al kisah pancake


Sewaktu tengah scroll instagram, terlihat pula satu post yang begitu mempesonakan! Ewah...pancake fluffy gebus gebas gitu. Tanpa membuang waktu terus search di youtube cara-cara nak buat fluffy pancake. Waktu tengah tekun tengok cara-cara membuat pancake tersebut, tiba-tiba teringatkan seseorang. Seseorang yang sudah kembali kepada Penciptanya.

Tok Noin, aku dah anggap beliau macam nenek sendiri. Beliau kawan baik kepada nenek aku. Kali terakhir berjumpa beliau adalah apabila bila beliau datang melawat ke rumah dulu. Aku beria buat pancake (sebab zaman tu, semua orang dalam rumah suka pancake aku! Hahahha, so aku beria la nak buat jugak...). Tok Noin siap puji and tambah makan pancake yang aku buat. Hahaha, aku happy bukan main lagi, padahal pancake sahaja pun! Hahahahha

Aku dapat call dari mama satu malam, waktu itu aku masih di gambang, pahang. Mama cakap Tok Noin dah meninggal. Beliau sakit kanser tak salah aku. Beliau orang yang baik sangat. Lemah lembut, dan penyayang. Dulu, kalau balik Penang mesti singgah rumah beliau. Sekarang, tak lagi. Tinggal kenangan. 

Hayat manusia, siapa boleh teka? Esok lusa, entah-entah kita yang menyusul pula. 

Al Fatihah buat Wan, Mak, Opah, Tok Abah, Wan Nordin dan Tok Noin.

Comments