Dari jalan hospital

A story that I would like to share and to remind myself whenever I scroll down through my posts (suatu hari nanti).
.
Malam itu aku memandu ikut jalan belakang menuju ke hospital. Dalam gelap malam, hanya ada lampu-lampu jalan yang memancar, Aku terlihat seorang wanita dalam 40-an atau mungkin awal 50-an usianya berjalan kaki menjinjit beg Di kiri dan kanan tangan. Aku berhentikan kereta dan turunkan cermin pemandu.

Me: Assalamualaikum puan nak ke mana ni bawa banyak beg?
P: nak ke hospital, jaga anak sakit.
Me: Ouh, naik la sekali, kitorg pun nak ke hospital juga. (Sambil aku toleh ke arah kawan di seat sebelah dan seat belakang)
.
Selepas akak tu masuk kereta, kawan-kawan aku (si A dan si B) mulakan perbualan.

A: akak dari mana?
P: akak dari Mydin, kerja kat sana.
A: Mydin?! Jauhnya! Akak jalan kaki ke?
P: Anak kak masuk wad dik, lepas kerja akak nak jaga dia pula.
B: anak akak Ward mana?
P: tingkat 6
Me: ouh, wad paediatric, anak akak umur berapa tahun?
P: 13 tahun. Tapi dia anak istimewa. Kena jangkitan Kuman dekat Paru-paru.
Me: ouh, kesian dia...semoga cepat sembuh ya...
P: akak ni pun baru keluar wad beberapa minggu lepas...
B: laaa, ya ka? Ni akak dah sihat ke?
P: alhamdulillah sihat dah...macam-macam jadi dekat akak dalam masa terdekat ni, dik.
A: kenapa kak?
P: akak masuk wad, suami baru je meninggal dik...anak istimewa akak pula masuk wad...
Me: bila suami akak meninggal? Sebab apa? .
Diam. Tiada jawapan. Dari cermin hadapan, aku jenguk ke belakang. Kawan aku si B mengeleng kan kepalanya, dan akak tadi terlihat sedang kesat mata dan memandang ke luar tingkap. . 
Mungkin soalan aku sensitif dan kurang sesuai. Mungkin suaminya baru sahaja dijemput Illahi. .
Kereta sudah tiba di hadapan pintu utama hospital.
Me: minta maaf ya kak. (Aku minta maaf atas soalanku tadi).
A: kami berhenti kereta dekat sini ya.
P: terima kasih ya dik...
.
Dan akak tadi pun masuk ke dalam bangunan hospital, hilang dari pandangan mata kami.


Things to ponder here is, kita selalu compare nikmat apa yang kita tiada dan ada pada orang lain, sampai kita lupa nikmat-nikmat apa yang Allah telah beri pada kita selama hari ini, dan sampai kita lupa untuk kata syukur padaNya. 😔

Comments