Trip ke Singapore: Bajet bawah RM 500.

Short Getaway in Singapore & Night Safari: Bajet bawah RM 500.
Assalamualaikum dan Salam 26 Julai 2018!
Memandangkan ramai juga yang ‘pm’, ‘dm’ dan ‘comment’ di whatsapp dan Instagram bertanyakan mengenai itinerary dan budget, maka Farah dan my lovely partner in crime Adlin, nak kongsikan pengalaman pertama ber-backpacking kami ke Singapore!
Walaupun sebelum ini kami pernah ke Singapore, tapi pengalaman kali ini sedikit berbeza kerana kami bukan bercuti bersama keluarga. Farah dan Alin decide untuk ke Singapore pun lebih kurang seminggu sebelum tarikh sebenar iaitu 23/7/2018. Kami pilih untuk buat budget trip dan backpacking sebab lebih murah, mudah bergerak dan kami pun berjalan berdua sahaja. Since this is our first time being a backpacker and travelling by ourselves, kami nak cuba pengalaman yang berbeza-beza. Tambahan lagi, pengangkutan di Singapore dikhabarkan sebagai sangat efisien, maka anda akan lihat ‘route’ perjalanan kami agak pelbagai sebab kami nak cuba pelbagai cara pengangkutan seperti KTM Johor↔Woodlands CIQ (Singapore), Shuttle bus Woodlands CIQ (Singapore)↔Johor, bas awam (SMRT Bus), MRT dan GrabCar.
Jadi, post kali ini, Farah akan kongsikan Itinerary, Budget Plan dan sedikit Review tentang tempat-tempat yang telah kami lawati.

ITINERARY
Day 1
12.45pm: Bertolak dari Terminal Bas Sek.13 Shah Alam ke Larkin Sentral,Johor
5.45pm: Tiba di Larkin Sentral
6.00pm: Makan Malam di Selera Johor Foodcourt (berjalan 400 m dari Larkin Sentral)
6.40pm: GrabCar to Baguss City Hotel
Kami menginap satu malam di Baguss City Hotel yang terletak berhadapan dengan JB Sentral. Kira-kira 200m dari Baguss City Hotel ada Stesyen Minyak Shell. Jadi, kami beli air, roti dan apa-apa yang mahu dikunyah di situ.

Day 2:
8.30am: Breakfast Nasi Lemak di Old Town White Coffee di JB City Square (berhadapan JB Sentral).
10.00am: Keretapi bertolak dari JB Sentral ke Woodlands CIQ (Singapore). Kami menggunakan KTM JB Sentral↔Woodlands CIQ (Singapore). Kami beli tiket online (RM 5).
10.05am: Tiba di Woodlands CIQ
11.15am: Woodlands CIQ→Woodlands MRT menggunakan SMRT Bus (nombor 903, 913 or 950). Bayaran dalam (1.50 SGD,Singapore Dollar). Kena sediakan duit kecil Singapore dollar sebab pemandu bas tak boleh beri duit baki.
Sebab itu, lebih mudah naik bas sahaja dari JB Sentral ke Woodlands CIQ. Kenapa? Sebab, kita hanya perlu bayar sekali sahaja (guna Ringgit Malaysia) dan naik bas dari JB Sentral ↔ Woodlands CIQ, dan stamp passport di situ. Habis urusan imigresen, naik bas yang sama untuk ke Woodlands MRT tanpa perlu bayaran tambahan.
11.45am: Tiba di Woodlands MRT. Kami beli Singapore Tourist Pass (16SGD untuk dua hari dan 10SGD deposit) dan Travel Prepaid SimCard (StarHub: 12SGD). Singapore Tourist Pass ni membolehkan kami naik unlimited pengangkutan awam macam Bas dan MRT selama 2 hari. Travel Prepaid pula, memang best sebab dapat 100GB data, 30 minutes international call dan 500 minutes local call).
12.00pm: Naik train Woodlands MRT→Raffles Place MRT. (Visited: Merlion Park)
1.30pm: Naik train Raffles Place MRT→Marina Bay MRT. (Visited: Gardens by The Bay)
2.30pm: Naik train Marina Bay MRT→Bayfront MRT. Kemudian, kami tukar train pula; Bayfront MRT→Little India MRT
3.00pm: Berjalan kaki 1km dari Little India MRT ke ABC Premium Hostel. (Sebenarnya lebih mudah ialah tukar train di Little India MRT→Farrer Park MRT dan berjalan 400m ke ABC Premium Hostel. Tak apalah, kami dapat ‘exercise’ lebih sikit, hahahahahah….)
3.30pm: Check in di ABC Premium Hostel
6.30pm: Naik GrabCar ABC Premium Hostel→Singapore Night Safari (Bayaran 27SGD, sebab peak hour juga…)
10.30pm: keluar dari Night Safari dan naik shuttle bus terakhir ke Khatib MRT (Bayaran 1SGD)
11.00pm: Train dari Khatib MRT→Dhoby Ghaut MRT. Kemudian, kami tukar train pula; Dhoby Ghaut MRT→Farrer Park MRT
11.45pm: Jalan kaki dari Farrer Park MRT→ABC Premium Hostel (400m)
12.00am: Tiba di ABC Premium Hostel

Night Safari tickets
Encik Gajah cakap selamat malam
Mr Tapir yang tiba-tiba di tepi tempat duduk sis!
The King

