memalingkan wajahnya menghadap anak tunggalnya itu. Riak wajah si kecil berusia 4 tahun ditenung dalam bersama senyuman yang terukir di bibir Adam.
                “Kejap lagi mesti Mama balik, sayang…Sara rindu Mama sangat-sangat ke? Sara tak rindu Papa?”, Adam sengaja hendak menguji Aina Kaisara di samping melayan keluhan anaknya. Isterinya, Liyana sering sekali sibuk dengan urusan kerjanya yang tidak pernah habis. Bukannya Adam tidak menyuruh Liyana berhenti daripada kerjanya, bahkan, Adam mampu malah terlebih mampu untuk menyara mereka sekeluarga. Namun, Liyana tetap berkeras ingin bekerja.
                “Buat apa Sara nak rindu Papa.Papa kan selalu ada dengan Sara..Tapi, Mama, selalu busy…”, Aina Kaisara menundukkan wajah kecilnya. Di dalam hati, Adam turut membenarkan kata-kata anaknya. Benar, memang benar, Liyana kadangkala malah, sering menumpukan perhatian yang lebih terhadap kerjayanya. Dia selalu ke luar negeri malah ke luar negara juga. Jarang sekali Liyana menghabiskan masanya bersama anak dan suami.
                Adam menghentikan pandangannya daripada komputer riba yang berada di atas meja. Dia melirikkan pandangan matanya ke arah si kecil Aina Kaisara. Sayu hatinya melihat seorang anak yang begitu merindui kasih, sayang, belaian dan gurau senda ibu tercinta. Sejak dua tahun lalu, Aina Kaisara banyak menghabiskan masanya bersama Adam berbanding bersama Liyana.
                “Nanti Mama balik, kita ajak Mama pergi Legoland next week ok?”, Adam cuba memujuk anaknya. Senyuman terukir di bibir Adam. Harapannya, mudah-mudahan hati anaknya itu dapat terubat dengan ‘habuan’ yang dia tawarkan. Tambahan pula, sudah beberapa kali Aina Kaisara menyatakan hasratnya untuk melawat dan bermain di taman tema Legoland itu. Aina Kaisara tersenyum girang. Comel sungguh! Senyuman itulah yang mengubat kerinduan Adam terhadap Liyana yang semakin hari semakin sibuk dengan urusan kerjanya. Senyuman itulah yang menjadi penawar keletihan, kesedihan malah penawar bagi segala-galanya!
                “Mama mesti sibuk lagi…”, senyuman Aina Kaisara yang sebentar tadi melebar mulai mati. “Kita suruhlah Mama ambil cuti…Kita paksa Mama!”, Adam membulatkan matanya lalu menggeletek leher anaknya sambil tertawa. Aina Kaisara tertawa juga akhirnya selepas digeletek oleh Adam. Senang sekali Adam mendengar tawa Aina Kaisara, si buah hati tercinta!
                Adam berlari mendapatkan telefon bimbitnya yang rancak berbunyi mengalunkan lagu ‘Grenade’ nyanyian Bruno Mars. Adam pasti Liyana yang menelefonnya. Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 11.05 malam. Pasti Liyana ingin memohon maaf kerana pulang agak lewat ataupun dia ingin memaklumkan bahawa dia tidak pulang malam ini kerana ingin menyiapkan kerja di pejabat.
                “Hello….”, Adam berbicara sebaik sahaja menekan butang hijau untuk menjawab panggilan si pemanggil. Nombor telefon yang tertera di skrin bukanlah nombor telefon milik Liyana tetapi, nombor yang tidak dikenali.
                “Ini Encik Adam Zaquan, suami kepada Puan Liyana Samsuddin?”, si pemanggil misteri itu bertanya untuk memastikan identiti Adam. Adam mula resah dengan persoalan itu. Dia takut sesuatu yang buruk berlaku ke atas Liyana. Mungkin sahaja Liyana kemalangan.
