Layang-Layang Bertali Kaca

I wrote this a few weeks ago. Puisi ini asalnya untuk salah satu slot persembahan sempena pertandingan inter-'house' fakulti. (Go red team! Netter is better!)
I was asked to brainstorm on the closing of the drama. Jadi, akhirnya aku bagi idea untuk tulis puisi. Namun, bak kata orang, kita hanya mampu merancang....Puisi ini tak jadi untuk dipersembahkan dengan 'penghayatan' (ceh, konon! Menghayati la sangat...hahaha) sebab kesuntukan waktu. Maka, aku pun berhajat untuk post dekat sini.

Tema drama ini ialah 'war and freedom'. Jadi, storyline dia lebih kurang mengenai pengorbanan seorang anak yang berperang antara impian dan kemahuan, antara cita dan ibu, dan antara masa hadapan dan masa kini,

Saturday, 22 April 2017;

Layang-Layang Bertali Kaca

Layang-layang bertali kaca
Ditarik luka, Dilepas pergi
Dipegang sakit, Dibuang sayang
Menanggung perit, Dikejar bayang

Berperang dengan diri sendiri
Memaksa fikiran ke lembah pilihan
Mendera jiwa, Menyesakkan dada
Antara impian dan si ibu
Mana harus dipilih?

Akhirnya,
Aku biarkan,
Aku lepaskan,
dan Aku layarkan layang-layang
Tembus angin tingginya terbang
Kerana
Jauh dilubuk sanubari
Aku yakin
Allah itu sentiasa menemani
Hikmah itu pasti akan ku temui.

Comments