Macam mana nak tolong?

Pensyarah berjalan masuk ke dalam kelas, seperti biasa dengan senyuman beliau.
Beliau duduk di kerusi paling hadapan, menghadap 9 pasang mata dihadapannya.
Beliau senyum lagi dan tertawa kecil.

Dr: So, you guys first group ye datang sini?

(Kami mengangguk)

Dr: Dah masuk Ward? Clerk patients di sini? Any interesting cases to present?

(Kami mengangguk lagi)

2 cases kami present hari itu. Kami tarik nafas lega, alhamdulillah selesai 2 kes di bentangkan, 

Dr: ok, Good! By the way, have you guys meet adik Snow White?  (aku reka namanya, well, I love fairytales kan?

(Kami mengangguk) yaaaa...adik remaja 13 tahun yang menghidap HIV, yang dia peroleh dari ibunya (vertical transmission). Ibunya pula dijangkiti virus tersebut daripada bapanya yang merupakan seorang penagih dadah (intravenous drug user, IVDU). Kini, ibu dan ayahnya sudah tiada lagi di dunia ini, akibat pelbagai komplikasi kesan dari penyakit berjangkit ini. Setelah ibu bapanya meninggal dunia, Snow White tinggal bersama keluarga ibu saudaranya.

Snow White anak bongsu dari 3 orang adik beradik. Kakak dan abangnya sudah dewasa belaka, dan telah berhijrah ke Negeri lain untuk mencari rezeki dan membina keluarga sendiri. Setiap bulan, mereka ada juga menelefon dan mengirimkan wang bulanan untuk kegunaan adik, namun tidaklah besar jumlah tersebut memandangkan mereka juga baru memulakan kehidupan bekerja dan ada tanggungan lain juga.

Snow White luarannya kelihatan seperti remaja 13 tahun yang lain. Namun, raut wajahnya jelas kelihatan suram. Apabila bertanya tentang sekolah dan rakan baik, sesekali dia tersenyum. Bila bertanya tentang Abangnya, wajahnya bercerita penuh pengharapan. Kata Snow White, Abang berjanji hendak bawanya tinggal bersama setelah Abang mendirikan rumah tangga. Namun, dia belum pasti akan penerimaan kakak iparnya (stigma masyarakat terhadap HIV). Sudah beberapa bulan Abang berkahwin, namun belum ada khabar atau ura-ura tentang janji Abang.

Dr: macam mana kita nak explain pada adik ini tentang keadaannya? Every time kita explain padanya, dia akan balas dengan pandangan kosong. Bila saya tanya faham atau tidak, dia angguk. Bila saya tanya ada apa-apa yang nak tanya, dia akan diam sahaja. Sudah beberapa kali kita jumpa warisnya, tapi begitu jugalah....

Dr: Macam mana kita nak tolong dia? Dia budak remaja dah sekerang. Dia mesti fikirkan tentang cita-cita, tentang masa hadapan, tentang starting a family, tentang sakit dia ni. Dia macam lose hope dah. Macam mana saya nak bantu dia? Ubat pun selalu skip.

Dan, kami pun termenung....tak pasti mahu jawab apa, kerana kami pun tak tahu bagaimana. Pasti, suatu hari nanti jika dipanjangkan usiannya dan diberikan rezeki untuk 'graduate' dan bekerja di bidang ini, kami akan terjumpa kisah sebegini atau lebih kurang seperti ini. Semoga di ketika itu, kami boleh bertindak dan mengambil langkah yang terbaik untuk pesakit kami. Kata guru ku, "To treat, not only the disease, but to treat and help a person as a whole; his mind, his soul, his wellbeing and his sickness"
Contoh ubat untuk penyakit HIV; kombinasi tenofovir dan emtricitabine. Biasanya pesakit akan ambil kombinasi 3 jenis ubat setiap hari. Jadi, bayangkan kanak-kanak yang menghidapnya, perlu makan 3 jenis ubat setiap hari seumur hidup....tepuk dada tanya hati...

Comments