                “Ya…ya…saya Adam Zaquan, suami Puan Liyana Samsuddin”, ujar Adam dengan cemas dan teragak-agak.
                “Maaf Encik Adam, boleh Encik datang ke JAIS? Di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.”, ujar si pemanggil dengan tenang.
                “Ke…kenapa Encik?”, Adam teragak-agak ingin menjawab. Di dalam hatinya, langsung tak terlintas apa-apa pun. Kenapa pula malam-malam seperti ini pihak JAIS menghubunginya? Apa pula kaitannya dengan Liyana? Adam mula berasa pelik.
                “Maaf, Encik Adam. Puan Liyana ditangkap khalwat di kawasan tempat letak kereta di bangunan Syarikat AAB, Shah Alam pada jam 10.20 malam tadi.”, sebaik sahaja Adam mendengar ucapan si pemanggil, kakinya terasa lemah dan akhirnya dia terduduk di lantai. Badannya disandarkan ke dinding. Hancur hatinya, bagai kaca pecah berderai. Nafasnya bagai tersekat. Namun, benarkah apa yang dia dengar? Adam memejamkan matanya sebentar. Di dalam hatinya, Adam berharap bahawa dia sedang bermimpi.
                “Encik? Saya harap Encik dapat datang secepat mungkin, ya? “, ternyata dia bukanlah bermimpi. Semuanya benar belaka. Liyana ditangkap berkhalwat? Astaghfirullah…Adam mengucap panjang.
                “Ya…ya..saya datang sekarang. Terima kasih, encik.”, Adam membalas pendek. Tanpa dia sedari, air mata mulai mengalir. Air mata kecewa, air mata kehancuran, air mata kesedihan! Sememangnya, air mata seorang lelaki, kadangkala agak sukar untuk dilihat. Namun, kini, Adam Zaquan mengalirkan air matanya kerana kekecewaan terhadap seorang wanita yang begitu dia cintai.
                “Mama, tolong jagakan Sara malam ni, boleh? Adam ada hal penting sangat malam ni, terpaksa pergi sekejap.”, Adam menyatakan hasratnya terhadap Datin Salmah.
                “Liyana mana? Takkan dia tak boleh jaga anak sendiri kot…”, ujar Puan Salmah sambil menguap dek kerana mengantuk. Di dalam hatinya, dia sendiri bertanya, ke mana agaknya Liyana?
                “Dia ada kerja Mama…”, pendek sahaja ucapan Adam. Adam mengendong anaknya sampai ke tingkat atas di mana letaknya bilik yang dikhaskan buat Aina Kaisara. Tanpa membuang masa, Adam mengucup dahi Aina Kaisara. Takungan air mata mula kelihatan sedikit di kelopak mata Adam. Dengan pantas, Adam mengucup tangan ibunya sebelum berangkat ke JAIS. Dia perlu cepat. Datin Salmah berasa pelik kerana dia sedari seolah-olah anaknya itu menangis. Namun begitu, dia dengan pantas menyangkal sangkaannya itu.
                Adam menghela nafas panjang. Bibirnya diketap kuat seiring dengan genggaman jari jemari di kiri dan kanan tangan. Matanya dipejam buat seketika mencari kekuatan untuk menghadapi segalanya.
                “Kenapa, you buat I macam ni, Liyana?”, Adam memecahkan kebisuannya sejak tadi. Tiada sepatah perkataan pun yang dia lafazkan sejak di dalam kereta menuju pulang ke rumahnya di Damansara Utama. Anak matanya memandang mata Liyana sedalam-dalamnya bagi mencari jawapan. Jawapan yang sebenarnya perit untuk didengar tetapi sakit untuk terus dipendam, tanpa diceritakan.