Day 3:
8.00am: Berjalan dari ABC Premium Hostel ke Little India (tourist attraction)
9.15am: Train Little India MRT→Bugis MRT (Visited: Haji Lane, Arab Street)
10.40am: Early Lunch at Rumah Makan Minang berhadapan dengan Sultan Mosque
11.10am: Jalan-jalan di kawasan Kampung Gelam (Visited: Sultan mosque, Malay heritage centre, buy souvenirs)
12.30pm: Naik bas Parkview Square→Chinatown (Visited: Chinatown, Heritage Centre, Masjid Jamae)
1.00pm: Solat Jamak di Masjid Jamae
2.00pm: Naik Train Chinatown MRT→Dhoby Ghaut MRT. Kemudian, kami tukar train pula; Ghoby Ghaut MRT→Orchard MRT. Ingatkan nak jalan-jalan di Orchard Rd, tapi takut tak sempat pula, jadi kami sempat bergambar sahaja di Orchard MRT Station. Jadi, kami naik semula train Orchard MRT→Kranji MRT. Di Kranji MRT, kami refund Tourist Pass (jadi dapat semula 10SGD). Kranji MRT ni, tak banyak kedai sangat berbanding Woodlands MRT.
3.30pm: Dari Kranji MRT, kami naik bas 170 ke Woodlands CIQ (Bayaran 1.60SGD)
4.00pm: Urusan imigresen di Woodlands CIQ. Turun sahaja dari imigresen Singapore, naik semula bas 170 ke JB Sentral (tak perlu bayar apa-apa, hanya tunjuk tiket bas 170 yang dari Kranji→WoodlandsCIQ). Selesai urusan imigresen di JB Sentral, naik semula bas yang sama ke Larkin Sentral (juga tak perlu bayar apa-apa, hanya tunjuk tiket bas 170 yang dari Kranji→Woodlands CIQ)
4.40pm: Tiba di Larkin Sentral
5.30pm: Bas dari Larkin Sentral ke Terminal Bas Sek.13 Shah Alam


OUR TOTAL BUDGET PER PERSON:
*1SGD=RM2.975
1. TRANSPORTATION SHAH ALAM↔JB
A. SHAH ALAM→JB: RM45 (ini yang paling tinggi harganya, tapi sebab bas ini sahaja yang ada, kami terpaksa ambil yang ini. Anda boleh booking awal untuk dapatkan reasonable price)
B. JB→SHAH ALAM: RM37.20
2. ACCOMODATION
A. Baguss City Hotel (book from: RM60 per night ÷ 2 person (RM 30 per person)
Grabcar from Larkin Sentral to Hotel: RM6÷2person (RM3 per person)
B. ABC Premium Hostel (booked from Agoda): RM109.56÷2person (RM54.80 per person)
3. JB↔SINGAPORE
A. KTM JB Sentral↔Woodlands CIQ (Singapore): RM5
B. Kranji→Woodlands CIQ→JB Sentral→Larkin: 1.60SGD=RM4.80
4. SINGAPORE NIGHT SAFARI
A. Admission ticket (booked from Headout): 31SGD=RM92.30
B. GrabCar from hostel to Night Safri=27 SGD÷2 person (13.5 SGD)=RM 40.20
C. Shuttle bus from Night Safari to Khatib MRT=1SGD=RM3
5. SINGAPORE TOURIST PASS
A. 2 Days Pass: 16 SGD= RM47.60
6. TRAVEL PREPAID
A. StarHub Travel Prepaid SIM:12 SGD=RM 35.70
7. FOOD AND DRINKS
1st Day
-Dinner at Selera Johor = RM 10
2nd Day
-Breakfast at Old Town White Coffee=Rm6
-Lunch and Dinner (Bread)=RM 4
3rd Day
-Breakfast: Milk and Bread=3SGD=RM9
-Lunch at Restoran Rumah Makan Minang: Nasi Padang (Lauk Ayam+Sayur)=5.50SGD=RM16.40
-Drinks: 2.50SGD=RM7.50
ROUGH COST ESTIMATE= RM 451.50
*Sebenarnya banyak lagi yang boleh di-jimatkan. Contohnya, kami tak perlu ambil Grabcar ke Night Safari, tapi kami boleh naik MRT dan Shuttle bus (boleh jimat dalam RM 37). Walau bagaimanapun, bergantung juga dengan baki tenaga yang ada. Macam kami, petang hari kedua itu memang dah tak ada daya nak berkejaran masa dan naik public transport, jadi kami pilih untuk naik GrabCar.
*Miracle juga trip kali ini kami tak banyak buat foodhunting! Selalunya kami suka jalan-jalan cari makan. Mungkin juga sebab kami jenis yang tidak kisah sangat kalau tak dapat nasi. Jadi, kami banyak makan yang ringan-ringan macam biskut, dan roti. Maka, kami banyak jimat di situ. Maybe for the next trip, kami boleh membuat perancangan awal tempat-tempat makan yang best!
*Kami perlu membayar lebih sedikit untuk trip ini memandangkan kami decide untuk pergi ke satu ‘main attraction’, iaitu Night Safari. Kenapa Night Safari? Pertama, sebab kami baca good reviews pasal Night Safari ni. Kedua, sebab kami berdua tak pernah ada pengalaman pergi Night Safari di Malaysia. Ketiga, sebab kami dah pernah ke Universal Studio Singapore, jadi kami tidak lagi memilih ke USS, instead, kami pilih untuk ke Night Safari. Keempat, kami suka haiwan yang comel-comel (Eh? Padahahal Farah yang menjerit-jerit bila ada Tapir betul-betul sebelah tempat duduk tram, hahahah)
Akhir kata, Thank You Singapore, we’ve had a wonderful time there! Till we meet again

Comments