                “I’m sorry, Adam..I’m sorry..I love him more…I’m sooo sorry..”, hanya itu yang mampu Liyana katakana disebalik juraian air mata yang makin lama makin laju alirannya. Sungguh, dia berasa sungguh bersalah melakukan sebegitu rupa terhadap suaminya.
                Sebaik mendengar kalimah tersebut, Adam merasakan bagai halilintar melintasi hatinya. Perit, sakit, marah, geram, kecewa, sedih, semuanya dia terasa. Tangan kanannya diangakat dan hampir sahaja menyentuh pipi mulus Liyana yang dibasahi air mata. Sememangnya jawapan Liyana menambahkan rasa marahnya. Terasa dirinya bagai dicabar dan diperbodoh oleh Liyana.
                Adam menghentikan gerakan tangannya sebaik teringatkan si kecil Aina Kaisara. Kelopak matanya basah. Adam memejamkan sekali lagi matanya, lalu, aliran air mata kelihatan mengalir laju. Tangan yang sebentar tadi hampir menyinggah di pipi kiri Liyana kaku seketika. Kemudian, Adam mengenggam jari jemarinya dan memalingkan wajahnya daripada Liyana.
                “Apa hubungan you dengan lelaki tu? Kenapa you sanggup buat benda tak senonoh dengan lelaki tu?!”, Adam menguatkan suranya disebalik aliran air mata. Tidak dia sangka, Liyana melakukan sebegitu terhadapnya. Setelah seluruh kasih, seluruh sayang, seluruh cinta telah dia berikan kepada Liyana, isterinya tetap berpaling darinya.
                “Adam, look…I tak buat benda yang melampau ok..I just jumpa dengan dia sekejap…”, Liyana masih cuba untuk membela diri sendiri.
                “Are you crazy? You jumpa dia dalam kereta! Dekat parking which is the basement!Gelap gelita, sunyi sepi! And, dah lebih pukul 10.00 malam! You ingat I apa? Buta, bodoh, tak boleh menilai?!”, Adam meninggikan suaranya. Liyana tergamam dan terkedu seketika. Dia belum pernah melihat dan mendengar Adam di dalam keadaan seperti itu.
                “Since when you ada hubungan dengan lelaki tu?! I tanya, you since when?!”, Adam kini di puncak kemarahannya. Dia bagai dirasuk. Wajahnya yang berkulit putih dan penuh kelembutan itu bertukar merah padam. Liyana hanya mampu menundukkan mukanya memandang ke lantai.
                “Since…since…since last two years…”, suara Liyana seakan-akan tenggelam. Adam terduduk di sofa yang bertentangan dengan sofa yang diduduki Liyana. Wajahnya diraup beberapa kali dengan kedua-dua belah telapak tangannya. Wajahnya turut tertunduk. Di dalam hati, Adam menyumpah dirinya kerana begitu bodoh sehingga tidak dapat menghidu kecurangan Liyana.
                “Mana hilangnya semua cinta,sayang, you untuk I? Ok, put me a side kalau you tak fikirkan I langsung. Tapi, mana hilangnya sayang you pada Sara? Mana hilangnya semua tangisan you lima tahun dulu, waktu you kecewa I terpaksa kahwin dengan Hani? Mana semua tu?”, akhirnya, suara Adam kembali lembut dan tenang seperti sedia kala. Suara Adam juga kedengaran seperti tersekat-sekat menahan sebak.
                “I sayangkan Sara..I love her soo much, I’m her mother! But, please, please jangan kaitkan Hani dengan semua ni..Atau..atau…you sebenarnya menyesal ceraikan Hani? You, menyesal kahwin dengan I?”, Liyana pula meninggikan suaranya terhadap Adam.
                “Apa you merepek ni?! Siapa yang menyesal? You atau I? You yang menyesal, sebab tu you curang! Hey, I love you! I love you sooo much! Sebab tu, I kahwin dengan you walaupun hampir setahun you menghilangkan diri dulu! Walaupun waktu tu, hati I mula memupuk rasa cinta I pada Hani. But, still, I ceraikan dia and kahwin dengan you! You know why?! Because I love you! You came first in my life! Tapi, I ni bodoh, I terlampau bodoh! Langsung tak terlintas di hati I yang you curang! I’m so stupid! ”, Adam melepaskan segala kata-kata yang terbuku di hatinya. Liyana tergamam sebentar dengan kata-kata Adam.
                Adam menumbuk cermin besar yang teragantung di dinding ruang tamu dek karana rasa marah yang dia rasakan. Cinta, sayang, segala-galanya dia berikan untuk Liyana. Namun, ini balasannya! Kecurangan, yang dia dapat! Hancur hatinya, hancur jiwanya, hancur cintanya!Tumbukan demi tumbukan mengakibatkan jari jemari Adam terluka dan darah mula mengalir.
                “Adam, you’re bleeding…”, Liyana cuba menghampiri Adam yang seolah-olah tidak terasa sakit sedikit pun.
                “I’m fine..Sakit ni tak sesakit hati I!”, Adam pantas berjalan ke arah pintu utama rumahnya. Dia mencapai kunci kereta dan dompet di atas meja lalu menyarung kasut. Kereta Honda Accord hitam milik Adam mula berderum dan dengan pantas Adam memandu keluar dari kawasan rumahnya. Adam memberhentikan keretanya di bahu jalan untuk seketika. Dia menyandarkan kepalanya di tempat duduk dan terus menangis kecewa. Dia menangis semahu-mahunya. Wajah Aina Kaisara mula terlayar di ruang mata. Kasihan sungguh pada anak kecil ini!
                “Hani, welcome to our company…I hope you boleh start hari ni…”, Encik Johari menyatakan hasratnya. Hani hanya tersenyum sambil mengangguk laju.
                Tanpa melengahkan masa, Hani menyusun barangan peribadinya di ruangan yang dikhaskan untuknya. Sedang dia menyusun kesemua barang-barang di atas meja, Fazura, teman sekerja yang baru hari ini dia kenali muncul di hadapan Hani.
                “Hani, hari ni, I bawa you pergi lunch ok? I nak tunjuk jalan short cut ke One Utama mall…You tahu kan, One Utama mall link dengan this building?”, Fazura begitu teruja bercerita kepada Hani. ‘Mungkin Fazura ni memag suka ke OU mall time lunch kott..Hmmm..kaki shopping la ni..hehhehe…tak baiknya aku ni, mengata dia pula..’, Hani bermonolog sendirian.
                “Hmm..ok juga, nanti you bawa I pergi ok?”, Hani setuju dengan penawaran Fazura. Fazura juga tersenyum dan mengangguk laju.
**********************************************************************************
                “Assalamualaikum, Ma…Hani balik lambat sikit malam ni, lepas kerja nak terus pergi One Utama mall. Ada barang nak beli sikit. Mama nak pesan apa-apa tak?”, Hani bertanya kepada ibunya.
                “Tak…hmmm…actually, Mama dengan Ayah dekat keluar ni, ada hal sikit. Hani ada kunci kan?”, giliran Puan Mastura pula bertanya kepada anaknya.
                “Ok..Hani ada kunci…ok, bye..”, Hani menamatkan perbualan bersama ibunya. Kaki Hani pantas melangkah menuju ke pusat membeli One Utama.
                “Saya nak pearl milk tea, large…with less ice..”, Hani memesan air kegemarannya di ‘Chatime’. Setelah membuat pembayaran, Hani duduk sendirian di kerusi yang disediakan
                “Hani…Nur Hani Maisarah?”, Hani terdengar namanya dipanggil. Seakan masa berhenti sejenak. Hani terasa bagai bermimpi. Suara yang memanggil itu seperti dia kenali. Suara yang sering menjadi antara mimpinya. Suara yang sentiasa dia ingati. Suara yang ingin dia lupakan dan jauhi.Suara, seseorang yang dia cintai. Suara, milik Adam Zaquan!
                Hani memalingkan wajahnya mengahadap sang pemilik suara. Dia terpanar sebentar. Peristiwa lima tahun dahulu terimbau sebentar di dalam memori Hani. Adam juga seakan-akan tidak percaya bahawa wanita dihadapannya kini ialah Nur Hani Maisarah, seorang teman lama, seorang sahabat setia, seorang rakan yang dia rindui dan….seorang bekas isteri.
                “How are you? Lamanya tak jumpa,kan?”, Adam menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Hani. Namun begitu, huluran tangannya tidak bersambut. Hani hanya tersenyum dan menunduk sedikit. Setelah beberapa detik, baru Adam faham, dia dan Hani bukanlah mahram.
                “Oh…. dah 5 tahun kita tak jumpa kan? Apa cerita ni, I telefon you, e-mail, ym, semua tak berjawab pun…”, Adam bertanya Hani dengan sungguh teruja. Lama benar dia tidak berjumpa dengan Hani. Rindu pula dengan Hani.
                “Urmmm…sorry….tak perasan..busy study dekat Australia…”, ujar Hani. Adam mengangguk-angguk tanda faham. Matanya tidak lepas dari memandang Hani. Hani menjadi serba tak kena. Jantungnya berdegup laju. Takut untuk membalas pandangan Adam. Dia terlalu takut untuk terus hanyut dalam perasaan kerana dia tahu, pandangan dan senyuman Adam itu begitu mudah untuk membuat dia cair.
                “Ouhh…Jom, kita minum-minum dulu…Lama I tak borak-borak dengan you..Oupss..sebelum terlupa, meet my little princess, Aina Kaisara…Sara, salam aunty ni…”, Adam menundukkan badannya sedikit untuk berbicara dengan Aina Kaisara.
                “So, sihat? Bila balik Malaysia?”,tanya Adam sambil mengelap mulut Aina Kaisara yang comot dengan coklat.
                “Hmmm…last month balik sini..Alhamdulillah, sihat…You, sihat? Sampai tangan berbalut-balut ni apa kes?”, tanya Hani pula yang agak pelik apabila melihat tangan kanan Adam yang berbalut.
                “Ouh…ni?Tak ada apalah…Long story…”,Adam membalas jawapan Hani secara ringkas. Perbualan di antara mereka berlanjutan sehingga hampir sejam. Setiap senyuman, setiap ketawa, dan setiap kata-kata Hani begitu Adam amati. Dia begitu merindui senyuman dan tawa milik Hani. Baginya, hadirnya Hani melupakan seketika masalah yang dia alami. Mungkinkah ada cinta yang hadir? Mungkinkah cinta menguntum di saat cinta yang lain mulai bertukar benci? Mungkin sahaja Adam merasa sebegitu kerana masalah rumah tangga yang dia alami.
                Enam bulan sudah berlalu. Sejak peristiwa Adam bertemu Hani di One Utama, kerap juga mereka bertemu. Kebetulan, syarikat milik ayah Adam perlu berhubung dengan syarikat di mana Hani bekerja untuk menjayakan sebuah projek pembinaan. Hani pula telah menjadi salah seorang arkitek yang perlu mereka pelan bangunan bagi projek tersebut.
                Adam secara rasminya telah bercerai dengan Liyana. Hak penjagaan Aina Kaisara pula telah diberikan secara penuh kepada Adam. Hal ini telah diputuskan oleh pihak mahkamah kerana Liyana mempunyai rekod salah laku akhlak. Setelah itu, tiada sebarang khabar berita daripada Liyana. Aina Kaisara ada juga kadangkala bertanya mengenai ibunya. Namun begitu,setiap kali Aina Kaisara bertanya, Adam sering kali mengubah topik. Dia takut emosi anaknya itu bakal terjejas.
                Adam membuka dan menutup bekas cincin yang masih tersimpan elok di dalam laci meja kerjanya selama lebih lima tahun. Dia menarik keluar sebentuk cincin bertatahkan berlian dari kotak tersebut dan menelitinya dari setiap sudut. Kini, dia sudah nekad, dia ingin melamar Hani kembali. Dia ingin menyarungkan cincin itu kembali ke jari Hani seperti mana yang dia telah lakukan lima tahun dahulu. Dia ingin membetulkan kesilapan yang telah dia lakukan dahulu. Tambahan pula, buah hatinya, Aina Kaisara begitu senang sekali meluangkan masa bersama Hani. Malahan, Aina Kaisara seperti sudah menganggap Hani seperti ibunya.
                Setelah enam bulan dia ‘berkenalan’ semula dengan Hani, dia dapat merasakan ketenangan dan suatu perasan yang dia sendiri sukar untuk diungkapkan. Perasaan yang pernah dia rasakan lebih lima tahun dahulu. Namun, hadirnya Liyana menutupkan dan menyelindungkan semua perasaan itu. Hadirnya Liyana seolah-olah menghilangkan rasa itu.
                “Yes, Adam…Anything yang you nak bincangkan dengan I?”, Hani bertanya sambil tersenyum. Ada sahaja yang ingin Adam bincangkan bersamanya. Soal kerja memang tidak akan pernah tahu erti sudah. Adam mengambil tempat duduk bertentangan dengan Hani. Wajahnya yang serius membuatkan Hani menjadi pelik.
                “Urmm…Hani…”, Adam mengeluarkan sekotak cincin dari dalam poket seluarnya. Kotak tersebut diletakkan di atas meja dihadapan Hani.  Adam menarik nafas dalam sebelum memulakan bicaranya.
                “Adam, what…are you doing?”, tanya Hani sedikit gagap. Dia langsung tidak menduga apa yang ingin Adam katakan kepadanya. Cincin yang dia lihat di hadapannya kini, begitu dia kenali. Cincin pernikahannya dahulu yang telah dia pulangkan sebelum berangkat ke bumi Australia.
                “Wait…listen first apa yang I nak cakap…”, Adam memandang tepat mata milik Nur Hani Maisara.
                “Hani, enam bulan I kenal dan jumpa you semula. I rasa balik apa yang I rasakan lebih lima tahun dulu. I dapat merasakan suatu perasaan yang tak pernah I rasa sepanjang I hidup dengan Liyana. Perasaan yang selama lima tahun ni I cari…
                I love you, Hani…Sara pun sayang sangat dekat you. Selama lebih enam bulan ni, you rapat dengan Sara and she likes you sooo much…Sara anggap you macam mama dia sendiri……even, dengan Liyana, dia tak serapat macam dia rapat dengan you. So, I harap sangat you dapat terima lamaran I…”, panjang lebar Adam berucap bagi meyakinkan Hani mengenai perasaannya.
                Hani diam membisu seketika. Matanya seakan-akan bertakung menahan agar air mata tidak mengalir.
                “Adam, please…You buat semua ni, you rasa semua ni sebab you baru bercerai dengan Liyana.Bukan sebab you sayangkan I…Lagipun, you ingat kahwin cerai, kahwin cerai ni boleh dibuat main? Please Adam…I tak tahu dah nak cakap apa…Just, go back, sit down, take your time to think about it…Fikir balik, Adam…Fikir balik…I’ve to go now, ada mesyuarat…”, Hani bingkas bangun. Dia takut air matanya akan mengalir kerana sememangnya dia sudah tidak kuat dengan semua ini. Peristiwa lebih lima tahun dulu berulang kembali.
                Peristiwa di mana Adam pernah melafazkan kata cintanya sewaktu Hani minta cerai dahulu. Ternyata, kesudahannya, Adam memilih Liyana dan menceraikannya. Adam cuma keliru antara cinta dan rasa kasihan terhadap Hani. Peristiwa itu telah meninggalkan bekas luka di hatinya sehingga kini. Sekali lagi, dia bakal terluka.Dia takut…Hani takut, takut untuk kecewa lagi!
                “Adam! Please, jangan ulangi kesilapan dulu…Please…”, Hani berpesan dengan Adam sebelum dia melangkah keluar dari ruangannya.
                Beberapa hari sudah berlalu. Tiada sebarang berita mengenai Adam setelah peristiwa Hani menolak lamaran Adam. Hani juga tidak mahu lagi mengingati peristiwa itu. Baginya, peristiwa tersebut tidak pernah berlaku bahkan, cuma mimpi dan mainan tidur.
                “Hani, ada orang nak jumpa you. Busy ke?”, tanya Fazura sebaik sahaja membuka pintu pejabat Hani. Hani kelihatan sendirian dan serius meneliti pelan bangunan di ruangannya.
                “Ouh..ok..suruhlah masuk…”, Hani tersenyum ke arah Fazura. Kurang seminit kemudian, muncul seorang jejaka yang kemas berbaju kemeja biru tua.
                “I tak nak ulangi kesilapan lama I lagi, Hani…”,suara Adam memcahkan kesunyian di ruangan pejabat Hani. Hani terkejut dengan kehadiran Adam yang secara tiba-tiba itu. Sebaik sahaja mendengar ucapan Adam, Hani berasa lega. Ya, ada mesti telah memikirkan kembali kata-katanya tempoh hari.
                “I dah fikir balik…dan, I tak nak ulangi kesilapan I lagi….”, Adam mengucapkan sekali lagi. Hani hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.
                “I tak nak kehilangan you buat kedua kalinya….”, kali ini, Hani terkejut dengan kata-kata Adam. Sungguh Hani berasa terkejut.
                “I tak nak kejadian dulu berulang lagi…Yes, I mengaku memang I sayangkan Liyana..tapi, sayang saja tak cukup…Tak cukup kalau cuma I yang sayangkan dia… Hani, saat I mula sayangkan you, Liyana muncul…She’s my first love…I terlampau percayakan cinta pertama I, sehingga I buta, I tak nampak, ada insan lain yang lebih tulus,lebih ikhlas, cintakan I. Bila you tak ada, I tak dapat rasa perasaan tu lagi. Selama I hidup dengan Liyana, rasa tu tak pernah sama. I cuba untuk menyangkal perasaan I sebab I tak nak kecewakan Liyana. I’m sorry…I’m soooo sorry…”, ujar Adam. Mata Adam merah tanda menangis. Adam meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya.
                “I want to start my new life with you and Sara…Hani,boleh you terima I kembali?”, Adam mengucapkan dengan setulus dan seikhlas hatinya. Hani tersenyum dan mengangguk laju. Adam turut tersenyum.
                Gambar keluarganya ditenung . Adam tersenyum gembira, dua tahun sudah berlalu. Banyak ujian dan cabaran yang dia lalui. Wajah Nur Hani Maisarah yang tersenyum manis disamping Aina Kaisara dan si kembar Rayyan serta Rizki merupakan pengubat segala-galanya.
                Sememangnya, perasaan cinta itu milik Tuhan, Maha Pencipta. Cinta pertama tidak semestinya menjadi cinta terakhir. Kadangkala, cinta itu mampu terbit dalam masa beberapa saat sahaja dengan izin Tuhan. Namun begitu, kadangkala, cinta juga boleh mati dalam masa yang singkat, juga dengan izin Tuhan. Tuntasnya,semua yang berlaku adalah dengan izin Allah Yang Maha Esa. Kita sebagai hambanya, hanya boleh berdoa dan menerima segala ketentuannya. ‘Wallahu’alam bissawab’, dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya.

                

Comments